Air merupakan salah satu sumber utama yang digunakan oleh pengguna di Malaysia untuk memenuhi keperluan harian mereka. Sumber air yang bersih adalah salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana organisasi yang memberikan perkhidmatan air kepada pengguna. Penjagaan kualiti air di Malaysia boleh dilakukan dalam pelbagai cara untuk memastikan tahap kesihatan setiap pengguna dalam keadaan memuaskan.

Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai sektor ekonomi yang menjadikan air sebagai sumber utama, seperti sektor perindustrian, agrikultur, dan pelbagai sektor yang lain. Peningkatan sektor perindustrian di Malaysia akan menyebabkan keperluan air bersih meningkat dari semasa kesemasa dan memerlukan lebih banyak kos untuk menghasilkan air bersih di Malaysia.

Musim kemarau yang berpanjangan dan berlarutan pada masa ini menyebabkan berlakunya kekeringan air dan penurunan paras air empangan. Keadaan ini merupakan suatu kebiasaan disebabkan peningkatan suhu yang tinggi dan kering di Malaysia. Keadaan air di empangan yang susut, ditambah pula dengan masalah sugai yang tercemar, telah menyebabkan loji rawatan air terpaksa dihentikan.

Kadar pencemaran air yang sudah melepasi kadar piawaian yang telah ditetapkan akan memberikan impak yang buruk terhadap orang ramai yang memerlukan air bersih sebagai sumber utama mereka. Selain itu, impak yang buruk ini bukan hanya diterima oleh penduduk Malaysia, malah ia juga dialami oleh pelancong asing yang datang di Malaysia.  Seterusnya ini akan menyebabkan ekonomi negara merudum. Perkara ini akan berlarutan sekiranya tidak ada langkah-langkah pengurusan air yang baik yang diambil oleh pihak kerajaan dan syarikat bekalan air itu sendiri.


Terdapat banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk memastikan kualiti air dan sumber air memenuhi keperluan orang ramai di Malaysia. Pembaziran air dan penggunaan air yang tidak berhemat oleh orang ramai, juga boleh menyebabkan sumber air bersih tidak mencukupi. Jika perkara ini tidak dibendung, pengguna akan mengalami masalah kekurangan air bersih pada masa akan datang.

Tidak mustahil juga masalah kekurangan air bersih yang berlaku di Selangor akan turut berlaku di 13 buah negeri yang lain di Malaysia. Jika masalah-masalah ini tidak dapat diselesaikan, catuan air berjadual adalah jalan terakhir yang terbaik untuk memastikan sumber air bersih dalam tahap terkawal. Selain pencatuan air berjaual, penggunaan air hujan untuk aktiviti-aktiviti harian, seperti mencuci kereta, kegunaan tandas dan penyiraman pokok oleh orang ramai adalah digalakkan. Nilai-nilai ini perlu dititikberatkan oleh kerajaan ataupun syarikat bekalan air supaya pengguna menggunakan langkah-langkah tersebut sebagai jalan penyelesaian yang bijak.

Mohammad Abdul Wafi Bin Selamat
Forum Air Malaysia

 

 

Normal 0 false false false EN-US ZH-CN MY /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

Air Tidak Terhasil  (Non-Revenue Water, NRW) boleh dikategorikan sebagai kehilangan air semasa pengagihan kepada pengguna dalam perkhidmatan bekalan air.

Peratusan NRW yang tinggi menunjukkan jumlah kehilangan air yang banyak dan mendatangkan kerugian kepada industri, dan seterusnya kepada negara kerana hasilnya tidak dapat dikutip.

Kadar NRW ini merupakan antara salah satu penanda aras yang digunakan untuk mengukur tahap prestasi perkhidmatan air sesebuah negara.

Di Malaysia, kadar purata NRW pada tahun 2013 adalah 36.6%. Kadar ini meningkat sebanyak 0.2% berbanding pada 2012, iaitu 36.4%. Sejak tahun 2009 lagi, kadar NRW ini berada dalam lingkungan 36%.

Kadar NRW di Malaysia yang terendah adalah di negeri Pulau Pinang dengan jumlah sebanyak 18.2% manakala yang tertinggi pula negeri Perlis dengan 62.4%. Komponen NRW erdiri daripada kehilangan komersial dan kehilangan fizikal.

Kehilangan komersial merangkumi bacaan meter yang tidak tepat, penggunaan tidak sah seperti sambungan secara haram dan tidak berdaftar serta kegunaan air yang tidak dibilkan, seperti memadam kebakaran.

Kerugian fizikal pula seperti kebocoran atau paip pecah. Kebocoran dalam sistem perpaipan juga memberikan impak kepada

kualiti bekalan air. Kualiti perkhidmatan air yang pulih selepas paip pecah dapat dilihat daripada keadaan air yang berkarat akibat perbezaan tekanan air yang mendadak.

