ALOR SETAR - Kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur berikutan kos sara hidup pengguna makin tinggi.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, telur ayam misalnya merupakan salah satu sumber protein sekali gus perlu berada pada harga murah.

Beliau melahirkan kebimbangan harga telur ayam akan naik sekiranya pemberian subsidi tidak diteruskan.

"Sekarang ini harga telur 45 sen, namun mungkin akan kepada 60 sen hingga 70 sen sebiji. Jadi, untuk 10 biji bermakna RM7. Sekarang, pengguna turut terhimpit dengan bebanan kos sara hidup.


"Beras dan sayur pun naik harga. Ayam di paras harga lama tapi masih di paras yang tinggi. Jadi kita harap supaya subsidi ini masih diteruskan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada kerajaan supaya menghentikan eksport telur ayam ke luar negara.

"Kita takut telur ayam ini dieksport keluar. Jadi, cukupkan bekalan dalam negara dulu," katanya.

Tambah Mohd Yusrizal, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan disaran memperluaskan industri penternakan ayam dan telur.

Kata beliau, usaha ini demi memastikan lambakan bekalan bahan mentah berkaitan dalam negara sekali gus berlaku persaingan antara penternak dan penjual.

"Apabila berlaku lambakan maka harga seperti mana yang kita tengok di waktu pandemik hari itu, semua harga menjadi turun disebabkan permintaan yang rendah dan penawaran yang tinggi. Kita harap penawaran ini meningkat dalam industri telur ini," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jualan yang kini mula dipasarkan di bawah harga siling serta beka