- Details
Rakyat Malaysia membuang sisa makanan kira-kira 8,000 tan setiap hari, sisa makanan ini boleh memberi makanan kepada 8 juta orang, termasuk 990 tan makanan yang siap sedia tanpa dimakan. Kebanyakan sisa makanan yang dibuang memerlukan tapak pelupusan yang selamat dan telah melampaui kapasiti penuh. Statistik yang dilakukan oleh Solid Waste Corporation of Malaysia (SWCorp) menunjukkan bahawa sisa makanan di Malaysia mencapai 15,000 tan setiap hari, termasuk 3,000 tan yang masih boleh digunakan dan tidak seharusnya dibuang.
Makanan yang mereput akan meresap dan boleh mencemari saluran dan sumber air semula jadi. Sisa tersebut juga menyebabkan beban ekonomi dengan pencemaran tanah alam sekitar melalui penggunaan racun perosak dan peningkatan penggunaan air. Di samping itu, import bil di Malaysia mencatatkan RM35 bilion hingga RM 40 bilion dan 25% daripada pendapatan purata rakyat Malaysia dibelanjakan untuk makanan dan minuman. Sisa makanan yang dilupuskan di tapak pelupusan sisa adalah merupakan punca utama penghasilan gas rumah hijau atau “Greenhouse Gas” (GHG) dari sektor pengurusan sisa di Malaysia.
Alih sisa makanan
Mengalihkan sisa makanan dari tapak pelupusan tidak hanya memulihara kawasan pelupusan sampah yang terhad, tetapi juga membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Pengurusan sisa menyumbang sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penghasilan GHG di Malaysia. Manakala, tapak pelupusan sisa merupakan punca terbesar pelepasan gas metana (47%) yang merupakan gas perosak lapisan ozon yang utama, iaitu 21 kali ganda lebih daripada kerosakan yang diakibatkan oleh gas karbon dioksida.
Forum Air Malaysia (FAM) dengan kerjasama SWCorp sedang melaksanakan projek Pengurusan Sisa Makanan dalam kalangan komuniti, sekolah dan pengendali makanan dibawah Program Lifestyles “10 Year Framework Programme for Sustainable Consumption and Production” dengan sokongan oleh Badan Sekretariat 10YEP United Nation Environment Programme (UNEP) dengan Koordinasi SLE (IGES, SEI dan WWF).
Read more: Kesedaran pengurusan sisa makanan masih mengecewakan
- Details
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menyenaraikan 44 lagi syarikat dan laman web ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.
Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
Menerusi laman webnya, BNM berkata, senarai terbabit bagaimanapun tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat serta pertanyaan yang diterima.
"Susulan penyenaraian terkini (tambahan 44 yang baru dimasukkan itu), BNM kini sudah menyenaraikan 395 syarikat dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan," katanya.
Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.
Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.
Semakan BH mendapati, berdasarkan nama syarikat yang dimasukkan itu, kebanyakannya menawarkan pelbagai skim pelaburan yang mencurigakan serta perdagangan mata wang asing.
Untuk mendapatkan senarai penuh syarikat dan laman web yang disenaraikan dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM, orang ramai boleh menyemaknya dengan melayari sesawang http://www.bnm.gov.my/index.php?ch>en_announcement&pg>en_announcement&ac>564&lang>en dan http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170828_FCA_EN.pdf
sumber :- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/318980/bnm-tambah-44-syarikat-dalam-amaran-pengguna-kewangan
- Details
MUNGKIN ramai tidak mengetahui, seorang pengguna domestik di Semenanjung yang kediamannnya mengalami gangguan elektrik melebihi tempoh tiga jam bagi kerosakan kecil, berhak untuk mendapat rebat minimum RM10 atau satu peratus daripada jumlah bil bulanan.
Dalam pada itu, mana-mana permohonan baharu untuk bekalan elektrik yang tidak mendapat penyambungan dalam tempoh lima hari bekerja, pemohon itu berhak mendapat rebat RM50. Hak-hak ini serta banyak hak lain sebenarnya terkandung dalam dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan Bekalan Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melindungi hak-hak pengguna.
