Mesin basuh merupakan antara salah satu peralatan yang sangat penting bagi seseorang individu pada era kemodenan ini yang memerlukan sesuatu kerja dilakukan dengan cekap dan pantas. Terdapat  banyak pilihan mesin basuh yang canggih dan sentiasa bersaing di pasaran. Memilih model mesin basuh yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan basuhan adalah penting. Mesin basuh yang cekap tenaga boleh menyelamatkan kedua-dua penggunaan tenaga dan juga air.

Mesin basuh cekap tenaga boleh menjadi agak mahal semasa pembelian awal namun ia merupakan pelaburan yang bijak kerana ia memberi manfaat jangka masa panjang kepada alam sekitar disamping menjimatkan wang melalui pengurangan bil-bil utiliti. Pengguna yang bijak perlulah membuat carian dan perbandingan dalam mencari mesin basuh yang benar-benar member manfaat.
Kriteria yang perlu diambil kira.



Penggunaan air
Penggunaan air bagi setiap kilogram muatan. Mesin mempunyai kebolehan menyukat penggunaan air melalui timbangan berat muatan sama ada secara otomatik atau pun mempunyai butang ‘muatan kecil’ atau ‘water save mode’ yang boleh digunakan secara manual bagi muatan basuhan yang sedikit.

Penggunaan tenaga

Teknologi ‘inverter’  mengawal kuasa yang dibekalkan kepada motor dengan menukar kuasa dari soket elektrik ke dalam arus dengan frekuensi yang berbeza. Ini membolehkan kawalan optimum kelajuan putaran motor untuk dipadankan dengan muatan. Maklumat seperti saiz beban dan bahan barangan dicuci dikesan oleh sensor. Maka hanya jumlah kuasa yang diperlukan disediakan pada bila-bila masa. Hasilnya adalah operasi yang cekap dengan sisa elektrik yang minimum. Secara mudah, sistem ini akan mengurangkan penggunaan tenaga bagi muatan kecil.

Muatan atas dan muatan depan
Mesin basuh muatan atas dikatakan menggunakan jumlah air yang lebih banyak dari muatan depan. Namun begitu, proses pembersihan lebih lembut berbanding muatan depan yang sedikit kuat.
Dari segi penggunaan air, mesin basuh muatan depan mengisi hanya sebahagiannya dengan air. Ia membersihkan muatan dengan mengangkat  muatan ke bahagian atas tab dan menjatuhkan mereka kembali ke dalam air. Keupayaan pengeringan juga adalah lebih baik. Namun begitu, mesin basuh muatan depan adalah jauh lebih berat berbanding muatan atas dan kadang kala memerlukan pemilik membersihkan kedap pintu mesin basuh kerana apabila seringkali terkena air menyebabkan pintu ditumbuhi lumut.

ECO label
Mempunyai sensor yang dapat menganggar jumlah muatan dan dapat mengawal penggunaan detergen, tenaga dan air yang diperlukan.

Selain kriteria mesin basuh yang boleh diambil kira, tabiat pembasuhan juga perlu diambil kira.  Sentiasa memastikan bahawa muatan penuh dan pilih model yang sesuai dengan keperluan dobi anda. Jika anda mempunyai rumah kecil dan melakukan dobi agak jarang, pilih model yang lebih kecil untuk penjimatan maksimum.

Nuraini Khalil

Tenaga berasal daripada perkataan Yunani, iaitu keupayaan dan kemampuan. Tenaga alternatif merujuk kepada tenaga yang boleh diperbaharui tanpa memberi kesan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Pada masa ini, tenaga alternatif juga banyak digunakan bagi menggantikan sumber tenaga yang lama kerana kesan sampingannya. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan daripada tenaga alternatif.

Antara kebaikannya adalah tenaga alternatif dapat mengelakkan pencemaran.  Pembakaran bahan fosil seperti petroleum akan mengeluarkan gas beracun yang dinamakan sebagai karbon monoksida, yang menjadi salah satu punca utama dalam pencemaran udara. Manakala sumber tenaga alternatif seperti solar, biomass, hidro dan sebagainya hanya menggunakan tenaga semula jadi dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Kebaikan seterusnya ialah dapat mengatasi krisis tenaga. Pertambahan penggunaan jentera seperti kenderaan yang semakin hari bertambah mengakibatkan pertambahan dalam penggunaan bahan fosil seperti petroleum. Lama-kelamaan, sumber bahan fosil akan kehabisan dan tidak dapat dihasilkan lagi. Dengan adanya sumber tenaga alternatif ini, ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber yang terhad seperti petroleum, arang batu dan sebagainya.


