- Details
KULAI (Bernama): Kerajaan kini mengkaji semula Akta Pendidikan untuk menjadikan pelajar wajib melengkapkan sekolah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah boleh dikenakan denda hingga RM5,000 atau enam bulan penjara.
Beliau berkata pada masa ini, Akta Pendidikan hanya memerlukan murid untuk menyelesaikan persekolahan sehingga Tahun Enam."Pada masa ini, lebih dari 98% kanak-kanak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kami adalah 100%," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Ziarah Cakna' peringkat kebangsaan di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai di sini Ahad (Jan 27).Teo berkata program itu adalah kesinambungan inisiatif 'Tiada Kanak-kanak Left Behind' yang bermula pada Julai 2018, bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh keluarga yang mengakibatkan anak-anak mereka tidak menghadiri sekolah.
Read more: Cadangan kajian kerajaan untuk menjadikan sekolah mandatori sehingga SPM – Nasional
- Details
KUALA LUMPUR: Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap penduduk di sekitar Seksyen 1, Wangsa Maju di sini yang melakukan halangan pada petak letak kereta awam yang disediakan.Dalam ‘Operasi Halangan Petak Parking’ semalam oleh DBKL, pasukan penguatkuasaan mengambil barang-barang yang diletakkan oleh sebahagian penduduk di sekitar rumah pangsa Seksyen 1, Wangsa Maju, sebagai cuba memonopoli petak letak kereta awam.
Pengarah Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood, berkata setiap petak letak kereta awam yang disediakan adalah kemudahan umum untuk semua penduduk dan bukan ruang yang tetap untuk individu tertentu.“Konsepnya mudah, siapa cepat dia dapat petak letak kereta berkenaan dan ia disediakan untuk semua penduduk di kawasan berkenaan, tidak boleh dikuasai atau dimonopoli pihak tertentu.
Read more: DBKL ambil tindakan penduduk 'rizab' petak letak kereta
- Details
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Pengarah Operasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah, JKDM Datuk Ahmad Maher Abd Jalil berkata kebanyakan peniaga yang terlibat dalam aktiviti ini adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
”Mereka (peniaga) ini akan menghantar penyata (palsu) kepada pihak kastam bagi membolehkan bayaran balik GST dibuat kepada mereka.“Kami akan kesan pemilik syarikat serta dalang yang terlibat dalam (kegiatan ini),” katanya kepada pemberita ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi.Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya kini lebih berhati-hati dalam melaksanakan proses bayaran balik cukai GST kepada peniaga.
Read more: Wujud peniaga buat tuntutan palsu bayaran balik cukai GST
- Details
PUTRAJAYA: Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini.Skim berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penerima terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Dr Mahathir, dalam ucapan perasmiannya, berkata Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga."Kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat yang berumur 18 sehingga 55 tahun akan layak untuk menerima manfaat skim insurans berkenaan," katanya.
- Details
There are about three million obese Malaysians and the number is increasing while there are about five million individuals who suffer from varying degrees of diabetes. Malaysia is ranked sixth in the Asia-Pacific region for obesity and tops the list in South-East Asia for both obesity and diabetes. To address this issue, the government will be imposing a sugar tax from April this year, aiming to reduce consumers’ sugar consumption. FOMCA supports the move. Yet, tax alone will not change eating behaviours.
The World Health Organisation has been promoting taxes on sugary drinks as over-consumption of sugar is a major contributor to obesity, diabetes and tooth decay. Sugary drinks are a major source of sugar in the diet, and its consumption is increasing in most countries, especially amongst children and adolescents. According to WHO, taxes on sugary drinks help reduce consumption and prevent obesity. Further, there is substantial savings on healthcare costs as diseases associated with high sugar consumption – high blood pressure, diabetes, tooth decay – are reduced.
Read more: Reducing Lifestyle Diseases through Reduction of Sugar Consumption
- Details
NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan itu diadakan selain pada hari perayaan.
Barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.
Read more: 13 barang kawalan harga sempena Tahun Baharu Cina
- Details
KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam peringkat kajian untuk semak semula kadar tarif pembetungan di negara ini bagi menampung kenaikan kos utiliti dan operasi semasa.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, berkata kajian mengenainya sudah dilaksanakan sejak tahun lalu dan ia kini pada peringkat perbincangan antara agensi kerajaan.“Tarif kumbahan di Malaysia adalah antara terendah di dunia dan sejak 25 tahun lalu, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. tidak pernah menaikkan kadar tarifnya meskipun berdepan kenaikan mendadak kos operasi serta utiliti.
- Details
Rakyat Malaysia kini dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu T20, M40, dan B40. Klasifikasi Pendapatan di Malaysia ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi, dan ternyata tahap setiap kumpulan pendapatan ini telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut penemuan oleh Jabatan Statistik Malaysia (JSM) pada Oktober 2017 tahun lalu, inilah definisi yang terkini bagi kumpulan pendapatan T20, M40 dan B40.
Apa yang dimaksudkan dengan Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20?
Menurut hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah 2019 dari JSM, kumpulan T20 mempunyai pendapatan isi rumah median yang sekurang-kurangya RM13,148, dan median untuk kumpulan M40 dan B40 telah meningkat sehingga RM6,275 dan RM3,000, masing-masing. Dalam laporan ini juga, dinyatakan bahawa median pendapatan isi rumah untuk kumpulan T20, M40 dan B40 menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (KPTK) lebih daripada 6%.
Media bulanan pendapatan isi rumah Malaysia telah mengatasi tahap tertinggi, iaitu sebanyak RM5,000 buat pertama kalinya pada 2016, di mana pengguna M40 mencatatkan pertumbuhan pendapatan median tertinggi, berdasarkan JSM.
Read more: B40, M40 dan T20: Klasifikasi Pendapatan di Malaysia
- Details
JOHOR BAHRU 20 Jan. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan makanan laut menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada awal Februari ini adalah mencukupi.Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub yakin langkah awal yang diambil seperti menghalang beberapa bahan makanan itu daripada dieksport dapat memastikan isu kekurangan makanan tidak timbul.
"Saya telah diberikan taklimat bahawa bekalan itu cukup mencukupi dan beberapa spesies ikan tertentu telah kita halang daripada dieksport untuk pastikan ia cukup, untuk sementaralah...cukup menjelang perayaan Tahun Baru Cina," katanya.Beliau berkata demikian dalan majlis penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara Johor Corporation (JCorp), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini sebentar tadi.Menerusi MoU itu, ketiga-tiga pihak komited untuk bersama-sama melahirkan seramai 1,500 usahawan membabitkan 50 buah sekolah di bawah program Kelas Rancangan Usahawan (KRU) dengan memberi latihan, pendedahan dan bimbingan keusahawanan.Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah LPNM, Mohd. Khairuzamri M. Salleh. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bekalan-makanan-laut-cukup-menjelang-tahun-baru-cina-1.826211#ixzz5dPxzQ08w
© Utusan Melayu (M) Bhd
- Details
What Is Insurance?
At its most basic level, an insurance policy is a contract between you and your insurance provider. When you purchase insurance, you pay the price of the policy (called the premium) to your provider. In turn, your insurance provider will give you financial compensation if an unwanted event covered under your insurance policy occurs.
The reason why there are so many different types of insurance out there is because each policy provides coverage for different things. Some types of insurance may not be as necessary for you to get just yet, whereas some are crucial or even compulsory by law – so educate yourself on the different types of insurance and see which you will need the most.
Subcategories
Page 124 of 232