Pengguna perlu membiarkan pili air terpasang untuk membolehkan kualiti air kembali seperti biasa. Namun ini turut menyebabkan pembaziran air.

Langkah-langkah untuk mengurangkan NRW perlu dipertingkat kerana NRW menyebabkan pembaziran air serta pendapatan syarikat bekalan air.

Pengurangan NRW membolehkan bekalan air yang sedia ada dapat menampung permintaan air yang kian meningkat tanpa melibatkan pelaburan baru untuk membina infrastruktur perawatan air. 

Pengurangkan dan mengawal NRW adalah kompleks dan melibatkan kos yang tinggi.

Dalam usaha untuk mengekalkan NRW pada tahap yang rendah, pelaksanaan strategi pengurangan secara menyeluruh dan holistik perlu dilakukan. Ia merupakan satu pendekatan berkesan untuk mengurangkan jumlah NRW dalam jangka masa panjang.

Langkah ini meliputi pelaksanaan program untuk mengurangkan kerugian kedua-dua komersil dan fizikal.
Pada masa ini, penggantian paip-paip lama dilakukan secara berperingkat. Dalam sesetengah kes, penggunaan kaedah X-Ray dan Ultrasonik membantu mengenal pasti kebocoran.

Penggunaan peralatan atau produk yang mempunyai standard, berkualiti dan diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga perlu diberikan perhatian.

Pengambilan pekerja-pekerja yang bermahiran amat perlu dalam membentuk satu pasukan penyelenggaraan air yang cekap.

Pihak yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan, seperti kontraktor yang melakukan kerja yang melibatkan pengorekan jalan juga perlu peka dan berhati-hati agar tidak menyebabkan kerosakan paip air.

Setiap kerja pembaikan kontraktor dan tukang paip ini perlu dipantau bagi memastikan kemasan kerja yang berkualiti dan menepati keperluan spesifikasi.

Pelbagai kaedah telah diperkenal, seperti pemberian dana atau kontrak kepada kontraktor yang berkelayakan atau melalui kaedah berasaskan prestasi bagi melaksanakan kerja-kerja NRW yang bekesan.

Insentif diberi kepada kontraktor yang berjaya melaksanakan kerja yang berkualiti dan menepati masa, manakala penalty pula dikenakan kepada kontraktor yang gagal mencapai sasaran.

Kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi juga penting dalam mencari kaedah terbaik menangani masalah NRW melalui penyelidikan dan pembangunan inovasi.

Pengguna juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab. Selain menggunakan air secara berhemat, pengguna juga digalakkan untuk membuat aduan kepada syarikat air sekiranya terdapat sebarang kebocoran paip atau paip pecah, kecurian air mahupun gejala vandalisme.

Tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud dalam kalangan masyarakat yang bersikap tidak endah apabila melihat keadaan ini, dengan tanggapan orang lain akan mengambil tindakan.

Kesedaran dan tanggungjawab ini perlu sentiasa dipupuk.

Bagi mencapai  matlamat tersebut, program jangkauan dan pendidikan kepada orang awam mengenai NRW perlu dibuat secara berterusan.

Langkah ini amat penting agar pengguna dapat memahami apa itu NRW, kesan NRW kepada masyarakat dan negara.

Seterusnya, pengguna juga diberikan penerangan agar mereka dapat melibatkan diri dalam menurunkan kadar NRW.

Oleh itu, semua pihak seperti kerajaan, industri dan pengguna perlu bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menjadikan penurunan NRW kepada 25%  pada tahun 2020 menjadi kenyataan.


Penulis adalah Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

 

Penghasilan sampah di Malaysia pada masa kini direkodkan sebanyak 30 tan sehari dan dijangka akan meningkat menjadi 33 tan sehari sepanjang tahun 2014 ini . Angka yang dijangka hanya akan berlaku pada tahun 2020 telah berlaku lebih awal dari jangkaan iaitu 7 tahun lebih awal.  Adakah peningkatan ini disebabkan kita tidak mengamalkan sikap kitar semula seperti yang diamalkan di Negara-negara lain? Adakah kita semakin membazir sehingga menyebabkan peningkatan jumlah sampah?

Di Malaysia setakat ini, jumlah sampah yang dikitar semula masih ditahap rendah iaitu pada tahap 10 peratus. Statistik juga menunjukkkan di Bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur, purata sampah yang dihasilkan oleh seorang individu mencecah sehingga 1.2 kilogram sehari yang mana jumlah ini adalah tinggi dari yang sepatutnya iaitu 0.8 kilogram sehari dan ia dijangka meningkat sebanyak 3.59 oeratus setiap tahun. Autria, Jerman dan Belgium adalah antara Negara tertinggi kadar kitar semula dengan masing-masing mencatat jumlah 63 peratus, 62 peratus dan 58 peratus.

Antara amalan kitar semula di Negara lain

Austria, Jerman dan Belgium mencatat jumlah kitar semula yang terbesar di Eropah pada tahun 2010. Walaupunbegitu beberapa buah negara mencatat peningkatan kadar kitar semula yang

pantas.

Austria

Austria adalah antara Negara yang mengamalkan kitar semula tertinggi. Di Negara ini, ia memerlukan pembekal sesuatu barangan untuk mengambil semula sisa pembungkusan mereka. Hotel-hotel dapat turut sama membantu mengurangkan penghasilan sampah dengan hanya membeli barangan mesra alam sekitar seperti barangfan biodegradasi.

 

Jerman

Jerman sangat mengambil berat isu kitar semula. Di perkarangan pangsapuri, terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis tong kitar semula berwarna iaitu kuning untuk pembungkusan (susu kotak lama), biru untuk kertas atau kadbod, coklat untuk kaca, tong hijau (bio) untuk sisa-sia makanan atau sisa tumbuhan dan tong hitam kepada individu yang tidak mahu mengasingkan sampah mereka. Pengasingan sampah tidak diwajibkan di Jerman, namunbegitu rakyat Jerman telah dididik dan mereka dengan rela hati mengasingkan sampah mereka.

Sweden

Sweden sememangnya terkenal dengan semangat rakyatnya dalam kitar semula. Sampah di Negara ini digunakan untuk mewujudkan haba dan menyumbang elektrik kepada lebih satu perempat dari sejuta buah kediaman. Kadar kitar semula yang tinggi menyebabkan hampir kesemua sampah telah digunapakai dalam proses ini dan tiada lagi sampah yang boleh diproses! Sweden juga telah membantu Negara jirannya, Norway dalam pelupusan sampah. 

Jepun

Jepun mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Undang-Undang Perkakasan Rumah (Home Appliences Law) lebih dari 10 tahun. Ia meletakkan tanggungjawab mengitar semula kepada pengguna dan juga pengeluar barangan. Undang-undang ini mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin melupuskan barangan, dalam erti kata lain bayaran dikenakan kepada orang ramai yang tidak menjalankan kitar semula terhadap barangan tersebut. Jika pengguna ingin menghapuskan perkakasan yang besar, pengguna 

Rom

Rom agak tegas dalam isu kitar semula. Jika penduduk di Negara ini tidak mengasingkan barang yang boleh dikitar semula sebelum melupuskan sampah, mereka boleh dikenakan denda sehingga 619 Euro, lebih-lebih lagi jika tong kitar semula terletak dalam jarak 500 meter dari pintu kediaman.

Sampah-sampah akan dihantar ke pusat pelupusan sampah untuk menjalani pelupusan. Di Malaysia, kadar purata sisa pepejal yang dilupus setiap hari adalah 35,568.71 tan sehari. Jika amalan mengitar semula tidak dipertingkatkan di kalangan masyarakat, jumlah sampah yang dihasilkan oleh takyat Malaysia akan semakin meningkat dan memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan pusat pelupusan sampah yang secara tidak langsung menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dan meningkatkan lagi pencemaran tanah, air dan udara.

Pembangunan pesat dalam sektor perumahan, pertanian, industri, pelancongan, pembuatan dan kemajuan bandar tidak mungkin terjadi sekiranya tiada sumber air yang mencukupi.

Walaupun Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak, namun akhir-akhir ini kerap kali Malaysia mengalami tekanan dalam mendapatkan bekalan air yang mencukupi disebabkan oleh ketidakseimbangan permintaan air di sesetengah lokasi dan juga  perubahan corak cuaca yang mempengaruhi suhu.

Bercakap mengenai pengurusan permintaan air, ia bukanlah sesuatu yang baru. Terlalu banyak seminar dan persidangan yang telah membincangkan mengenai perkara ini. Pembangunan dan peningkatan bilangan penduduk yang pesat secara langsung memberi kesan kepada permintaan bekalan air bagi sektor domestik, industri dan juga pertanian. Ia dapat dilihat dengan meningkatnya penggunaan air bagi sektor domestik sebanyak 3% dan komersial sebanyak 5% dari tahun 2011 ke tahun 2012 dan tidak mustahil ia akan semakin meningkat tahun demi tahun.

