Tiada larangan letak kereta depan rumah di Negeri Sembilan
- Details
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sembilan tidak berhasrat mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan larangan meletak kenderaan di depan rumah seperti Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, bagaimanapun berkata tindakan boleh diambil jika ada aduan kenderaan diparkir menghalang lalu lintas.
“Biasanya setiap rumah hanya boleh memuatkan dua kereta di ruang parkir rumah mereka yang menyebabkan kereta lain perlu diletakkan di luar.
“Keadaan itu memang tidak dapat dielakkan. Tetapi yang selalu jadi masalah bila ada yang tidak bertanggungjawab, parkir kereta sehingga menyusahkan jiran lain yang boleh menyebabkan pergaduhan,” katanya menurut Sinar Harian.
Read more: Tiada larangan letak kereta depan rumah di Negeri Sembilan
Penyusunan semula subsidi pastikan penerima layak diberi keutamaan
- Details
KUALA LUMPUR: Langkah penyusunan semula subsidi bermula tahun depan penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak menerima subsidi kerajaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penyusunan itu juga bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal.
Beliau berkata, bagi melaksana penyusunan semula subsidi itu tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan bekalan barangan makanan terus stabil.
“Sebagai contoh, memang ketika ini usaha diteruskan bagi meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat, sebab kalau dirujuk inflasi, kumpulan wajaran paling besar yang menyumbang kepada keadaan (meningkatnya) inflasi itu adalah barangan makanan.
“Jadi, kita akan pastikan bekalan untuk tahun depan lebih terjamin,” katanya menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Read more: Penyusunan semula subsidi pastikan penerima layak diberi keutamaan
Pengguna boleh tuntut jika terbabit kemalangan akibat kecuaian syarikat konsesi lebuh raya
- Details
KUALA LUMPUR: Pengguna boleh mengemukakan tuntutan kepada syarikat konsesi lebuh raya jika terbabit dalam kemalangan akibat keadaan atau halangan pada infrastruktur berkenaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pengguna juga boleh mengemukakan tuntutan jika terbabit dalam kemalangan akibat kecuaian syarikat konsesi lebuh raya seperti termaktub dalam perjanjian.
Bagaimanapun, katanya, pengguna perlu membuktikan kemalangan itu berpunca akibat kegagalan syarikat konsesi lebuh raya melakukan tindakan segera terhadap sebarang permasalahan pada infrastruktur terbabit.
“Banyak kes (syarikat) konsesi membuat bayaran akibat kecuaian mereka, seperti lopak dan sebagainya.
Mangsa boleh membuat tuntutan jika kemalangan berlaku disebabkan keadaan jalan raya itu sendiri.
Kerajaan pastikan jaminan makanan dalam keadaan stabil
- Details
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menurutnya, langkah penyasaran semula subsidi penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain mengukuhkan kedudukan fiskal.
Rafizi berkata, ketika ini terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak inflasi, dengan jangkaan inflasi bagi 2024 adalah sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus.
Read more: Kerajaan pastikan jaminan makanan dalam keadaan stabil
KKM batal notifikasi lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual
- Details
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan produk berkenaan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk berkenaan ialah Skinsister Babyskin Treatment Cream, Sahaana Fairness Cream, Skinmade AZ & Salicylic Acid + Licorice Root Serum, Glowing Night Cream dan Glowing Herba Night Cream.
Beliau berkata Skinsister Babyskin Treatment Cream dan Sahaana Fairness Cream dikesan mengandungi merkuri, manakala Skinmade AZ & Salicylic Acid + Licorice Root Serum mengandungi asid azelaik.
Glowing Night Cream pula dikesan mempunyai hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala merkuri dan betamethasone 17-valerate didapati terkandung dalam produk Glowing Herba Night Cream, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin selain menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit," katanya.
Read more: KKM batal notifikasi lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual
1,311 'lubuk' sindiket penipuan dalam talian diserbu tahun ini
- Details
KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur telah melaksanakan sebanyak 1,311 serbuan membabitkan jenayah dalam talian sejak Januari hingga September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya juga telah membuka sebanyak 71 kertas siasatan membabitkan tangkapan seramai 855 individu dalam serbuan di 'calling centre' sejak Januari lalu.
