- Details
PETALING JAYA: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh berhubung usaha memastikan Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura.Menterinya, Xavier Jayakumar berkata kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.“Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.“Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard, hari ini.
Read more: Johor mungkin henti beli air terawat dari Singapura
- Details
KUALA LUMPUR: Nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia akan dilepaskan di 10 lokaliti yang dikenal pasti pada Julai depan bagi mengatasi peningkatan wabak denggi di kawasan berkenaan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pelepasan nyamuk itu dijangka mampu menurunkan kes denggi di kawasan terbabit antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus mampu mengurangkan kadar kematian akibat denggi.Katanya, operasi pelepasan nyamuk itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi hari ini, sebagai tindak balas kerajaan terhadap peningkatan wabak denggi yang ketara antara Januari hingga Mac lalu.“Nyamuk disuntik Wolbachia adalah inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi, di mana bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti.
“Nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia ini akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk, dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.Dr Wan Azizah berkata, operasi pelepasan nyamuk dengan bakteri Wolbachia diputuskan selepas kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017.“Dalam program perintis itu, hampir empat juta nyamuk disuntik Wolbachia dilepaskan di lima lokaliti dan kami mendapati penurun kes antara 50 peratus hingga 70 peratus,” katanya, sambil menjelaskan kos pelepasan nyamuk itu adalah kira-kira 50 sen seekor.Beliau berkata, wabak denggi meningkat dengan mendadak, dengan 36,285 kes dilaporkan antara Januari hingga 30 Mac lalu, berbanding 14,734 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 146 peratus.
- Details
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang menyumbang pertambahan penduduk dalam kelompok ‘isi rumah rentan’, iaitu istilah baharu seseorang mudah jatuh miskin atau kurang kemampuan secara tiba-tiba.Fenomena kemiskinan ini boleh berlaku ke atas penduduk di bandar, pinggir bandar atau luar bandar, iaitu status seseorang berubah daripada mampu kepada tidak mampu tanpa mereka bersedia menghadapinya.Pakar Ekonomi Penggunaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Laily Paim yang membuat kajian khusus mengenai golongan kemiskinan rentan berkata, kenaikan harga barang sehingga menyebabkan kos sara hidup meningkat, diberhentikan kerja, kesihatan terjejas dan kurang upaya akibat kemalangan antara punca boleh menjejaskan pendapatan atau sumber kewangan seseorang.
Katanya, kelompok rentan terdiri daripada mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah 40 peratus terendah (B40), iaitu bawah RM3,860 dan pendapatan bulanan isi rumah 40 peratus pertengahan (M40), iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000.Bagaimanapun, kelompok ini tiba-tiba mengalami kekangan kewangan akibat faktor semasa.“Sebagai contoh, seorang yang berpendapatan RM6,000, memiliki empat anak yang masih bersekolah, tiba-tiba tidak mampu membayar balik pinjaman bank bagi rumah, kereta dan kad kreditnya akibat kenaikan harga barang yang menambah kos sara hidup.“Analoginya, walaupun ada kereta, mahu isi minyak kereta pun tidak mampu. Maknanya, dia boleh dikategorikan lebih miskin berbanding sebelumnya.“Berbeza dengan mereka yang menetap di kampung, masyarakat di bandar mungkin memerlukan pengangkutan, alat komunikasi bukan sekadar kemudahan, tetapi lebih kepada keperluan hidup,” katanya kepada BH.
- Details
PARIS: Lebih 113 juta orang di 53 negara mengalami ‘kebuluran akut’ tahun lalu berikutan perang dan bencana iklim, dengan Afrika rantau paling teruk terjejas, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) berkata dalam laporan global berkaitan krisis makanan 2019 berkata, Yaman, Republik Demokratik Congo, Afghanistan dan Syria antara lapan negara mencatat dua pertiga jumlah penduduk di seluruh dunia yang terdedah kepada risiko kebuluran.Dilancarkan tiga tahun lalu, kajian tahunan itu mencatat bekalan negara yang berdepan kesukaran terbesar.Negara Afrika terjejas secara tidak seimbang dengan hampir 72 juta orang di benua itu menderita kebuluran akut, kata pengarah kecemasan FAO, Dominique Bourgeon kepada AFP.