Perlindungan kepada hak pengguna domestik dan industri itu meliputi pelbagai kesulitan termasuk masalah gangguan tidak dijangka, gangguan yang berulang serta tersalah melakukan pemotongan bekalan di premis.
Bercakap mengenai perkara ini, Pengarah Pengurusan Tenaga dan Kualiti Perkhidmatan, Suruhanjaya Tenaga (ST), Ir. Abdul Rahim Ibrahim berkata, mana-mana pengguna yang mengalami kesulitan itu boleh mengemukakan permohonan rebat kepada TNB dengan rebat tersebut akan dimasukkan dalam bil elektrik pengguna.
- Details
WHAT does “affordable homes” mean? What determines whether a house is affordable is the income of the targeted consumers.
According to Khazanah Research Institute and Bank Negara Malaysia, the signal of a well-functioning affordable home market is when the median price for the whole housing market is three times the gross annual household income.
Bank Negara would add that the monthly payment for the house should not be more than 30% of the income. Payments of more than 30% would be considered a burden for the consumer.
Based on the above criteria, Bank Negara would suggest that an affordable home in Malaysia based on the monthly median income of RM4,585 and the annual median income of RM55,020 is between RM165,000 and RM242,000.
- Details
KUALA LUMPUR – Seramai 845 pemegang kad kredit diisytihar muflis ekoran kegagalan mereka menjelaskan hutang setakat bulan Jun 2017.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, rata-rata mereka yang diisytihar muflis itu berusia 30 tahun ke atas.
“Jumlah itu mewakili 3.6 juta pemegang kad kredit di negara ini setakat akhir bulan Jun 2017,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.
Chee Cheong berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jaspal Singh berhubung peratusan populasi rakyat di negara ini yang memiliki kad kredit serta jumlah hutang yang masih belum dijelaskan termasuk kes muflis.
Katanya, setakat Jun 2017, jumlah baki belum jelas bagi kad kredit adalah sebanyak RM36.9 bilion dan daripada jumlah itu, 7.3 peratus atau RM2.7 bilion merupakan baki melebihi tempoh tarikh bayaran
"Baki tertunggak tidak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 6.2 peratus (2.3 billion) dan baki tertunggak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 1.1 peratus (RM 0.4 bilion).
"Secara puratanya, 43.6 peratus daripada jumlah pemegang kad menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2017.
"Sebanyak 43.6 peratus lagi membayar sekurangg-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki belum jelas dalam tempoh yang sama,"jelasnya.
selebihnya iaitu 12.8 peratus adalah pemegang kad kredit yang tidak membayar baki belum jelas sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum atau pada tempoh tarikh bayaran.
Sumber:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
- Details
DAGING tempatan tidak mampu lagi memenuhi permintaan rakyat dan menjadi amat mahal buat rakyat biasa untuk menikmatinya. Dengan itu daging beku (kerbau) dari India telah lama menjadi popular dalam kalangan rakyat negara ini kerana harganya murah.
Daging beku India sebenarnya memenuhi kehendak keperluan pasaran apabila hampir 80 peratus bekalan daging di pasaran adalah dari India. Selebihnya adalah daging tempatan, Australia dan New Zealand.
Pengusaha kedai makanan, Ramly Burger dan rakyat biasa juga lebih gemar memilih daging beku India kerana harganya murah hanya RM14/kilogram (kg) berbanding daging tempatan, RM45/kg; Australia (RM29/kg) dan New Zealand (RM29/kg).
Walaupun mulanya kita tidak beberapa menggemari daging kerbau dari India namun kerana daging lain terlalu mahal membuatkan pengguna terpaksa membelinya juga. Sekarang, seluruh negara sudah tidak asing lagi dengan daging kerbau beku dari India.
- Details
MUKADIMAH
SEBUAH syarikat jualan kredit didapati menggunakan strategi pengilanan mengelirukan berhubung penjualan produk mereka.
Tindakan itu menyebabkan kebanyakan pengguna terjerat dengan tawaran skim pembelian yang sebenarnya boleh memperdaya mereka sehingga terpaksa menanggung pembayaran jauh lebih tinggi atau tiga kali ganda daripada harga asal.