Selain dari bergantung terus kepada sumber air terawat, pelbagai alternatif lain seperti

penggunaan air hujan dan air sisa terawat dapat digunapakai bagi mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat lebih-lebih lagi bagi aktiviti yang tidak melibatkan pemakanan dan minuman. Air sisa dapat menyumbang kira-kira 4,000 MLD air di Malaysia dan Malaysia juga menerima purata hujan tahunan sebanyak 37.9 ribu mm (bacaan 6 bulan pertama 2013). Jika dilihat dalam senarai 40 negara yang mengguna semula air sisa terawat, US adalah negara yang menggunakan semula air sisa terawat terbanyak, iaitu 7,600,000 m3/d. Singapura pula merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang tersenarai dengan menggunakan sebanyak 75,000m3/d.

Air hujan dan air sisa terawat boleh digunakan dalam aktiviti pertanian seperti pengairan tanaman bukan makanan, contohnya pokok-pokok bunga. Ia dapat menjimatkan kos, di samping membekalkan nutrien yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh diguna pakai untuk kegunaan perbandaran seperti mencuci trak atau mencuci jalan-jalan raya. Bagi sektor industri pula, air hujan dan air sisa terawat boleh digunakan dalam aktiviti penyejukan mesin dan juga untuk cucian.

Terdapat banyak amalan baik yang telah digunakan di Negara-negara lain, antaranya:

India

Dalam usaha mengurangkan permintaan air terawat yang tinggi, peserta yang mengambil bahagian dalam pemasangan sistem penuaian air hujan diberi rebat cukai harta. Pune Municipal Corporation (PMC) telah mengumumkan rebat ke atas cukai harta jika rakyat memasang sistem penuaian air hujan, menggunakan tenaga solar atau mengasingkan sisa pepejal di kediaman mereka. Jika masyarakat mengikuti mana-mana dua daripada tiga amalan tersebut, mereka berhak untuk 10 peratus rebat dan jika mereka mengamalkan mana-mana satu daripada amalan-amalan ini, mereka akan mendapat lima peratus rebat. Pada tahun 2010, PMC hanya menerima 44 permohonan tetapi pada tahun 2013 bilangan ini meningkat kepada 452 permohonan. Selain dari menggunakan air hujan, mereka juga mengitarsemula air di kediaman dan kira-kira 20,000 liter air sisa telah berjaya dikitar semula.

Singapura

Air sememangnya merupakan aset sangat mendesak di Singapura memandangkan sumber air adalah sangat terhad di negara ini. Keadaan cuaca yang luar biasa sememangnya memberi tekanan kepada bekalan air. Namun begitu, Singapura telah menukar permasalahan itu kepada aset yang berharga dengan menguruskan kitaran air secara keseluruhannya seperti pengumpulan air hujan, rawatan air sisa dan mengubahnya kepada NEWater. Selain dari NEWater, Singapura bergantung kepada 3 lagi  sumber air iaitu melalui kaedah penyahgaraman, air tadahan dan air yang diimport. Bagi menjamin bekalan yang berterusan, Singapura juga menguruskan dari segi permintaan. PUB mempunyai pelan luas dalam pemuliharaan air yang menggalakkan masyarakat untuk menggunakan air dengan bijak. Penggunaan air sektor domestik perkapita di Singapura telah menurun dari 165 liter sehari pada tahun 2003 kepada semasa 151 liter. Sasaran adalah untuk mengurangkan ia kepada 147 liter pada tahun 2020 dan 140 liter pada tahun 2030.

United Kingdom

Agensi Alam Sekitar di United Kingdom mengiktiraf perniagaan atau organisasi yang berusaha keras dalam menjalankan penjimatan air malalui anugerah tahunan mereka. UK Water Efficiency Award diberikan kepada syarikat berskala besar dan juga perniagaan kecil dan sederehana yang berjaya menggurangkan penggunaan air sehingga 80%. Ini dapat menunjukkan bagaimana organisasi syarikat-syarikat ini dapat menyumbang kepada kedua-dua pertumbuhan ekonhomi dan masyarakat yang mampan dan dalam masa yang sama melindungi alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon. Syarikat-syarikat ini diberi penghargaan yang tinggi kerana memberikan contoh baik dan inspirasi kepada masyarakat dalam menambahbaik pengurusan air.

Selain itu, pemenang bagi kategori pembinaan alam sekitar adalah Essex & Suffolk Water. Syarikat ini dengan kerjasama persatuan perumahan menyediakan tukang paip percuma bagi memasang peralatan jimat air di kediaman pengguna. Sebanyak 14,999 alat penjimatan air telah dipasang dan telah berjaya menjimatkan dengan purata 22 liter sehari bagi sesebuah kediaman.