Read more: Lebih 113 juta penduduk dunia alami 'kebuluran akut' - PBB
- Details
Tidak dinafikan berlaku evolusi industri ke arah teknologi digital yang membawa perubahan paradigma dalam dunia teknologi termasuk industri perkhidmatan pembayaran global.Sememangnya teknologi digital sudah mengubah cara hidup kita. Satu trend yang memberikan impak yang besar di Malaysia ketika ini pastinya e-wallet atau dompet digital.Ini adalah satu perkembangan menarik dan penting berdasarkan potensinya yang amat cerah.Bagaimana pengguna boleh membuat pertukaran wang, membayar produk dan perkhidmatan, baik di luar talian atau dalam talian membabitkan pelbagai urusan dan sektor termasuk pelancongan.Seperti bidang-bidang perniagaan lain, pelancongan juga tidak dapat lari daripada terkesan dengan perkembangan teknologi digital. Kewujudan platform tempahan penginapan seperti Airbnb, Trivago, Agoda, Expedia, platform perkongsian dan platform khidmat pelancongan sudah mengubah senario industri pelancongan.
Malah untuk mencari penerbangan murah dan menempah tiket penerbangan pengguna menggunakan platform digital kerana ia memudahkan dan kita boleh membuat perbandingan harga. Dengan penggunaan telefon pintar yang tinggi dan penggunaan data mudah alih di Malaysia memberikan asas kukuh untuk e-wallet bergerak dan berkembang pesat.Berdasarkan kaji selidik firma Pew Research Centre baru-baru ini, Malaysia adalah antara negara mencatatkan jumlah penduduk yang memiliki telefon pintar tertinggi apabila menduduki tempat ke-10 dalam ranking dunia.Pengguna e-wallet akan terus meningkat apabila didorong oleh peningkatan populariti beli-belah atas talian berasaskan aplikasi, perkhidmatan e-hailing, permainan dalam talian dan e-dagang. Ini pastinya dapat merancakkan industri pelancongan.
Pelbagai kajian dibuat berkaitan e-wallet. Contohnya, kajian dari PWC Malaysia melaporkan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam industri e-wallet. Tahun 2018 adalah tahun pertumbuhan landskap pembayaran digital dengan kemunculan lebih daripada 40 pemain e-wallet di Malaysia. Terdapat 28 pada 2016.Gelombang digital ini bukanlah kecil kerana inisiatif pengawal selia dan menjurus ke arah masyarakat tanpa tunai. Melangkah ke hadapan, pasaran e-wallet bersedia untuk menyaksikan pertumbuhan yang kuat dan dapat menyokong fungsi yang lebih canggih seperti pengiriman wang, e-pembayaran dan kod QR yang dikongsi.
Read more: Dompet digital jana pendapatan sektor pelancongan negara
- Details
GEORGETOWN: Sekurang-kurangnya 50 rumah di sekitar Tanjung Tokong di sini mengalami kerosakan dan dimasuki air selepas dibadai belalai air dan hujan lebat tengah hari tadi.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kebanyakan penduduk berada di rumah dan ada yang sedang bekerja di tempat kerja masing-masing tetapi tiada kecederaan dilaporkan.Video kejadian itu turut tersebar di media sosial.Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian itu, belalai air dari arah laut masuk ke kawasan sekitar kawasan Tanjung Tokong menyebabkan bumbung dan atap rumah berterbangan dan beberapa pokok tumbang.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian ribut kira-kira 15 minit itu dan kami membersihkan serpihan struktur yang rosak akibat kejadian itu,” katanya di sini.Penduduk, Nona Khalid, 75, berkata ketika kejadian itu dia sedang duduk di luar rumahnya kerana menunggu cucu yang pulang dari sekolah, manakala suaminya pula baru pulang dari tempat kerja.“Ketika itu, angin sudah kuat dan saya yang nampak cucu berjalan terus memanggilnya masuk ke rumah manakala suami pula sedang menolak motosikal.“Saya terus memanggil suami dan menasihatinya masuk ke rumah dengan cepat selepas ternampak pusaran angin yang pelik,” katanya.Beliau berkata, ketika mahu masuk ke rumah, terdengar bunyi kuat dan sebaik menoleh, ternampak kayu serta zink jatuh di hadapan rumah.
- Details
KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 566 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) di Kg Bechah Keranji, Kota Bharu kerana disyaki menyimpan LPG melebihi kuantiti yang dilesenkan.Pengarahnya, Adnan Abd Rahman berkata, turut disita sebuah motolori dengan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM57,403.
