- Details
Worried about the scheduled 86-hour water cut starting tomorrow (April 23) in the Klang Valley? Wish there was a way to stay instantly updated about water-related incidents in your area?Air Selangor has an app that will inform users about scheduled or unscheduled water disruptions with details like estimated finish time, list of affected areas and reason for the disruption. Users can also get updates on completed repair works.There is an Info tab in the app for users to interact with Airra, a chat feature. For now, there are options for users to provide feedback, rate the app, check out the Frequently Asked Questions sections and call customer support.
Read more: Stay updated about water disruptions with the Air Selangor app
- Details
JOHOR BAHRU 19 April - Satu sindiket yang menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar Kota Tinggi sejak tahun lalu yang dikenali sebagai Geng Kabel Lombok berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya dua lelaki Indonesia di Jalan Balau, Taman Meranti, Kulai Besar dekat Kulai semalam.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, penahanan suspek itu dibuat susulan satu laporan mengenai kegiatan curi kabel di salah satu Mainhole TM yang terletak di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara dibuat di Balai Polis Bandar Tenggara pada 5.30 pagi semalam.
Menurutnya, susulan laporan mengatakan terdapat sekumpulan lelaki sedang melakukan kegiatan mencuri kabel, sepasukan polis digerakkan ke tempat kejadian dan sejurus tiba, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri bersama sebuah lori, polis mengejar mereka yang menghala ke Kulai."Pada 6.30 pagi, anggota polis dari Balai Polis Bandar Tenggara dengan dibantu tiga kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan lori yang dinaiki dua suspek warganegara Indonesia di Jalan Balau, Taman Meranti di Kulai Besar manakala seorang suspek berjaya melarikan diri.
- Details
RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama CyberSecurity Malaysia untuk bekerjasama dalam menangani masalah kecurian identiti yang semakin meluas di negara ini, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa.Melalui kerjasama itu, RAMCI dan CyberSecurity Malaysia melancarkan kempen kesedaran orang ramai, ‘Hentikan Kecurian Identiti’ bagi meletakkan semula kuasa di tangan rakyat Malaysia.
Menerusi kempen ini, orang ramai akan lebih berpengetahuan tentang kecurian identiti serta kaedah mengesan penyalahgunaan identiti dan melindungi diri dari kecurian identiti.Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dalam satu kenyataan di sini, berkata, kecurian identiti sememangnya jenayah serius.“Jika tidak dibendung segera, ia akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap seseorang individu dari segi kewangan dan kredit, malah boleh melibatkan kerugian jutaan ringgit. Jadi kita perlu menghentikan kes kecurian identiti.
Read more: KOLABORATI RAMCI, CYBERSECURITY TANGANI KECURIAN IDENTITI
- Details
JPJeBid telah pun dilancarkan sebagai sistem bidaan plat nombor kenderaan secara dalam talian bermula 15 April lalu, dengan projek perintisnya bermula dengan siri plat FC. Sebagai permulaan proses bidaan untuk plat FC akan berakhir pada 19 April ini.Dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, ia dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran. Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun. Semua proses ini perlu dilakukan secara kendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.
Proses-proses di dalam JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.Sistem ini terbuka untuk pendaftaran syarikat dan individu yang berminat untuk mendapatkan plat nombor spesifik. Pendaftaran menerusi portal MySIKAP adalah diperlukan dan individu terbabit harus menyertakan maklumat yang dikehendaki termasuklah salinan kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran.Manakala pendaftaran bagi syarikat pula harus disertakan dengan salinan sijil dan lesen pendaftaran perniagaan. Bagi mereka yang masih belum berdaftar dengan MySIKAP, boleh melakukannya di mana-mana cawangan JPJ yang berhampiran.
- Details
10 April 2019, SK METHODIST PETALING JAYA - Ceramah Kepenggunaan oleh pihak FOMCA dan pihak SIRIM QS. Staf dari FOMCA dan SIRIM QS telah mengadakan taklimat tentang hak-hak pengguna. Hak-hak pengguna merangkumi 8 hak-hak pengguna.