Anglian Water pula telah memenangi anugerah inovasi. Anglian Water memperkenalkan sistem yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai penggunaan air, penggera kebocoran dan pengiraan belanjawan air yang boleh dipantau oleh seluruh keluarga. 11,300 pelanggan telah memasang sistem ini dan menjimatkan 9 liter air setiap kediaman setiap hari dan menurunkan keseluruhan permintaan air sebanyak 4%. Sistem ini telah disebarkan secara meluas di seluruh UK dan juga Eropah.

Penutup

Penuaian air hujan harus diperluaskan ke bangunan-bangunan pejabat, kompleks membeli belah, pusat mencuci kereta. Namun ia perlulah mudah untuk dipantau dan diselenggara agar tidak mendatangkan masalah lain seperti pembiakan nyamuk dan lain-lain penyebab penyakit. Penuaian air hujan berpotensi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat dan merupakan salah satu inisiatif yang dapat digunakan sebagai persediaan musim panas dan kering yang berpanjangan.

Di Malaysia, terdapat juga pihak-pihak berkuasa yang telah mula memandang ke arah penggunaan air secara hijau dan mampan. Antaranya didalam Pelan Tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewajibkan pemasangan sistem penuaian air hujan di bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan bangunan individu sebagai satu langkah pengurusan air yang berkesan.  Selain itu, keperluan memasukkan sistem penuaian air hujan ini dalam pembangunan perumahan baru dan setiap pemohonan pelan pembangunan rumah sebuah, berkembar dan semua jenis bangunan berasingan yang mempunyai yang kawasan berbumbung yang melebihi 100m2.

Pemaju-pemaju perumahan juga diharap dapat mempertimbangkan penggunaan peralatan penjimatan air dalam projek-projek perumahan atau pejabat yang baru. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan permintaan air mentah yang semakin kritikal, malah ia juga dapat menggalakan kehidupan yang lebih hijau dan membantu pengguna mengurangkan kos bil air dengan pengurangan penggunaan air.

Sudah tiba masanya untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih hijau demi menjamin bekalan air yang mencukupi untuk masa akan datang kerana kita boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi kita tidak boleh hidup lebih daripada beberapa hari tanpa air. Air sangat berharga untuk dibazirkan begitu sahaja.

 

Hujan yang turun pada waktu petang dibeberapa kawasan adalah satu rahmat setelah musim kemarau yang  mencecah suhu 34-36oC membelenggu orang ramai selama tiga minggu ini. Sepanjang waktu kemarau ini, orang ramai lebih terkesan dengan laporan penurunan paras air empangan seperti yang disiarkan akhbar pada 12 Februari 2014 yang berkemungkinan besar akan memberi impak kepada bekalan air kepada orang ramai.

Dalam menghadapi musim kemarau ini, pemantauan empangan yang berterusan di seluruh negeri di Malaysia terutama Selangor yang mempunyai bilangan akaun pengguna paling tinggi adalah amat penting. Penyampaian maklumat seperti status empangan yang disiarkan akhbar dilihat sangat berguna kepada orang ramai untuk mengatahui apa yang sebenarnya berlaku agar mereka sentiasa bersiap sedia jika berlaku masalah gangguan air seperti catuan air berjadual semasa musim kemarau ini. Jika catuan air perlu dijalankan, ia perlulah dimaklumkan lebih awal dan diharap tidak mengganggu operasi institusi-institusi penting seperti hospital, tempat ibadah, pili bomba dan lain-lain. Maklumat seperti jadual lori tangki air atau tangki statik juga haruslah disebarkan kepada

orang ramai.

Pengurusan sumber air alternatif seperti sebagai penggunaan air hujan dan air sisa terawatt dalam kegunaan bukan minuman harus diketengahkan yang mana dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air terawat dan sebagai salah satu  persediaan menghadapi musim kemarau.

Penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir adalah perlu dikalangan pengguna dalam mengawal permintaan air yang tinggi dikalangan pengguna. Menurut laporan dari Malaysia Water Industry Guide 2013, pengguan air domestik percapita sehari telah meningkat dari 210 liter pada tahun 2011 kepada 212 liter dan dijangka akan terus meningkat jika perubahan dilakukan. Maka pendidikan pengguna yang berterusan dalam pengguan air secara berhemah adalah penting dalam memastikan penggunaan yang mampan bukan sahaja hanya tertumpu semasa musim kemarau malah pada hari-hari biasa. Selain itu, pembakaran secara terbuka serta pencemaran sumber air tidak seharusnya berlaku bagi mengelakkan keadaan dari bertambah parah.

 

 

 

Nuraini Binti Khalil
Forum Air Malaysia

Exactly a year ago, the Sungai Semenyih water treatment plant was contaminated by ammonia and caused major disruption to almost 20,000 households in Selangor, and it was also dubbed as the prelude to one of the worst water crises in the history of Selangor.