Kebaikan yang ketiga adalah sumber tenaga ini boleh dikitar semula. Contohnya, sumber fosil seperti petroleum tidak dapat dikitar semula seperti biomass dan tenaga hidro. Ini kerana sumber tenaga alternatif hanya bergantung kepada alam semula jadi seperti air, angin dan matahari.

Kebaikan yang keempat adalah, tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Sinaran gama daripada tenaga nuklear dapat digunakan untuk merawat penyakit kanser.

Walaupun penggunaan tenaga alternatif memberi kebaikan dalam kehidupan harian kita, namun ia ada juga mempunyai keburukan. Antaranya adalah menjejaskan ekologi alam sekitar. Contohnya, pembinaan empangan hidroelektrik memusnahkan hutan yang luas dan banyak kawasan hutan juga akan ditenggelami air yang menyebabkan hidupan liar di kawasan itu mati.

Keburukan yang seterusnya adalah keselamatan manusia turut terancam, iaitu risiko menerokai sumber tenaga nuklear adalah agak tinggi. Kebocoran loji nuklear juga boleh mencemarkan alam sekitar dan mengancam keselamatan manusia jikalau berlaku sebarang bencana.

Keburukan yang ketiga adalah tenaga alternatif hanya terdapat di tempat tertentu sahaja. Tenaga alternatif seperti angin perlu bergantung kepada angin kencang dan hanya didapati di kawasan tertentu sahaja. Tempat yang tiada angin kencang tidak boleh menggunakan sumber tenaga ini untuk mengganti dengan tenaga fosil.

Sumber alternatif mempunyai banyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu, sumber ini haruslah dipelopori oleh semua pihak bagi memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan atau kehabisan.

Mageswaran Senderal
29 Mac 2013

Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin dibincangkan:
Adakah kita akan merendahkan suhu penghawa dingin untuk menjimatkan tenaga jikalau ia hanya akan membuatkan kita berasa kurang selesa?
(Tidak, kita telahpun bekerja keras sepanjang hari di luar, inilah masanya untuk berehat)

Adakah kita peduli sama ada television skrin besar akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak?
(Sebenarnya, tidak. Inilah salah satu hiburan di rumah dan sebabnya kita membeli television dengan skrin yang besar)

Adakah kita sebagai pengguna telahpun mengabaikan kepentingan pengamalan kecekapan tenaga di rumah? Sebenarnya, tidak. Kita akan mengambil peduli jikalau television tidak ditutup selepas selesai menonton filem ataupun apabila tidak perlu menggunakannya. Kita juga akan menjimatkan elektrik dengan tidak menggunakan penghawa dingin selagi kita berasa selesa.

 

Dengan itu, kita memerlukan kesedaran dan teknologi.

Pertama sekali; kesedaran. Agak jarang untuk seseorang untuk membeli sistem ataupun alat yang cekap tenaga jikalau kita tidak sedar bahawa kita memerlukannya. Tetapi sekiranya kita sedar bahawa kita telah membazirkan banyak tenaga elektrik dengan alat atau sistem yang sedia ada, kita akan lebih cenderung untuk membetulkannya. Dengan hanya memberitahu tentang cara-cara untuk menjimatkan tenaga daripada menutup lampu kepada peralatan audio / video, tidak lagi berkesan.

Sistem seperti sensor penghunian dan alat kawalan yang boleh menutup elektronik, perlulah disampaikan kepada pengguna. Apabila kita sedar bagaimana lampu “Compact Fluorescence Lamp (CFL)” boleh membantu penjimatan, kita pasti ingin mengetahui dengan lebih berkenaan sistem ataupun alat itu yang boleh membantu kita menjimat bil kita.