"Dalam tempoh dua bulan, kita menahan 343 individu dalam 20 serbuan 'calling centre' yang beroperasi di kondominium mewah di ibu kota," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Allaudeen berkata, badan pengurusan bersama (JMB) serta pengawal keselamatan setiap kondominium perlu bertanggungjawab dan melarang sebarang aktiviti 'calling centre' di premis berkenaan.
Read more: 1,311 'lubuk' sindiket penipuan dalam talian diserbu tahun ini
MBJB akan bertindak jika terima aduan bilik 'sangkar burung'
- Details
JOHOR BAHRU - Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan bertindak sekiranya mendapat aduan berhubung kewujudan 'bilik sangkar burung' atau bilik sewa sempit di daerah itu.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, berdasarkan akta pihak berkuasa tempatan (PBT), bilik sempit itu tidak dibenarkan kerana melanggar syarat-syarat ubah suai yang sepatutnya.
"Saya percaya 'bilik sangkar burung' itu wujud di bandaraya ini, khususnya membabitkan pekerja asing cuma kami masih belum mendapat aduan daripada orang awam.
"Justeru, kita harap masyarakat dapat menyalurkan aduan bagi memudahkan tindakan selanjutnya dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan wujud 'bilik sangkar burung' di sekitar Johor Bahru.
Read more: MBJB akan bertindak jika terima aduan bilik 'sangkar burung'
Bilik sewa sangkar burung diserbu Menteri KPKT
- Details
KUALA LUMPUR - Selepas sembilan hari pendedahan Sinar Harian berhubung bilik sewa sangkar burung, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pasukan polis telah membuat satu pemeriksaan mengejut berkaitan aduan awam terhadap premis tersebut, pada khamis.
Serbuan yang diketuai oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad itu dilakukan pada jam 1 tengahari untuk meneliti sendiri bangunan kedai yang telah menyalahi undang-undang kerana mengubah suai premis dengan menempatkan 38 bilik sewa kapsul di ibu kota.
Operasi khas ke atas premis menghapus bahaya kebakaran (MBK) itu dimulakan dengan sesi taklimat di Balai Bomba dan Penyelamat Pudu sekitar jam 12 tengahari sebelum konvoi menteri bersama bomba dan beberapa pengamal media tiba di lokasi kejadian, satu jam kemudian.
Pemeriksaan premis itu dimulakan di tingkat dua yang mana ia menempatkan sebuah bilik kotor dan sempit sehingga menimbulkan keadaan berbahaya kepada penyewa.
Sejurus masuk ke bilik tersebut, menteri terpaksa berengsot ke dinding dan menahan bau busuk yang menusuk hidung sesiapa sahaja di kawasan itu.
RM100 e-wallet credit to be distributed in December
- Details
KUALA LUMPUR: The government will distribute RM100 e-wallet assistance to eligible recipients in December, said Deputy Finance Minister II Steven Sim Chee Keong.
"So, (the recipients) will receive it. We ask the public to be patient because the government will fulfil its promise," he told Bernama today.
He said the impact of the initiative is not limited to the recipients' households, but also extends to the local market, especially small traders and hawkers.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced the RM100 e-wallet assistance, to be credited to all Malaysians aged 21 and above, at the launch of the "Madani Economy: Empowering the People" on July 27.
The RM100 e-wallet assistance is the latest government initiative for the B40 and M40 groups with incomes below RM100,000.
Read more: RM100 e-wallet credit to be distributed in December
Harga ayam, telur wajar diapung pada kadar munasabah - Peniaga
- Details
KUALA LUMPUR - Pengapungan harga telur dan ayam perlulah dibuat pada kadar yang munasabah bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna, penternak dan pembekal.
Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, ia harus dibuat secara teliti dan perlu dipantau agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan, selain bagi memastikan bekalan domestik keperluan itu mencukupi.
"Nak apungkan harga boleh tetapi harga siling janganlah terlalu tinggi.. seperti satu ketika, harga ayam pernah diapungkan sampai RM6 lebih tetapi selepas itu, kita ‘burst the price’ (turunkan harga) sebab kekurangan bekalan ayam.
"Jadi kalau nak diapungkan lagi kali ini, kita kena lihat semua sudut sama ada ia menguntungkan semua atau satu pihak sahaja,” katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Rosli berkata, langkah itu juga harus konsisten bagi membantu peniaga mengawal harga produk mereka yang dijual kepada masyarakat.
Read more: Harga ayam, telur wajar diapung pada kadar munasabah - Peniaga
Page 5 of 155