The culprit of the pollution was found but no one knows what happened later. The incident ended with pledges and commitments from the government, saying that they will take stern action on polluters and will come out with a holistic plan to deal with the water crisis.

At the beginning of year 2015, we have been told that there will be water rationing this year as the water storage levels at all dams are satisfactory. However, we got another reality slap when another major water disruption is going to affect 458,350 households due to the closure of the Semenyih water treatment plant as a result of contamination in the Sungai Semenyih on the Feb 15, 2015.

It is indeed frustrating when most of the households, especially those who are celebrating Chinese New Year, as they have to

deal with the same situation like last year all over again - water disruption during Chinese New Year.

According to the Compendium of Environment Statistics Malaysia 2013, the major sources of river pollution include improper discharge from sewerage treatment plants, agro-based industries, livestock farming, land clearing activities and domestic sewage.

Has there been any system installed to detect the pollution kilometres away before it reaches the water treatment plants? Why are our water treatment plants not equipped with a more advanced water treatment technology and system, knowing that Sungai Semenyih is the ‘hotspot’ prone to contamination? We already have the regulation to deal with this situation but where is the enforcement?

When the water supply is going to resume? Do we have sufficient water tankers to distribute water supply to all the affected areas? Is there any information on the schedule of water tankers being disseminated to the affected areas? All these unanswered questions might lead to us wondering that the government agencies might be sleeping throughout the year and have done nothing to mitigate the situation from recurring.

Access to continuous and clean water supply is the basic human rights for the realisation of all other human rights as gazetted by the United Nations back in 2010. Our neighbouring country, which has no water resources to begin with, has now became the international water hub and as a role model of water management excellence to the world. And by 2050, they will be self-sufficient in terms of water supply.

While we are still chanting our aspiration of becoming a high income and developed nation by 2020, the dire water situation here has made us the laughing stock of the world.

By the way, did I mention that the storage level in the Sungai Selangor dam is dropping due to the hot weather? The level has dropped more than 2 percent in just four days, the biggest drop since December 2014.

FOON WENG LIAN is secretary-general, Water and Energy Consumer Association of Malaysia (Wecam).

Source: Malaysiakini

 

EXACTLY a year ago, the Sungai Semenyih water treatment plant was contaminated by ammonia that caused a major disruption to almost 20,000 households in Selangor. It was also dubbed as a prelude to one of the worst water crises in the history of Selangor.

The culprit of the pollution was found but no one knows what happened later. The incident ended with pledges and commitments from the Government that they would take stern action against polluters and would come out with a holistic plan to deal with the water crisis.

At the beginning of the year, we were told that there would be no water rationing this year as the water storage at all dams were satisfactory. However, we got a reality slap when another major water disruption is going to affect 458,350 households due to the closure of the Semenyih

Water Treatment Plant as a result of contamination in the Sungai Semenyih on Feb 15.

It is indeed frustrating when most of the

households, especially those that will be celebrating Chinese New Year, have to deal with the same situation like last year all over again – water disruption during Chinese New Year.

According to the Compendium of Environment Statistics Malaysia 2013, the major sources of river pollution include improper discharge from sewerage treatment plants, agro-based industries, livestock farming, land clearing activities and domestic sewage.

Has there been any system installed to detect the pollution miles away before it reaches the water treatment plants? Why are our water treatment plants not equipped with more advanced water treatment technology and system knowing that Sungai Semenyih is a “hotspot” prone to contamination?
We already have the regulations to deal with this kind of situation but where is the enforcement? When is the water supply going to resume? Do we have sufficient water tankers to distribute water to the affected areas? Is there any information on the schedule of water tankers being sent to the areas?

All these unanswered questions might lead us to wonder whether the government agencies might have not done anything to mitigate the situation from re-occurring.

Access to continuous and clean water supply is a basic human right for the realisation for all other human rights as gazetted by the United Nations back in 2010.

While we are still chanting our aspiration of becoming a high-income and developed nation by 2020, the dire water situation here has made us the laughing stock of the world.

 

FOON WENG LIAN
Secretary-General
Water and Energy Consumer Association of Malaysia

Source: The Star

WECAM, together with Federation Of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) and Forum Air Malaysia are disappointed and frustrated to hear that the agreement for the water industry restructuring in Selangor has lapsed.

According to the official media statement issued by the Selangor State Government, the main reason for the agreement to lapse is due to the inaction of the Federal Government in fulfilling the terms and condition as stipulated in the master agreement sign in September 2014.

Both the governments have been working relentlessly for 7 years in order to complete the water industry restructuring plan in Selangor and now we are back to square one.