Yang seterusnya; teknologi. Kesedaran berfungsi dengan teknologi. Kita tidak lagi perlu resah pasal penggunaan tenaga kita setiap kali mendapat bil elektrik. Dengan teknologi, penggunaan tenaga pemilik rumah boleh diatasi. Sekarang, terdapat alat ataupun sistem yang boleh mengautomasikan termostat dan lampu rumah melalui sensor penghunian. Terdapat juga sistem yang membenarkan kita mengurangkan kuasa untuk alat-alat yang menggunakan tenaga yang tidak perlu. Kita juga boleh menggantikan lampu semasa yang membazir tenaga dengan CFL cekap tenaga dan tahan lama yang menjimatkan lebih banyak tenaga.

Adakah kita ingin menghidupkan penghawa dingin dalam perjalanan pulang dari kerja supaya rumah berasa sejuk sebaik sahaja kita sampai? Sekarang, sudah sedia ada aplikasi telefon pintar untuk kita berbuat demikian. Senarai ini berterusan selagi pengguna ingin mengetahui dengan lebih dan apabila mereka sedar bahawa teknologi yang sedia ada boleh membantu mereka dalam penjimatan yang banyak.

Onn May Ling

Pembangunan tidak terancang telah mengakibatkan pelbagai masalah global. Kekurangan bekalan air bersih yang mencukupi untuk diminum dan bercucuk tanam adalah salah satu daripada masalah global tersebut.

Walaupun 70% daripada bumi adalah terdiri daripada air, sejumlah 97% air terdiri daripada air laut yang terlalu masin untuk diminum mahupun digunakan untuk bercucuk tanam. Sejumlah 70% air tawar pula terkunci di kutub utara dan selatan di dalam bentuk ais manakala lebih kurang 30% air tawar terkandung dalam tanah dan wujud sebagai air bawah tanah. Justeru, air tawar yang tersedia untuk digunakan oleh manusia adalah kurang daripada 1%. Sumber air tawar tersebut adalah sungai dan tasik.

Penempatan manusia selaluya tertumpu kepada lembah sungai dan sekitar tasik disebabkan oleh tanah yang subur untuk bercucuk tanam. Namun, disebabkan oleh kebolehan manusia untuk bercucuk tanam secara besar-besaran, populasi manusia meningkat secara mendadak lalu membawa kepada keperluan yang terlalu tinggi dan tidak boleh ditampung oleh alam semulajadi. Salah satu contoh kerosakan alam semulajadi disebabkan oleh kerakusan manusia adalah kekering Laut Aral di Kazakhstan sebesar 68 000 m2 yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk kering sepenuhnya.


Satu pertiga daripada penduduk dunia menggunakan air bawah tanah untuk menyelesaikan kekangan air. Walaubagaimanapun, tindakan ini hanya memberi jalan penyelesaian yang sementara kerana jumlah air yang dipam keluar adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah air bawah tanah yang diperbaharui secara semulajadi.

Isu air boleh dikategorikan kepada sembilan masalah berikut:


Populasi manusia yang tinggi
Bekalan air mentah yang sedia ada di sesuatu kawasan boleh digunakan ke penghabisannya jika populasi manusia bertambah secara drastik. Proses untuk menyalurkan air daripada kawasan lain ke bandar boleh memberi kesan negatif kepada flora dan fauna dan juga aktiviti pertanian di kawasan tersebut. Sistem rawatan kumbahan yang tidak berkesan juga boleh menyumbang kepada pencemaran sungai dan tasik.

Masalah yang timbul akibat daripada pembinaan empangan air

Pembinaan empangan di kawasan tadahan air boleh mengakibatkan kerosakan ekosistem dan juga memberi kesan kepada penempatan di kawasan terbabit. Kos pembinaan empangan air juga amat tinggi dan boleh memberi beban kepada rakyat.

Perubahan cuaca akibat daripada kesan rumah hijau
Pembangunan dunia yang pesat telah menyumbang kepada peningkatar kadar gas-gas rumah hijau yang boleh membawa kepada penipisan lapisan ozon. Perkara ini telah mengakibat perubahan cuaca yang serius hingga mengakibatkan kemarau yang berpanjangan di beberapa buah negara seperti Somalia, Ethiopia dan Kenya.

Pencemaran daripada baja yang digunakan untuk aktiviti bercucuk tanam

Aktiviti-aktiviti bercucuk tanam yang tidak lestari boleh mengakibatkan pengaliran air yang tercemar dengan baja ke sungai dan tasik. Ini boleh menyebabkan eutrofikasi yang seterusnya membawa kepada kekurangan air mentah yang boleh digunakan.

