Khamis, 14 Mei 2020 | 10:48am

Semua sampel ayam yang diambil di sebuah kilang pemprosesan dekat Pedas, Negeri Sembilan didapati negatif COVID-19.

Memaklumkan keputusan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjelaskan sampel ayam 'whole chicken' daripada kilang berkenaan diambil untuk proses ujian pengesanan COVID-19 melalui kaedah Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Pasca persampelan dan penelitian, katanya, keputusan ujian yang diperoleh pada 9 Mei lalu menunjukkan kesemua sampel terbabit adalah negatif wabak COVID-19.

"Kilang berkenaan mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) sejak 2008, malah pemeriksaan daging ayam sentiasa dijalankan pegawai pemeriksa daging bertujuan memastikan keselamatan dan kualiti ayam yang diproses di kilang terbabit terjamin.

"JPV juga ingin memaklumkan bahawa, melalui kajian saintifik oleh beberapa agensi dan institusi antarabangsa, antaranya University of Macau dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) Paris, sehingga kini membuktikan haiwan seperti lembu, kambing, babi dan ayam bukan penyebar COVID-19 kepada manusia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2 Mei lalu mengeluarkan arahan untuk menutup sebuah kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan selepas 60 pekerja di premis terbabit disahkan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menjelaskan bahawa KKM masih menunggu laporan siasatan JPV berhubung kemungkinan penularan jangkitan COVID-19 daripada ayam ke manusia.

Mei 14, 2020 06:39 MYT

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menerima aduan terdapat beberapa syarikat pajak gadai menekan rakyat yang tidak begitu arif tentang moratorium dengan mengenakan caj walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Justeru, Ketua Pegawai Operasi FOMCA Saravanan Thambirajah menggesa agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memantau beberapa syarikat pajak gadai yang mengenakan caj kepada pengguna.

Beliau berkata sebelum ini Persatuan Pajak Gadai Malaysia memaklumkan bahawa caj tidak dikenakan terhadap gadaian selama tiga bulan iaitu bermula dari 18 Mac hingga12 Mei. "FOMCA telah menerima aduan daripada pengguna yang menggadaikan barang kemas mereka dan dimaklumkan perlu membayar sehingga sembilan bulan.

Oleh itu, pihak KPKT perlu turun padang dan memantau di setiap premis pajak gadai ini. "KPKT perlu mengambil inisiatif membantu pengguna yang tertindas.

FOMCA berharap pihak terlibat mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak pengguna supaya tidak dibuli hanya kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata KPKT juga memberi peluang kepada pengguna untuk mengadu nasib melalui media sosial atau menggunakan WhatsApp bagi memudahkan mereka yang tertindas menghantar gambar dan maklumat pemegang pajak gadai terbabit.

-- BERNAMA

 

Semakin hari rakyat semakin bingung. Adakah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih “laku” di negeri masing-masing? Apabila ada pula percanggahan pendapat antara kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rakyat sudah mula keliru arahan yang mana yang mereka perlu patuhi malah ada yang mengambil kesempatan dalam perkara ini dengan tidak mematuhi arahan PKP di mana mereka sudah mula bergerak bebas ke sana ke sini dan ada juga yang mula berkerumun di sesebuah kedai demi juadah berbuka puasa.

PKPB ini dilihat adalah langkah yang terbaik untuk menyeimbangkan keperluan ekonomi tanpa mengetepikan isu kesihatan dan juga untuk membiasakan rakyat dengan keadaan normal baharu. PKPB bukan bermaksud rakyat bebas untuk bertebaran ke sana ke sini. Dalam tempoh PKPB ini hanyalah kelonggaran untuk rakyat keluar bekerja dan bagi yang bekerja sendiri malah peniaga-peniaga kecil juga dibenarkan untuk keluar mencari rezeki tetapi dengan keadaan yang bersyarat. Namun begitu, kerajaan Pusat dan juga kerajaan Negeri seharusnya bersatu hati dalam mengeluarkan SOP yang rakyat perlu patuhi supaya rakyat tidak lagi keliru dengan arahan yang mereka perlu patuhi.

Pada saat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus membuat strategi dalam mengekang Covid-19 dari terus merebak, janganlah disebabkan masalah politik yang tidak pernah sebulu pula menjadi punca kegagalan strategi yang telah dibuat oleh KKM. Yang akhirnya menderita ialah rakyat marhaen yang bukan sahaja akan berdepan dengan krisis ekonomi tetapi juga krisis kesihatan. Jika ramai rakyat yang tidak sihat, adakah mereka masih ada masa untuk jana ekonomi setempat?

Mei 11, 2020 15:17 MYT

Kerajaan mungkin akan mewartakan larangan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak-anak mereka ke pusat membeli-belah atau pasaraya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu akan dibuat sekiranya masih ada individu yang tidak prihatin terhadap tahap kesihatan kanak-kanak.

“Keselamatan anak kita adalah tanggungjawab kita, kita kena tanya diri kita adakah anak kita akan selamat jika berada dalam kumpulan manusia yang ramai di dalam kawasan tertutup seperti pasar raya sebagainya.

“Setakat ini tidak ada (larangan bawa kanak-kanak). Namun, jika ini berterusan, kerajaan boleh masukkan dalam peraturan di bawah Akta 342 untuk menjadikan membawa anak-anak ke tempat khalayak ramai seperti pasar raya dan sebagainya sebagai perkara terlarang di dalam senarai negatif yang ada pada ketika ini,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Mengulas berkenaan pematuhan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia dinasihati untuk terus mematuhinya dengan meningkatkan kawalan kendiri.

