KUALA LUMPUR – Seramai 845 pemegang kad kredit diisytihar muflis ekoran kegagalan mereka menjelaskan hutang setakat bulan Jun 2017.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, rata-rata mereka yang diisytihar muflis itu berusia 30 tahun ke atas.
“Jumlah itu mewakili 3.6 juta pemegang kad kredit di negara ini setakat akhir bulan Jun 2017,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.
Chee Cheong berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jaspal Singh berhubung peratusan populasi rakyat di negara ini yang memiliki kad kredit serta jumlah hutang yang masih belum dijelaskan termasuk kes muflis.
Katanya, setakat Jun 2017, jumlah baki belum jelas bagi kad kredit adalah sebanyak RM36.9 bilion dan daripada jumlah itu, 7.3 peratus atau RM2.7 bilion merupakan baki melebihi tempoh tarikh bayaran
"Baki tertunggak tidak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 6.2 peratus (2.3 billion) dan baki tertunggak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 1.1 peratus (RM 0.4 bilion).
"Secara puratanya, 43.6 peratus daripada jumlah pemegang kad menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2017.
"Sebanyak 43.6 peratus lagi membayar sekurangg-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki belum jelas dalam tempoh yang sama,"jelasnya.
selebihnya iaitu 12.8 peratus adalah pemegang kad kredit yang tidak membayar baki belum jelas sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum atau pada tempoh tarikh bayaran.
Sumber:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm