Air merupakan salah satu sumber utama yang digunakan oleh pengguna di Malaysia untuk memenuhi keperluan harian mereka. Sumber air yang bersih adalah salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana organisasi yang memberikan perkhidmatan air kepada pengguna. Penjagaan kualiti air di Malaysia boleh dilakukan dalam pelbagai cara untuk memastikan tahap kesihatan setiap pengguna dalam keadaan memuaskan.
Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai sektor ekonomi yang menjadikan air sebagai sumber utama, seperti sektor perindustrian, agrikultur, dan pelbagai sektor yang lain. Peningkatan sektor perindustrian di Malaysia akan menyebabkan keperluan air bersih meningkat dari semasa kesemasa dan memerlukan lebih banyak kos untuk menghasilkan air bersih di Malaysia.
Musim kemarau yang berpanjangan dan berlarutan pada masa ini menyebabkan berlakunya kekeringan air dan penurunan paras air empangan. Keadaan ini merupakan suatu kebiasaan disebabkan peningkatan suhu yang tinggi dan kering di Malaysia. Keadaan air di empangan yang susut, ditambah pula dengan masalah sugai yang tercemar, telah menyebabkan loji rawatan air terpaksa dihentikan.
Kadar pencemaran air yang sudah melepasi kadar piawaian yang telah ditetapkan akan memberikan impak yang buruk terhadap orang ramai yang memerlukan air bersih sebagai sumber utama mereka. Selain itu, impak yang buruk ini bukan hanya diterima oleh penduduk Malaysia, malah ia juga dialami oleh pelancong asing yang datang di Malaysia. Seterusnya ini akan menyebabkan ekonomi negara merudum. Perkara ini akan berlarutan sekiranya tidak ada langkah-langkah pengurusan air yang baik yang diambil oleh pihak kerajaan dan syarikat bekalan air itu sendiri.
Terdapat banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk memastikan kualiti air dan sumber air memenuhi keperluan orang ramai di Malaysia. Pembaziran air dan penggunaan air yang tidak berhemat oleh orang ramai, juga boleh menyebabkan sumber air bersih tidak mencukupi. Jika perkara ini tidak dibendung, pengguna akan mengalami masalah kekurangan air bersih pada masa akan datang.
Tidak mustahil juga masalah kekurangan air bersih yang berlaku di Selangor akan turut berlaku di 13 buah negeri yang lain di Malaysia. Jika masalah-masalah ini tidak dapat diselesaikan, catuan air berjadual adalah jalan terakhir yang terbaik untuk memastikan sumber air bersih dalam tahap terkawal. Selain pencatuan air berjaual, penggunaan air hujan untuk aktiviti-aktiviti harian, seperti mencuci kereta, kegunaan tandas dan penyiraman pokok oleh orang ramai adalah digalakkan. Nilai-nilai ini perlu dititikberatkan oleh kerajaan ataupun syarikat bekalan air supaya pengguna menggunakan langkah-langkah tersebut sebagai jalan penyelesaian yang bijak.
Mohammad Abdul Wafi Bin Selamat
Forum Air Malaysia
Normal 0 false false false EN-US ZH-CN MY /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}