Pencemaran air bawah tanah oleh bahan kimia

Peningkatan aktiviti mengepam air keluar daripada sumber bawah tanah boleh mengakibatkan pencemaran kepada sumber air tersebut dengan bakteria dan bahan-bahan kimia.

Kehilangan seluruh tasik dan sungai
Pelbagai faktor seperti peningkatan suhu dunia beserta dengan kecuaian manusia telah mengakibatkan kekeringan air yang sepenuhnya di beberapa buah tasik dan sungai seperti Aral Lake di Kazakhstan dan Yellow River di China.

Kejatuhan pengeluaran hasil pertanian
Masalah kekurangan bekalan air yang berleluasa telah membawa kepada kejatuhan pengeluaran hasil pertanian. Bekalan makanan terjejas lalu negara negara yang terbabit perlu mengimport makanan dari luar menyebabkan peningkatan harga barang dan kos hidup.

Kekeringan tanah pertanian

Tanah pertanian yang kering menyebabkan pengumpulan garam di tanah lalu menggangu kesuburan tanah. Penggunaan air bawah tanah secara berlebihan juga boleh menambah kepada pengeringan tanah. Pengeringan tanah yang kritikal boleh mengakibat hakisan oleh angin sekaligus menerbangkan permukaan tanah yang subur jauh daripada tapak pertanian.

Kematian daripada penyakit bawaan air
Masalah kekurangan air boleh membawa kepada sistem sanitasi yang tidak kompetitif lalu menyebabkan berleluasanya penyakit bawaan air seperti  kolera, botulism, thypoid dan polio. Statistik menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap 21 saat disebabkan penyakit bawaan air.

Bekalan air bersih yang mampan boleh dipastikan dengan menyemai amalan baik penggunaan air di dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Sifat tidak membazir air, polisi alam sekitar yang kompetitif serta amalan pertanian yang lestari adalah beberapa cara untuk memastikan kemampanan bekalan air bersih.

 

Mathini

Air adalah satu hak asasi bagi setiap manusia. Menyediakan bekalan air adalah satu tanggungjawab, dan bukannya untuk kepentingan peribadi dan politik. Merancang dan menyediakan bekalan air yang bersih, selamat dan berterusan adalah satu tanggungjawab bagi kerajaan bagi memastikan kehidupan masyarakat yang sempurna.

Pelaksanaan dan implementasi dasar yang telus dan jelas merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap pihak yang berkenaan. Namun tidak dapat dinafikan, selain daripada pihak berkuasa kerajaan, peranan pihak-pihak lain seperti kerajaan negeri, industri, ahli akademik, para penyelidik, badan bukan kerajaan, media dan pengguna sendiri harus memberi kerjasama dan memainkan peranan mereka agar perancangan dan pelaksanaan dapat dijalankan dengan lancar dan berterusan.

Walaupun Malaysia telah mencapai tahap menikmati bekalan air asasyang baik, namun begitu fokus harus diberikan juga kepada kumpulan atau individu terpinggir di seluruh Malaysia untuk memastikan setiap orang mendapat bekalan air yang bersih, selamat dan berterusan. Terdapat masyarakat kampung, seperti perkampungan Orang Asli yang terletak di kawasan terpencil tidak mendapati bekalan air yang sempurna.



Jika terdapat bekalan air disalurkan sekalipun, ia hanyalah untuk jangka masa sementara kerana ada di antara projek-projek yang dijalankan tiada pemantauan dan penyelenggaraan berterusan yang mengakibatkan projek-projek tersebut mengalami kerosakan.

Lebih mendukacitakan, aktiviti penerokaan tanah yang tidak terkawal melalui aktiviti pembalakan atau pembukaan tanah untuk perladangan, bukan sahaja telah menjejaskan sumber air minuman kepada masyarakat setempat, lebih-lebih lagi perkampungan orang asli, ia juga telah mengakibatkan khazanah alam musnah. Bukan itu sahaja, perigi yang menjadi satu-satunya sumber air minum yang dikongsi oleh beberapa perkampungan orang asli ini juga telah diambil alih, seperti yang berlaku di Gua Musang, Kelantan. Aktiviti pembalakan dan meratakan tanah ini juga tidak diketahui sama ada sudah menerima kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) atau tidak.

Aktiviti pembalakan ini merupakan salah satu punca pencemaran sungai. Merujuk kepada laporan kualiti air sungai pada tahun 2008, dari jumlah keseluruhan stesyen pemeriksaan sungai menunjukkan 38% mengalami sedikit pencemaran dan 4% lagi telah mengalami pencemaran kritikal. Pada tahun 2011 pula, 32.3% mengalami sedikit pencemaran dan pencemaran kritikal meningkat kepada 8.4%. Pada tahun 2012, banyak laporan yang disiarkan mengenai aktiviti penerokaan dan pembalakan ini contohnya di Lojing dan Gua Musang di Kelantan, Hutan Simpan Jeniang, Pedu dan Gunung Inas di Kedah, Cameron Highland di Pahang. Banyak lagi aktiviti ini yang sedang berjalan dan menyumbang kepada peningkatan pencemaran sumber air ini. Dengan pencemaran sebegini, bagaimana dengan nasib penduduk orang asli terhadap akses air minum yang bersih, selamat dan terjamin? 

Tidak dinafikan banyak yang telah dibelanjakan bagi menyediakan kemudahan dalam kepada orang asli, seperti rumah pam dan sistem tuaian air hujan. Namun begitu, ada di antara projek tersebut hanya bertahan untuk beberapa tahun sahaja, bukan kerana tiada sumber air untuk diekstrak tetapi akibat tiada penyelenggaraan dan akhirnya ia ditutup. Penduduk orang asli ini terpaksa kembali kepada keadaan sedia kala. Mereka juga berdepan dengan risiko penyakit apabila terpaksa menggunakan air keruh bagi keperluan harian seperti  minum, masak dan mandi kerana tidak mempunyai pilihan lain. Pembalakan menyebabkan kekeruhan air sungai yang teruk, antara kadar kekeruhan sungai yang tinggi pernah dicatatkan adalah dengan 28,333 NTU, sedangkan kadar kekeruhan selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah di bawah 1,000 NTU dan ukuran bagi air bersih pula jumlah kekeruhan serta pepejal terampai mesti di bawah 50 NTU.

Orang Asli bukannya tidak mahukan pembangunan, tetapi bekalan air bersih, selamat dan berterusan haruslah selari dengan pembangunan yang dijalankan.  Banyak surat serta aduan telah dihantar kepada pihak berkuasa, namun sukar untuk mendapat kerjasama dan maklum balas. Jika ada yang memberi maklum balas, proses penyelesaian yang diambil amat panjang. Kesukaran untuk mendapatkan pihak yang benar-benar bertanggungjawab mengenai isu ini juga merupakan satu halangan dalam mendapatkan penyelesaian yang kadangkala memakan masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Sempena sambutan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun, dan telah disambut sejak tahun 1993 lagi, ia adalah sebagai satu cara untuk menumpukan perhatian semua pihak seperti pihak kerajaan, kerajaan negeri, syarikat air, badan bukan kerajaan dan orang ramai mengenai kepentingan air mentah, pengurusan air mentah yang mampan dan juga hak asasi manusia dalam akses kepada sumber air bersih, selamat dan berterusan. Hanya melalui kerjasama semua pihak, kejayaan pengurusan sumber air pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih bijak dan memastikan manfaat untuk semua. Walaupun hak tanah dan kehilangan hutan tidak mudah untuk diselesaikan, namun isu bekalan air bersih kepada penduduk orang asli ini perlulah diambil secara serius dan diselesaikan segera agar penduduk orang asli tidak dilucutkan haknya dalam mendapatkan hak asasi mereka.

Nuraini Khalil
Forum Air Malaysia

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan amaran bahawa gangguan air yang besar mungkin akan berlaku di Lembah Klang jika permintaan air meningkat secara drastik. Pada masa kini kita sedang menghadapi musim kemarau, kita sebagai pengguna yang bertanggungjawab perlu mengurangkan penggunaan air kita dengan menukar tabiat penggunaan air kita.