Pemeriksaan awal mendapati, premis tersebut mempunyai lesen menjual runcit, namun selepas pemeriksaan lanjut mendapati, stok simpanan oleh pemilik premis adalah melebihi had kuantiti yang dibenarkan.
Read more: KPDNHEP Kelantan sita 566 tong LPG) di Kota Bharu
- Details
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini memperkenalkan kad XTRA20 yang memberikan diskaun 20% di setiap hentian kereta api bagi meningkatkan kembali bilangan pengguna KTM yang dilihat semakin berkurangan setiap tahun.Menteri Loke Siew Fook berkata tindakan kerajaan terdahulu menaikkan kadar tambang KTM dari 11 sen kepada 15 sen per kilometer memberi kesan kepada pengguna terutamanya golongan sederhana dan B40.“Tahun 2015 bilangan penumpang mencapai 50 juta setahun tetapi apabila kadar dinaikkan pada 2016, bilangan penumpang menjunam ke 41 juta orang setahun dan angka itu terus menurun pada 2017 dengan rekod 37 juta setahun dan terbaru bilangan penumpang jatuh kepada 32 juta setahun.
“Mungkin trend penurunan ini juga ada kaitan dengan faktor projek membaikpulih landasan dan persaingan dengan MRT tetapi kita harus ambil kira sikap kerajaaan terdahulu yang memberi tekanan dan bebanan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran XTRA20, tengah hari tadi.Untuk memperoleh kad tersebut, pengguna hanya perlu menunjukkan MyKad dan akan menerima kad XTRA20 di kaunter KTM Komuter untuk warganegara berusia antara 13 hingga 59 tahun.Mereka hanya perlu melakukan tambah nilai kad itu dan dapat menikmati diskaun 20% bagi setiap transaksi perjalanan bagi semua perkhidmatan KTM Komuter.Sebanyak 40,000 kad XTRA20 pertama akan diedarkan secara percuma dan selepas itu, pengguna hanya perlu membayar RM3 untuk mendapatkan kad berkenaan.
Read more: Kerajaan perkenal kad diskaun untuk tangani bilangan pengguna KTM yang berkurangan
- Details
CYBERJAYA, 31 Mac 2019 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas sejumlah 16 barang kes berupa kad sim, kad memori, telefon bimbit, cakera keras luaran (external hard disk) dan komputer riba, dalam operasi serbuan terbaru di beberapa buah negeri awal minggu ini bagi mengekang penyalahgunaan media sosial.Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan MCMC, Dato’ Mohd Shafie Harun memaklumkan, selain barang-barang berkenaan, turut ditemukan dalam serbuan itu adalah gambar-gambar lucah dan video seks berkaitan dengan kes-kes yang disiasat.
Menurutnya, operasi serbuan kali ini tertumpu kepada empat lokasi iaitu di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Serbuan terbaru ini dibuat selepas pihak MCMC menerima aduan daripada orang ramai dan menyusul hanya seminggu selepas serbuan sama dijalankan di 11 lokasi di beberapa buah negeri yang lain.Jelas Dato’ Shafie, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh suspeksuspek menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video-video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan niat untuk menganggu dan menyakitkan hati orang lain.
Read more: Salah Guna Media Sosial: MCMC Rampas 16 Barang Kes, 3 Individu Disoal Siasat
- Details
The RM40 Electric Bill Rebate Programme is a targeted government assistance program to finance monthly electricity bills of up to RM40 to those who are underprivileged and registered in the e-Kasih system. The program was announced by the Government in 2019 Budget Speech on 2nd November 2018.This RM40 Electric Bill Rebate Programme is a new programme introduced starting from 1 January 2019 to 31 December 2019. This programme replaces the RM20 Electric Bill Rebate Programme which ended in December 2018.
Eligibility for e-Kasih can be made at the Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) Portal at https://semakanrebat.mestecc.gov.my or by contacting MyGCC at 03-8000 8000. Users can also check e-Kasih's eligibility by calling TNB Careline at 1-300-88-5454 or making a direct review at the nearby Kedai Tenaga.For eligible e-Kasih users without TNB registered accounts, applications may be submitted to declare third-party accounts by filling in the application form at any of the nearest “Kedai Tenaga”.
Subcategories
Page 103 of 232