Tanpa menceritakan secara terperinci setiap perjanjian kontrak skim pembelian itu dan penggunaan bahasa yang mengelirukan, pengguna akhirnya berasa tertipu, apatah lagi sekiranya gagal melunaskan pembayaran ansuran secara konsisten.
Malah ramai pelanggan yang melalui pengalaman pembelian dengan syarikat jualan kredit terkenal di negara ini pernah menerima ugutan termasuk menyita barang-barang rumah mereka walaupun hanya tidak dapat membuat pembayaran dalam tempoh sebulan
Wartawan daripada Utusan Malaysia, MAISARAH SHEIKH RAHIM baru-baru ini meninjau beberapa syarikat jualan kredit berhubung tawaran skim penjualan mereka yang dikatakan menjerat mangsa serta reaksi daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung isu ini.
- Details
PETALING JAYA: The Real Estate & Housing Developers’ Association Malaysia (Rehda) Penang supports the idea of setting up a regulatory body to supervise the affordable housing sector.
Rehda Penang chairman Jerry Chan said funding for developers to carry out such low-cost housing projects would be one of the main concerns such a body needs to look at.
On Tuesday, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani said setting up a regulatory body was important to solve the mismatch between demand and supply of affordable housing.
He said the regulatory body may be necessary as there were too many complications involved in the development of affordable housing and there was also a need to re-look the pricing of the affordable housing segment.
Chan said developers had to bear the cost of developing affordable housing and the cost did not reflect the steep price at which the government sells them.
He hoped members selected for the regulatory body would have sound knowledge of funding matters affecting developers.
“It’s painful for us developers who have to build these affordable units. We win the contract from the government at a cost of RM70,000 per unit but the government gets a windfall by selling them for RM300,000.
“It’s like striking a lottery for the government,” he told FMT.
Read more: REHDA, FOMCA Support regulatory body for affordable housing
- Details
KUALA LUMPUR 24 Julai - Gejala vandalisme terhadap kemudahan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang baharu sahaja beroperasi pada 17 Julai yang lalu disifatkan sebagai insiden yang memalukan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, masih ada tidak tahu menghargainya.
“Inilah sikap segelintir masyarakat yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan, sebaliknya dirosakkan begitu sahaja, bukan sahaja merugikan kerajaan yang perlu berbelanja besar untuk kerja-kerja membaik pulih tetapi juga merugikan diri sendiri.
“Masyarakat di negara maju sangat menghargai keemudahan awam kerana ia merupakan pengangkutan utama mereka, jadi satu perubahan sikap dan mentaliti diperlukan dalam diri rakyat Malaysia bagi menjamin masa depan pengangkutan awam, jika tidak selagi itulah kita tidak akan ke mana-mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah yang mendedahkan sikap sesetengah pengguna MRT yang sengaja menggores dinding dan bangku, merosakkan tandas malah sanggup merosakkan ukiran Rukun Negara di Stesen Merdeka.
Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Pengangkutan Bandar Mapan (Sutra) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebang-
saan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Amiruddin Ismail berkata, pihak pengurusan MRT perlu bertindak segera terhadap sebarang vandalisme yang berlaku sebelum ia berleluasa.
“Pihak pengurusan harus menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dengan sebaiknya bagi mengenal pasti pengguna yang tidak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sewajarnya kerana pengangkutan awam adalah hak milik semua orang.
“Perangai seperti ini tidak patut ada, rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab apabila menggunakan MRT,” katanya.
Sumber :- https://www.utusan.com.my/berita/nasional/vandalisme-mrt-memalukan-1.506992
- Details
Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman.
Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata Subseksyen 13(1) akta tersebut menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan.
Laporan akhbar tersebut pada 11 Julai lepas menyebut tindakan beberapa pasar raya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan pisang yang telah busuk dengan harga murah dan tidak dikeluarkan dari rak jualan, menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan pengguna.
"Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.
"Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar," katanya.
Noraini berkata, sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-Bernama
sumber :- https://www.malaysiakini.com/news/388716
Subcategories
Page 151 of 232