Tidak perlu menuding jari kepada pihak kawal selia dan syarikat air, kita sebagai pengguna perlu bertanya kepada diri kita sama ada kita telah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keadaan dan memulihara air dalam kehidupan seharian kita? Contohnya, apabila berlaku paip bocor di luar premis, pemilik memilih untuk mengabaikannya sahaja, membuatkan air berharga yang telah dirawat hilang ke dalam longkang, yang mana ia sepatutnya telah dapat dibekalkan ke kawasan sekeliling.

Kajian yang dijalankan oleh Fomca pada tahun 2007-2010 mendedahkan bahawa 70% daripada mereka yang menjalankan soalselidik berkata mereka tidak mungkin atau sangat tidak mungkin untuk mengurangkan penggunaan air mereka di rumah untuk tempoh tiga tahun akan datang. Ia menunjukkan bahawa kesedaran rakyat mengenai isu-isu air masih sangat rendah.

Oleh itu, kesedaran awam dan pendidikan berterusan memainkan peranan utama dalam usaha untuk menjadikan industri air lebih mampan. Pada masa yang sama, aktiviti penanda aras yang holistik perlu dijalankan ke atas semua industri air untuk memastikan bahawa pelan tindakan dan pelan halatuju dilaksanakan, industri mempunyai kecekapan dan sumber manusia yang mencukupi untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan seperti kemarau berpanjangan, peningkatan drastik permintaan air dan penyelenggaraan infrastruktur.

Selain dari membiarkan kapasiti rizab air menurun di bawah 1%, SYABAS sepatutnya berunding dengan SPAN lebih awal sebelum ini. Dengan rundingan awal ini, SPAN dapat memberi peringtan lebih awal dan semua pihak yang berkepentingan agar mempunyai lebih banyak masa untuk bersiap sedia jika gangguan bekalan air yang besar berlaku disebabkan oleh peningkatan permintaan yang drastik. Pada masa yang sama, SYABAS juga akan mempunyai masa yang mencukupi untuk memaklumkan kepada pengguna melalui notis atau siaran akhbar. Sikap 'tunggu dan lihat’ tidak seharusnya berlaku kerana akses kepada bekalan air adalah salah satu daripada hak-hak asas kepada semua orang.

Sebagai negeri yang paling maju dan berkhidmat sebagai hab utama ekonomi di negara ini, gangguan bekalan air besar yang akan berlaku di sini tidak boleh ditanggung kerana ia mencemarkan imej negara tercinta kita. Oleh itu, FOMCA dan ahli gabungan menggesa semua untuk memainkan peranan dengan sewajarnya untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk lagi di Selangor.

Pengguna digesa untuk menghubungi atau aduan kepada Forum Air Malaysia di 03-78753168 dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di 03-78779000 jika masalah gangguan bekalan air berlaku .

Siaran media bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), Forum Air Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Foon Weng Lian di 03-78753168 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Biasanya, kita menganggap pencemaran udara sebagai sebuah entiti berasingan daripada pencemaran air. Walau bagaimanapun, sesetengah bahan pencemar udara boleh berakhir di dalam sumber-sumber air seperti sungai dan tasik yang akhirnya boleh membawa kepada pencemaran air minuman.

Bukan sahaja pencemar – pencemar tersebut boleh menjejaskan sumber-sumber air berhampiran, malah mereka juga boleh dibawa oleh angin, awan dan hujan sekali gus mencemarkan sumber air di kawasan-kawasan yang jauh dari kawasan sumber. Lebih merunsingkan adalah apabila udara yang tercemar itu tersebar ke seluruh dunia lalu mengakibatkan pencemaran air di persekitaran yang bersih.

Pencemaran udara boleh berasal daripada sumber antropogenik mahupun semula jadi. Contoh sumber antropogenik adalah pembakaran bahan api fosil, pelepasan bahan kimia perindustrian dan pertanian dan pembakaran sisa pepejal. Kebakaran hutan dan aktiviti gunung berapi adalah contoh proses semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran udara. Bahan-bahan pencemar udara utama yang juga membawa kepada pencemaran air adalah NOX, SOX, dan logam berat seperti merkuri.

Terdapat beberapa cara untuk bahan –bahan pencemar udara tersebut memasuki sumber-sumber air. Diantaranya adalah pemendapan langsung bahan-bahan pencemar udara ke dalam sumber-sumber air. Ini boleh berlaku apabila bahan pencemar udara tersebut jatuh ke permukaan air melalui air hujan, habuk ataupun tarikan graviti. Cara lain adalah apabila tanah yang tercemar dengan bahan pencemar udara tersebut dihanyutkan ke dalam sumber-sumber air. Antara kesan-kesan buruk daripada pencemaran udara apabila mereka turut mencemari air adalah pertumbuhan alga yang tidak terkawal, ikan yang tercemar dan air minuman yang tidak selamat untuk diminum.

Mathini Arveena Ravee
Forum Air Malaysia

 

Commonly, we treat air pollution as a separate entity to water pollution. However, air pollutants can end up in water bodies such as river and lakes thus contaminating our drinking water source.

Not only do these pollutants can affect the water bodies nearby their source, they also could be carried away by winds, clouds and rains thus polluting water bodies at regions far away from the source area. It is even more of a problem when the contaminated air is carried across the globe to pollute pristine environments such as gazetted water catchment areas.

There are multiple sources of air pollution which include both anthropogenic and natural sources. Examples of anthropogenic sources are burning of fossil fuels, industrial and agricultural chemical release and solid waste incineration. Forest fire and volcanic activities are examples of natural processes which contribute to air pollution. Common air pollutants which also lead to water pollution are NOX, SOX, and heavy metals such as mercury.

There are a number of ways in which these air pollutants can be deposited into the water bodies. Direct deposition of air pollutants into the water bodies happens when the air pollutants fall onto the surface of the water bodies by means of rainwater and dust or simply due to gravity. Another way is when the land deposited with the air pollutants is being washed away into the water bodies. Some of the adverse effects of these air pollutants when they end up in water are uncontrolled algal blooms, contaminated fish and unsafe drinking water.

Mathini Arveena Ravee
Forum Air Malaysia

 

Akses kepada bekalan air telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kriteria yang paling penting untuk mencapai semua hak asasi manusia pada tahun 2010. Gangguan air berskala besar yang berlaku di 7 daerah di Selangor dan Kuala Lumpur telah meninggalkan lebih daripada 1 juta orang -kurang air pada pagi Hari Kemerdekaan ke-56. Kami dari WECAM , FOMCA dan Forum Air Malaysia ingin menyatakan kedudukan dan cadangan kami mengenai perkara ini:

