Hujan yang turun pada waktu petang dibeberapa kawasan adalah satu rahmat setelah musim kemarau yang mencecah suhu 34-36oC membelenggu orang ramai selama tiga minggu ini. Sepanjang waktu kemarau ini, orang ramai lebih terkesan dengan laporan penurunan paras air empangan seperti yang disiarkan akhbar pada 12 Februari 2014 yang berkemungkinan besar akan memberi impak kepada bekalan air kepada orang ramai.
Dalam menghadapi musim kemarau ini, pemantauan empangan yang berterusan di seluruh negeri di Malaysia terutama Selangor yang mempunyai bilangan akaun pengguna paling tinggi adalah amat penting. Penyampaian maklumat seperti status empangan yang disiarkan akhbar dilihat sangat berguna kepada orang ramai untuk mengatahui apa yang sebenarnya berlaku agar mereka sentiasa bersiap sedia jika berlaku masalah gangguan air seperti catuan air berjadual semasa musim kemarau ini. Jika catuan air perlu dijalankan, ia perlulah dimaklumkan lebih awal dan diharap tidak mengganggu operasi institusi-institusi penting seperti hospital, tempat ibadah, pili bomba dan lain-lain. Maklumat seperti jadual lori tangki air atau tangki statik juga haruslah disebarkan kepada
orang ramai.
Pengurusan sumber air alternatif seperti sebagai penggunaan air hujan dan air sisa terawatt dalam kegunaan bukan minuman harus diketengahkan yang mana dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air terawat dan sebagai salah satu persediaan menghadapi musim kemarau.
Penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir adalah perlu dikalangan pengguna dalam mengawal permintaan air yang tinggi dikalangan pengguna. Menurut laporan dari Malaysia Water Industry Guide 2013, pengguan air domestik percapita sehari telah meningkat dari 210 liter pada tahun 2011 kepada 212 liter dan dijangka akan terus meningkat jika perubahan dilakukan. Maka pendidikan pengguna yang berterusan dalam pengguan air secara berhemah adalah penting dalam memastikan penggunaan yang mampan bukan sahaja hanya tertumpu semasa musim kemarau malah pada hari-hari biasa. Selain itu, pembakaran secara terbuka serta pencemaran sumber air tidak seharusnya berlaku bagi mengelakkan keadaan dari bertambah parah.
Nuraini Binti Khalil
Forum Air Malaysia