Access to continous and safe drinking water is one of the basic rights for human as declared by the United Nations. This basic rights should not be treated as a bargaining chip for political mileage with the expense of the people in Selangor and Kuala Lumpur. We are tired of all these nonsenses.

We want to know why Federal Government keeps requesting for extension for the completion of the water restructuring deal. If the extension is granted, what is the benefit for the people?

We are demanding both the State and Federal Goverment to stop pointing fingers and return to the negotiation table as soon as possible and complete the restructuring of the water industry in Selangor by this year.

Time is running short as the water level at the dams are dropping again and if Langat 2 Water Treatment Plant is not completed on time, water crisis will become the new norm in the richest and most modern state in Malaysia in the near future.

Hari Air Sedunia telah diperhatikan pada 22 Mac sejak tahun 1993 apabila United Nation Perhimpunan Agung mengisytiharkan 22 Mac sebagai "Hari Dunia untuk Air". Hari Air Sedunia akan menentukan atau menentukan isu mengenai air tawar atau bekalan air setiap tahun. Hari Air Sedunia 2015 dengan tema, "Air dan Pembangunan Mampan” akan menyediakan platform terbaik untuk menangani peranan air dalam agenda pembangunan mampan.

Persatuan Bangsa-Bangsa Air (UN Water) telah menentukan 7 sektor yang perlu kita  berikan tumpuan untuk membuat sesuatu perubahan bermula tahun 2005 sehingga 2015 bagi mencapai pembangunan mampan yang saling berkait dalam isu air iaitu dalam kesihatan, alam semula jadi, proses perbandaran, industri, tenaga, makanan dan kesaksamaan. Bekalan air dan sanitasi berterusan adalah dua perkhidmatan keperluan penting dalam kesejahteraan negara. Air adalah teras pembangunan mampan dengan menyediakan pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Air merupakan asas untuk pembangunan ekonomi negara. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi terjejas dengan bekalan air yang tidak mencukupi semasa catuan air pada Mac 2014. Daripada media analisis, kilang makanan dan minuman perlu membelanjakan RM150, 000 untuk mendapatkan air alternatif daripada pengendali air dan jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdiri untuk kehilangan kira-kira RM15 juta sehari pada kos dan jualan dan pengeluaran akan berhenti kerana kekurangan air.

Air adalah penting untuk kesihatan manusia. Setiap hari, setiap orang memerlukan perkhidmatan kepada air yang bersih dan berterusan untuk minum, masak dan kebersihan diri termasuk kemudahan sanitasi. Daripada Laporan Tahunan Jabatan Statistik 2012, 94.7% daripada penduduk Malaysia mempunyai bekalan air melalui sistem perpaipan air di mana peratusannya adalah agak tinggi berbanding dengan negara lain. Walau bagaimanapun, peratusan rendah penduduk Kelantan yang menggunakan sistem perpaipan air iaitu puratanya hanya 59.9% yang menggunakan perkhidmatan bekalan air yang dirawat.

Selain itu, kitaran air adalah penting untuk mencapai pengurusan air yang mampan. Terdapat keperluan untuk beralih dasar ekonomi ke dalam dasar ekonomi yang lebih mesra alam sekitar untuk melindungi kawasan tadahan air kita terutamanya sekitar empangan dan sungai. Pencemaran air yang serius di sungai yang merupakan  sumber air utama bagi menghasilkan air bersih akan memberi kesan kepada kehidupan biasa kami. Sebagai contoh, awal tahun 2014, terdapat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan Bukit Tampoi telah menyebabkan penutupan loji rawatan air Sg Langat dan Bukit Tampoi. Ini telah menyebabkan 36 kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat menghadapi gangguan air selama hampir sebulan.

Pencemaran Sungai Semenyih telah berlaku 3 kali pada awal suku tahun ini di mana ia telah menyebabkan penduduk di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan air tidak berjadual. Semua kawasan tadahan dan sumber potensi pencemaran sepatutnya telah dipetakan oleh pihak berkuasa di  mana punca pencemaran sepatutnya dikenalpasti sebaik sahaja berlakunya hal sebegini dan hukuman yang setimpal harus diambil terhadap penyebab.

Pengurusan sumber air adalah penting untuk memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna. Pemantauan paras air sungai, empangan air dan sumber alternatif seperti kolam lombong adalah sangat penting supaya scenario catuan air berulang bagi tahun-tahun yang akan datang. Selain itu, usaha untuk mengurangkan peratusan berlakunya air tidak berhasil perlu diteruskan untuk mencapai sasaran peratusan 25% pada tahun 2020. Hubungi operator air di negeri masing-masing apabila anda terlihat paip bocor di sekitar kawasan anda akan membantu dalam mengurangkan peratusan air tidak berhasil.

