PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan lorong kecemasan akan di buka di dua lokasi kritikal di Lebuhraya Utara Selatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) iaitu pada 5 Februari ini. Ia adalah untuk membolehkan orang ramai bergerak dengan lebih selesa ketika perjalanan pada waktu puncak.Dua lokasi itu yang terletak di negeri Perak, ialah Simpang Pulai hingga Gopeng iaitu sejauh tujuh kilometer di KM287 hingga KM295.1 dan di Slim River hingga Sungkai, juga sejauh tujuh kilometer di KM 367.6 hingga KM360.5.
Menurut PLUS, berdasarkan kajian dan rekod pihaknya, pada musim-musim perayaan yang lepas, kesesakan trafik amat teruk di kedua-dua lokasi berkenaan. Berdasarkan rekod, perjalanan di antara Slim River dan Sungkai sejauh 19 kilometer.
Menurut PLUS, pembukaan dua lokasi di lebuh raya itu dikhususkan pada hari jumlah trafik tinggi dan kesesakan trafik adalah amat kritikal agar laluan lebih lancar dan mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan. Lorong kecemasan itu dibuka apabila mendapat persetujuan daripada pihak polis dan penggunaan lorong ini juga akan dihentikan sekiranya keadaan keselamatan di lokasi tergugat pada bila-bila masa.Malah langkah itu juga merupakan peringkat percubaan bagi membantu PLUS menilai keberkesanannya tanpa mengabaikan keselamatan para pengguna lebuh raya.PLUS turut menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan setiap hari pada musim perayaan hari ini berbanding 1.45 juta pada hari-hari biasa, dengan peningkatan sebanyak 24%.