Barang keperluan asas mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan, selain mudah diperoleh, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, orang ramai sekali gus diminta tidak bimbang mengenai bekalan makanan dan keperluan sepanjang tempoh Ramadan kerana ia dijamin mencukupi.

"Selain itu, kita meminta supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara mendadak.

"Tindakan akan diambil jika kita mendapati ada peniaga atau peringkat pengeluar, pengilang, pemborong atau peruncit, yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara mendadak," katanya pada sidang media disiarkan secara langsung, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan asas di 1,052 premis perniagaan, termasuk peruncit.

Mei 11, 2020 10:16 MYT

Keperluan makanan serta bekalan barangan basah termasuk ikan mencukupi bukan hanya pada perayaan Aidilfitri sahaja malah melibatkan perayaan yang lain dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan berkenaan sepanjang tempoh musim perayaan ini.

Katanya, setakat ini juga pihaknya tidak menerima aduan berhubung kenaikan harga barang yang dilakukan peniaga tempatan.

“Ikan pun mencukupi, jadi kita harap dapat sampai ke Hari Raya, bukan sahaja Hari Raya, Hari Gawai, Hari Keamatan dan seminggu berturut-turut... itu yang kita prihatin sekarang.

“Setakat ni tidak ada aduan, cuma baru-baru ini kenaikan harga dibuat peniaga asing yang menjual barangan runcit namun kita telah ambil tindakan,”katanya.

BUKAN mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kehidupan masyarakat berubah malah ada yang terasa 'terpenjara' di kediaman sendiri.

Melalui empat fasa PKP, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik.

Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, Dr Lim Wai Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan. Menurutnya, adalah perkara biasa individu mengalami gangguan ketidakstabilan emosi atau kerisauan dan kebimbangan yang sederhana dalam kehidupan harian.

"Bagaimanapun, jika gangguan ini kerap berlaku atau berlanjutan hingga menjejaskan tidur, selera makan, keupayaan untuk berfungsi dan keseronokan melakukan sebarang aktiviti, ini berkemungkinan tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius," katanya. Beliau berkata, ada juga individu mengalami serangan panik apabila ia mempunyai gejala fizikal seperti sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan.

"Biasanya gejala ini berlaku secara tiba-tiba, tanpa dijangka dan tiada sebarang punca. Sebilanganya mungkin berasakan mereka mengalami serangan jantung. Gejala ini boleh berulang tanpa amaran. "Dalam situasi ini, mereka digalakkan berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan perundingan bagi mengurangkan gangguan kehidupan individu terbabit. PKP tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan dan berjumpa doktor. "Komunikasi berkesan amat penting supaya pesakit mengetahui masih ada yang mengambil berat tentang dirinya dan bersedia membantu mengurangkan masalah dialami," katanya.

Mei 6, 2020 17:46 MYT

Orang ramai diingatkan agar membuat aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) jika ada premis pajak gadai yang mengenakan kadar faedah lebih daripada dua peratus.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan premis tersebut adalah di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
"Saya dimaklumkan pajak gadai ini boleh kenakan faedah tidak lebih dua peratus. Jadi kalau mengenakan faedah, mesti tidak lebih dari itu jadi ia dibenarkan.
"Saya dimaklumkan pajak gadai ini boleh kenakan faedah tidak lebih dua peratus. Jadi kalau mengenakan faedah, mesti tidak lebih dari itu jadi ia dibenarkan.
"Namun kalau ada yang mengenakan lebih dari dua peratus, saya harap boleh laporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana pajak gadai adalah di bawah bidang kuasa mereka," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Premis pajak gadai ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, premis itu menjadi tumpuan orang ramai.

--Astro Awani

3 MAY 2020 | 12.00 PM MYT

From ordinary folk to consumer groups, Malaysians have diverging views about the conditional movement control order (MCO) that starts tomorrow.

Fomca chief executive officer Datuk Dr Paul Selva Raj (pic) said it was time to revive the economy and reopen sectors while keeping Covid-19 at bay.

“The earlier the government can get people back to work to revive the economy, the more helpful it will be, ” he said.

“Many people are affected in terms of job and income losses and facing all sorts of uncertainties about the future.”

Thus, he said reviving the economy was important.

“We have a positive view of the conditional MCO, ” he said in reference to the government’s announcement on Friday that selected economic and social activities would be allowed to resume on May 4.

May 2, 2020 @ 5:39pm

The Covid-19 pandemic has brought about numerous grievances for most of us, if not all. With the infectious disease declared as a pandemic by the World Health Organisation (WHO), our daily routine has been restricted, as the government has declared a Movement Control Order (MCO) in order to contain the spread of this deadly contagious virus.

Not only our government, but many countries around the globe have declared lockdowns or restricted movements.

Fomca has received a lot of complaints during the MCO from consumers on the travel and leisure sector. Prior to the outbreak, many consumers made agreements with travel agencies, airlines, concert venues and many others. Many of them saved little by little to go for an excursion or holiday.

Some sacrificed many things in their lives to go for holiday, hoping that travel agencies as well as airlines would fulfil their dreams. And many consumers made the bookings using their credit cards and they have yet to settle the repayment.