JESSELYN PEK YEN LEE
FORUM AIR MALAYSIA

 

 

 

Tarikh 22 April amat bermakna kerana tarikh itu adalah sambutan Hari Bumi Sedunia. Ia disambut untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menghargai bumi Dan alam semula jadi. Hari Bumi disambut pertama kali pada 1970 Dan kini disambut 190 negara di seluruh dunia.

Tema Hari Bumi pada tahun ini ialah Trees for the Earth (Pokok untuk Bumi) dengan matlamat 7.8 bilion pokok akan ditanam di seluruh dunia menjelang ulang tahun Hari Bumi yang ke-50 pada 2020.

Hutan meliputi satu pertiga permukaan bumi. Menurut jurnal Nature, dunia ini adalah rumah kepada lebih daripada 3 trilion pokok. Walau bagaimanapun, 15 juta pokok ditebang setiap tahun, iaitu bersamaan dengan 56 ekar hutan setiap minit. Kiraan jumlah pokok menurun 46 peratus sejak awal ketamadunan manusia.

Aktiviti pertanian

Terdapat banyak punca penebangan hutan tetapi yang paling utama ialah aktiviti pertanian. Petani menebang hutan untuk aktiviti penanaman. Pokok juga ditebang secara besar-besaran untuk mendapatkan kayu Dan menghasilkan kertas. Pokok amat penting bagi ekologi.

Perkara ini kerana mereka menyimpan jumlah karbon yang besar, yang sangat penting bagi kitaran nutrien, air Dan kualiti udara. Penebangan secara keterlaluan memberi kesan kepada perubahan iklim, biodiversiti Dan kesihatan manusia.

Penebangan hutan juga menyumbang kepada 12 hingga 20 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global, yang mengakibatkan perubahan iklim.

Hutan yang semakin berkurangan menyebabkan sejumlah besar gas rumah hijau memasuki atmosfera. Apabila jumlah gas rumah hijau meningkat di dalam atmosfera, haba akan terperangkap di dalamnya.

Peningkatan haba ini menyebabkan perubahan pada corak iklim, yang seterusnya menyebabkan pemanasan global.

Pokok menyerap gas rumah hijau, seperti karbon dioksida Dan menukarkannya kepada oksigen bersih Dan karbon. Pokok melepaskan gas oksigen Dan menyimpan karbon.

Penebangan hutan bukan sahaja mengurangkan jumlah karbon disimpan, malah melepaskan gas karbon dioksida ke udara. Apabila pokok mati, mereka melepaskan karbon yang disimpan. Selain daripada pemanasan global, penebangan hutan juga mempunyai kesan besar kepada ketersediaan air di hutan.

Di samping itu, penebangan hutan secara besar-besaran juga memberi kesan kepada habitat bagi berjuta-juta spesies hidupan liar.

 

Hidupan Liar Hilang Habitat

Sebanyak 70 peratus spesies haiwan, serangga Dan tumbuhan hidup di hutan tidak dapat meneruskan kehidupan akibat penebangan hutan. Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitatnya.

Setiap spesies haiwan Dan tumbuhan memainkan peranan penting dalam rantaian makanan yang boleh membuat perbezaan yang signifikan pada haiwan Dan manusia untuk meneruskan kehidupan mereka.

Penebangan hutan menyebabkan banyak haiwan, serangga Dan tumbuh-tumbuhan pupus.

Sesetengah haiwan Dan tumbuhan hanya boleh hidup dalam iklim tertentu sahaja. Apabila mereka 'dipaksa' berhijrah ke habitat baharu, Ia boleh memberi kesan negatif terhadap kelangsungan hidup mereka.

Penebangan hutan juga memberi kesan negatif kepada sektor penyelidikan perubatan kerana sesetengah tumbuhan di hutan boleh dijadikan ubat-ubatan. Hutan kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan unik Dan boleh dij adikan ubatubatan.

Walaupun penebangan hutan mungkin dianggap sebagai perlu untuk pembangunan negara, namun aktiviti yang tidak terkawal hanya akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar Dan ekologi hutan. Penyelesaian paling mudah bagi penebangan hutan ialah berhenti daripada menebang pokok.

Mungkin ini sukar untuk dilakukan kerana hasil penebangan memberi ruang kepada pembangunan negara serta menjana ekonomi negara.

Oleh itu, kaedah terbaik ialah menanam semula pokok Setiap orang di muka bumi ini perlu menanam sekurang-kurangnya satu pokok, supaya pada 2020, jumlah pokok ditanam mencapai 7.8 bilion.

 

Sumber : Berita Harian - Rencana - 2 Mei 2016 (Isnin)

Penulis : Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA