KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya kesesakan dan kemalangan di lebuh raya.Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata sikap pemandu yang cuai dan tidak berhemah terus menjadi penyumbang statistik saban tahun."Pemberian diskaun adalah cara syarikat konsesi menghargai pelanggan lebuh raya mereka dan bukan penyebab kesesakan di musim perayaan."Paling utama, setiap syarikat konsesi mengeluarkan jadual cadangan perjalanan sebagai rujukan pengguna untuk mereka merancang perjalanan pada musim perayaan," katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baharu Cina 2019 di sini, pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Lebuhraya Malaysia Datuk Seri Aziz Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Sazally Saidi.Baru berkata, sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Feb nanti sebanyak 25 lebuh raya akan menawarkan insentif berbentuk diskaun kadar tol sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengguna.Jelasnya, diskaun khusus untuk pengguna tol bagi kenderaan Kelas 1 itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa, 5 Feb."Sebanyak 14 lebuh raya seperti Leburaya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 2, Lebuhraya SMART, KESAS, LATAR dan Jambatan Pulau Pinang akan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus," katanya.

KOTA KINABALU: Kerajaan menyasarkan kosong kompaun dikeluarkan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sepanjang 2019.Dalam pada itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata semua peniaga harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).“Saya menasihatkan kepada semua peniaga untuk bekerjasama untuk tidak menaikkan harga barangan atau perkhidmatan menjelang musim-musim perayaan utama dalam negara.

“Peniaga perlu mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 yang mana peniaga tidak boleh mengambil untung secara tidak munasabah serta perlu meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dijual,” katanya selepas melancarkan program SKim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Pasar Raya CKS Manggatal pada Khamis.Katanya KPDNHEP telah mengenal pasti 13 jenis barangan bagi pelaksanaan SKHMP Tahun Baru Cina 2019 seperti ayam, telur ayam, sayuran, barangan kering, hasil laut dan daging khinzir.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjamin bekalan bahan mentah sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019 mencukupi.Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata para peniaga juga sudah diingatkan untuk memastikan bekalan tersebut tidak terputus.SKHMP sempena Tahun Baharu Cina itu menyenaraikan 13 jenis barangan bermula pada 30 Jan hingga 8 Feb iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar serta babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).Chong berkata bagi memastikan tiada sebarang kenaikan harga berlaku terutamanya terhadap 13 jenis barang yang disenaraikan dalam SKHMP, kementerian menghantar 1,400 pemantau harga di seluruh negara.

“Pemantauan harga ini adalah untuk memastikan peniaga menjual barangan SKHMP Tahun Baharu Cina mengikut harga siling yang ditetapkan selain memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan selain daripada senarai yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pemeriksaan SKHMP Tahun Baharu Cina di Pasar Komuniti Stutong di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR (Bernama) – Setiap individu di Malaysia secara puratanya menggunakan lebih 200 liter air sehari.Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar purata penggunaan air yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 165 liter sehari bagi setiap individu.Isu berhubung penggunaan air secara berlebihan oleh rakyat negara ini bukanlah perkara baharu malah sering dikaitkan dengan sikap masyarakat sendiri.Pelbagai kempen kesedaran telah digembling pihak kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan tetapi, malangnya, masih belum cukup meninggalkan kesan apatah lagi memberi kesedaran kepada masyarakat.Antara saranan yang biasa didengar ialah ‘jimat dan hargai air’, ‘tutup paip semasa menggosok gigi’ dan ‘tutup pancuran air semasa menggunakan sabun ketika mandi’.Ia mungkin dianggap sebagai pesanan ringkas dan mudah. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang berjaya mematuhi usaha menghargai sumber alam itu.

ADANYA TARIF MURAH, PERCUMA

Berkongsi pandangannya, Profesor Dr Yang Farina Abdul Aziz dari Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Felo Akademi Sains Malaysia berkata Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai tarif air paling rendah di dunia.Kadar tarif air di negara ini adalah RM 0.52 sen bagi setiap meter padu berbanding negara jiran, Thailand yang mengenakan caj pada kadar lebih RM1 dan Singapura kira-kira RM3.“Mungkin rakyat rasa air murah malah ada yang memperolehnya secara percuma. Jadi, bila sumber murah dan mudah didapati, rasa tanggungjawab pun kurang sekaligus membawa kepada pembaziran.

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem bagi surat cara pembelian rumah dan surat cara perjanjian pinjaman untuk rumah yang dijual sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah (HOC) diadakan dari Januari hingga Jun ini.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bagi surat cara pembelian rumah, duti setem untuk rumah berharga RM1 juta akan dikecualikan sepenuhnya manakala tiga peratus bagi rumah berhaga dari RM1,000,001 hingga RM2.5 juta.Katanya, surat cara perjanjian pinjaman juga diberikan pengecualian sepenuhnya sepanjang tempoh enam bulan ini bagi rumah berharga dari RM300,000 hingga RM2.5 juta ke bawah, berbanding kadar 0.5 peratus yang dikenakan ketika ini.

Selain itu, beliau berkata pemaju juga telah bersetuju untuk memberi diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus kepada rumah yang dijual dalam HOC ini.“Namun, kita harapkan pemaju akan boleh memberi diskaun yang lebih tinggi sama ada 15 ke 20 peratus untuk menarik lebih ramai pembeli. Tawaran ini hanya sah untuk rakyat Malaysia, bagi jualan yang dimuktamadkan di antara Januari sehingga Jun 2019 untuk projek perumahan yang diberikan diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus dan disahkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

"Insentif ini adalah tindakan lanjutan oleh kerajaan selepas memberikan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan utama seperti batu bata, simen dan pasir dan juga perkhidmatan pembinaan. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan harga jualan rumah kecuali rumah harga terkawal (berharga RM300,000 ke bawah), sama ada yang sudah sedia dibina atau rumah baharu," katanya.

JOHOR BARU: Police have arrested 11 people, including four women, over a loan scam involving 162 victims following a series of raids here.
He said based on police reports, a special team from the district commercial crimes unit headed by Asst Supt V. Prakash carried out the raids on Jan 27 after a month-long surveillance.

Through the operation, dubbed Ops Seagull, police carried out two raids at houses in Bukit Indah, which led to the arrest of the suspects, he said, adding that all the suspects, aged 17 to 28, had been remanded to assist in the investigations.

PETALING JAYA: Malaysian youths are at risk of picking up smoking with a significant number of tobacco retailers located in close proximity to schools.A survey showed that 54% of tobacco retailers in Malaysia were found to be within a 1km radius from schools.

International Islamic Univer­sity Malaysia’s Department of Pharmacy Practice Assoc Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed noted that about 41% of tobacco retailers within close proximity of schools were convenience stores, independent groceries (32%) and eateries (27%).He said research had also shown that the smoking rate among youths tend to be higher in areas with higher density of tobacco advertisements such as points-of-sales graphics seen at these retailers.He noted that the Asean Tobacco Control Atlas report released last year stated that half of youth smokers who bought cigarettes in a store were not refused purchase despite their age.

KUCHING, Jan 31 — Heavy fines await traders and retailers who raise the price of 12 controlled food items in order to make a quick buck this Chinese New Year.Deputy Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Chong Chieng Jen said federal enforcement officers will be on patrol to catch businesses that raise the prices of the controlled items between January 30 to February 8.“They should not think that the enforcement officers from the ministry will not go around and check the prices of the controlled items,” Chong told reporters after launching the nationwide food price control scheme at the Stutong Community Market here.

He said the traders and shopkeepers should not pretend to be “obedient” when the officers are making spot checks, but immediately put up higher price tags the moment the officers leave.“We have deployed 1,400 officers nation-wide to conduct spot checks,” Chong said.The 12 controlled food items are live chicken, standard chicken (slaughtered and dressed chicken with feet, head, gizzard and liver), super chicken (slaughtered and dressed chicken without feet, head, gizzard and liver), eggs (grades A, B and C), imported cabbage from Indonesia and China, white pomfret (bawal putih), garlic imported from China, large banana prawns, pork belly and pork (lean and fat)Chong said the ministry has also fixed the price of live pigs at farm level.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik setelah dikenal pasti mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Susulan itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

KUALA LUMPUR: Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) disasarkan memberi peluang lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dana itu diwujudkan oleh BNM untuk membantu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM2,300 sebulan."Ramai yang mahu membeli rumah tetapi gagal mendapatkan pinjaman bank. Inilah masalah yang saya hadapi semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Banyak rumah yang dibina tetapi tiada pembeli kerana mereka gagal mendapatkan pinjaman.

"Ia disebabkan institusi bank yang memberikan pinjaman. Mereka (pemohon) gagal mematuhi syarat pinjaman, jadi kita menyeru agar pihak bank melonggarkan syarat pinjaman. Begitupun, kita tahu Bank Negara mempunyai garis panduan," katanya.Guan Eng berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Dana Rumah Mampu Milik BNM dan Portal Rumahku di Sasana Kijang di sini, pada Selasa.Turut hadir Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.