  1. Walaupun ia adalah dipuji bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah membekukan semua permohonan pembangunan yang akan dijalankan di rizab sungai , KAMI MENUNTUT KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR ( LUAS ) UNTUK MEMASTIKAN SEMUA SUNGAI DILINDUNGI SEPENUHNYA DAN BEBAS DARIPADA APA-APA PEMBANGUNAN DENGAN PELAN TINDAKAN JELAS DAN JADUAL MASA YANG TEPAT DAN PENILAIAN MESTI DIDAPATI PIHAK UMUM secara terbuka .
  2. Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar perlu menjalankan pemeriksaan secara berkala di semua premis yang sedia ada di sepanjang tebing sungai. Tindakan tegas perlu diambil untuk membendung pembuangan sisa ke dalam sungai.
  3. Kerajaan Negeri Selangor mesti mewartakan semua sungai-sungai yang bertindak sebagai bekalan air utama iaitu Sungai Kroh , Sungai Kubu , Sungai Langat , Sungai Rasau. Sungai Rumpai , Sungai Selangor , Sungai sembah , Sungai Serai , Sungai Subang dan Sungai Tengi sebagai kawasan tadahan air kekal.
  4. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN ) telah mengambil peranan yang positif semasa kejadian ini dengan mengaktifkan bilik kecemasan sendiri untuk menjawab panggilan orang awam dan bertindak sebagai penyelaras utama. Pada masa hadapan, kenyataan akhbar dan kemas kini dijangka daripada SPAN untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna dan perniagaan. Kejadian ini merupakan penyebaran maklumat tidak diuruskan dengan baik yang mengelirukan, bercanggah dan sangat lewat ( TIDAK tepat pada masanya) .
  5. Tindakan keras dan hukuman yang perlu diambil terhadap pesalah-pesalah yang mencemarkan sumber air semula jadi. Laporan berita menunjukkan bahawa pelakunya telah dikeluarkan lebih 14 saman dan semua saman itu tidak dijelaskan lagi. Tidak ada rasa segera di kalangan pengawal selia dan pegawai-pegawai penguat kuasa apabila ia datang kepada pencemaran air di dalam kes ini. Operasi premis ini harus ditutup selepas ketiga memanggil jika tidak kesalahan pertama.
  6. 6 ) Kita hairan mengenai tindakan yang lambat diambil oleh SYABAS untuk mengeluarkan siaran akhbar dan pengaktifan kod merah pelan gerak balas kecemasan . Ia mengambil SYABAS lebih daripada 8 jam untuk mengeluarkan siaran akhbar selepas kesan minyak pertama kali ditemui di dalam sungai. Maklumat mengenai masa pemulihan dan pengedaran lori tangki air yang tidak diketahui semasa gangguan bekalan air . PUSPEL CALL CENTRE tidak berguna semasa kejadian  dan ini melahirkan rasa kekecewaan di kalangan pengguna. KAMI MENUNTUT PENERANGAN DARIPADA SYABAS BERHUBUNG ISU INI. Bagaimana operator air boleh menjalankan operasi dengan pusat panggilan berfungsi ? Pusat panggilan adalah komponen penting dalam ERP berkesan. Seperti yang SYABAS dan semua operator air di Malaysia dan SPAN mesti membuat Pelan Tindakan Kecemasan mereka umum. Dalam kes ini, pelan tindakan kecemasan SYABAS ini tidak boleh didapati secara terbuka.
  7. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta orang yang tinggal di sekitar sungai atau kawasan tadahan air untuk menjadi lebih prihatin apabila ia datang kepada pencemaran. Kami bersetuju dengan kenyataan dan ingin mencadangkan program pemuliharaan sumber air yang besar-besaran  perlu diadakan di seluruh negara dan untuk meningkatkan keupayaan orang ramai berkaitan dengan perlindungan dan pemantauan sungai.
  8. Kami menggesa semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam kejadian ini iaitu Kerajaan Negeri Selangor, LUAS , SYABAS , Puncak Niaga, SPLASH, KeTTHA dan majlis tempatan untuk bekerja bersama-sama untuk keluar dengan pelan tindakan strategik dan holistik dalam usaha untuk lebih bersedia untuk sebarang gangguan masa depan yang utama atau bencana.
  9. KAMI MENUNTUT SATU PERTANYAAN ATAU PENYIASATAN DIJALANKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA ( SPAN) UNTUK MENENTUKAN KEBERKESANAN Pelan Tindakan Kecemasan ( ERP) YANG TELAH DIJALANKAN OLEH SYABAS. Forum Air Malaysia / WECAM / FOMCA dan pihak berkepentingan lain MESTI dalam panel siasatan. Hasil penyiasatan ini mesti boleh diakses kepada semua pihak yang berkepentingan.
  10. Suatu pelan induk untuk pembangunan setiap negeri perlu dibangunkan YANG menekankan penandaan dan perlindungan tetap kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan tadahan air (points pengambilan air) dan penceroboh AKAN didakwa.
  11. Kita masih belum melihat hasil kajian sumber air semula jadi dan juga bagaimana agensi-agensi berkaitan akan menggunakan maklumat yang baik untuk memaklumkan kepada pembangunan , alam sekitar, dasar-dasar ekonomi dan sosial di Malaysia. Kita juga meminta tempoh masa untuk ini berlaku daripada SPAN, KeTTHA dan agensi-agensi lain.
  12. KAMI MENUNTUT Kerajaan Persekutuan atau SPAN atau mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan untuk memulakan kajian ke atas nilai aset SYABAS untuk memudahkan penyusunan semula sektor perkhidmatan air di Selangor , Kuala Lumpur dan Putrajaya


Kenyataan Akhbar Bersama oleh Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Air dan Tenaga Persatuan Pengguna Malaysia (WECAM), Forum Air Malaysia, Penyelidikan Pengguna dan Pusat Sumber (CRRC), ERA Consumer Malaysia, Persatuan Malaysia Standards Users dan Aduan Pengguna Nasional Centre (NCCC).

Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi En. Foon Weng Lian di 03-78753168 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Sehubungan itu, berikut adalah Pelan Pengagihan Air Berjadual untuk makluman semua pengguna terlibat:

Klik disini untuk muat turun Pelan Pengagihan Air Berjadual