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
Read more: CERAMAH KEPENGGUNAAN ; OUTREACH-SK METHODIST PETALING JAYA
- Details
9 April 2019, Wangsa Melawati - Ceramah kepenggunaan oleh pihak FOMCA dengan kerjasama SIRIM QS.
PROGRAM SMART LIVING-KECEKAPAN TENAGA & REBAT RM40 TNB/FOMCA BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI MELAKA TENGAH
- Details
6 APRIL 2019, KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini melancarkan kempen Kecekapan Tenaga (EE) dalam usaha mendidik rakyat negara ini mengenai kepentingan kemapanan persekitaran menerusi penjimatan tenaga.Dalam satu kenyataan hari ini, TNB menyatakan kempen itu bertujuan mencetuskan transformasi ke arah ekosistem tenaga masa depan yang mengimbangi antara kemapanan persekitaran, bekalan tenaga yang terjamin dan selamat serta pembangunan ekonomi yang optimum.Syarikat utiliti nasional itu turut menyifatkan mesej sedemikian sebagai amat penting dan ini jelas ketara pada bulan lepas apabila negara ini mengalami keadaan cuaca dengan catatan suhu panas tertinggi dalam tempoh beberapa tahun yang meningkatkan penggunaan pendingin hawa, kipas serta alat pendingin air dan melonjakkan penggunaan tenaga."Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga pada masa ini, malah di peringkat global juga, kami yakin lebih banyak penggunaan tenaga secara cekap itu mampu dilaksanakan menerusi perubahan sikap penggunaan yang boleh mencetuskan peralihan minda," kata Ketua Pegawai Korporatnya, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.
Menurut TNB, wujud jurang ketara dari segi sikap penjimatan tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara."Hasil kajian mendapati rakyat Malaysia lebih bersikap tidak acuh terhadap usaha penjimatan tenaga. Malah, laporan Fostering Effective Energy Transition 2018 (Penerapan Peralihan Tenaga Yang Cekap 2018) oleh Forum Ekonomi Dunia, menunjukkan rakyat Malaysia berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara Barat seperti Norway, Switzerland dan Sweden."Kajian itu menunjukkan kecekapan dan pelaksanaan langkah penjimatan tenaga serta kesediaan untuk beralih kepada tenaga yang selamat, mapan, berpatutan dan boleh dipercayai adalah kira-kira 15 peratus lebih tinggi di negara-negara tersebut yang membolehkannya melaksanakan pelaburan tenaga strategik bagi kepentingan alam sekitar.
- Details
KUALA LUMPUR: Kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi pelindung kepada pendatang asing di kebanyakan pasar borong, terutama di Lembah Klang bagi memastikan perniagaan mereka ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa.Mereka dikatakan menguasai tapak niaga tidak berlesen di luar pasar borong utama serta mendakwa mereka mewakili persatuan peniaga dan penjaja tertentu.Di Pasar Borong Lama Selayang di sini, sekurang-kurangnya 80 peniaga warga asing dipercayai bernaung dengan kumpulan kongsi gelap ini sehingga mereka berupaya memonopoli tapak perniagaan haram di luar bangunan utama pasar.Siasatan wartawan BH ke atas beberapa peniaga asing di pasar borong Selayang lama mendapati mereka dikenakan ‘wang perlindungan’ atas nama sewa harian serendah RM50 bagi satu tapak.Malah, wang perlindungan yang dikutip setiap hari ada yang mencecah RM200 sehari bergantung kedudukan tapak yang biasanya lebih tinggi jika terletak di laluan utama ke pintu masuk pasar.Kongsi gelap mampu meraih antara RM120,000 hingga RM480,000 sebulan bagi satu pasar borong hasil sewa tapak haram dan kutipan wang perlindungan.
Kegiatan sejak 10 tahun lalu
Katanya, kegiatan itu sudah wujud lebih 10 tahun, namun masih berleluasa termasuk berselindung di sebalik nama persatuan yang tidak aktif.“Selain isu monopoli perniagaan pasar borong, peniaga asing turut dikesan mencuri bekalan elektrik dari surau sementara yang dibina di bawah jambatan berhampiran pasar...
- Details
Tabiat menabung perlu disemai kepada anak supaya apabila mereka dewasa kelak akan menjadi terbiasa dengan amalan menyimpan. Ia bukan saja berjayamengelakkan pembaziran tetapi pada masa sama, tabungan dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan mereka pada masa depan.Ada orang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah.
Berhenti merokok
Kata seorang kawan, sejak pengumuman harga baru rokok dia berusaha berhenti merokok. Hasilnya dia berjaya menjimatkan RM 20 seminggu. Bukan itu saja, kajian kesihatan membuktikan mereka yang tidak merokok memiliki usia yang lebih panjang dan dapat pula berjimat RM 1040 setahun.
Bawa bekalan ke tempat kerja
Mereka yang biasa membawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu pula mampu berjimat paling minimum RM 30 seminggu. Ini membolehkan anda menyimpan sejumlah RM 1560 di bank pada tahun depan.
Subcategories
Page 102 of 232



