- Details
PUTRAJAYA: Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac ini.Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)."MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak RM0.20 kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah."Caj tersebut hanya boleh dikenakan ke atas setiap beg plastik biodegradasi manakala tindakan penguatkuasaan diteruskan kepada peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional," kata dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Khalid, pendekatan berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan pencemaran sisa plastik.Selain itu, beliau berkata pendekatan tersebut diambil supaya dapat memberi kesedaran mengenai inisiatif hijau serta menjamin kelestarian alam sekitar.Sejak penggunaan produk biodegradasi (mudah terurai) di Wilayah Persekutuan, peniaga dan penjaja telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau itu, kata Khalid.Kementerian Wilayah Persekutuan berharap semua warga Wilayah Persekutuan positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau Di Wilayah Persekutuan, jelasnya.
Read more: Caj pencemaran 20 sen di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac
- Details
PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mungkin melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jika kemarau berpanjangan.Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Sallehuddin Hassan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi, melakukan operasi tersebut jika bekalan air sungai untuk kegunaan bendang semakin berkurangan.“Buat masa terdekat ini kita mengambil pelbagai langkah, termasuk dengan mengepam air yang dikitar semula dari sungai yang berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bendang Kampung Nara yang kekeringan air di sini, petang tadi.
Beliau turut memantau operasi mengepam air dari Sungai Semerak ke bendang berkenaan yang membabitkan 150 hektar sawah padi yang berumur antara satu hingga dua bulan.Kementerian tersebut turut membelanjakan lebih RM2 juta bagi pembinaan pam di kawasan itu yang mula beroperasi sejak sebulan lepas.Mengulas lanjut, Mohd Sallehuddin berkata, pihaknya juga kini membekalkan 100 ‘backward pump’ kepada petani di seluruh kawasan KADA, yang menghadapi kekurangan air yang serius dengan 20 pam jenis yang sama untuk petani di kawasan Pasir Puteh.Beliau berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada sejumlah 26,833 hektar tanaman padi di kawasan KADA menghadapi masalah kekurangan air.
Read more: Pembenihan awan dilaksana di kawasan KADA jika kemarau berpanjangan
- Details
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau perkembangan kes Chikungunya yang melanda Hatyai di selatan Thailand.Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr. Chong Chee Keong berkata, pemantauan ketat tertumpu di pintu masuk sempadan Malaysia - Thailand iaitu di Perlis dan Kelantan.Katanya Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti individu yang berisiko membawa virus bagi menyekat penularan Chikungunya ke negara ini.Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di PPR Seri Alam Fasa 2, Cheras.
- Details
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup.Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai."SKMM mengesahkan bahawa pusat internet di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak berkenaan digesa untuk memberi justifikasi serta keterangan yang lanjut kepada SKMM.Menurut kenyataan itu, sehingga kini terdapat 870 pusat internet yang sedang beroperasi di seluruh negara yang merupakan antara inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat SKMM.Antara kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, sekali gus memperkasakan tahap ekonomi tempatan, menurut kenyataan itu.
- Bernama
- Details
KUALA LUMPUR: Kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus pertengahan (M40) memerlukan inisiatif khusus supaya tidak ketinggalan dalam limpahan ekonomi digital.Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kumpulan berkenaan perlu diberikan pendedahan kepada ekonomi digital supaya mereka tidak ketinggalan jauh daripada arus pembangunan ekonomi berkenaan.Katanya, beliau tidak mahu ekonomi digital memberi kesan dan membuka jurang lebih lebar di antara bandar dan luar bandar seperti kesilapan yang dilakukan di beberapa negara lain.“Kita perlu mulakan insiatif baharu sekarang. Orang Melayu, Cina, India perlu turun ke bawah, ke luar bandar. Ini saya percaya akan mengubah paradigma lama.“Kita perlu ke depan. Kita tidak seharusnya melupakan orang miskin,” katanya pada Digital Native Agenda (DNA23) yang disiarkan secara langsung di televisyen swasta, hari ini.
DNA23 mengupas isu digital dalam masa yang sama bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan dalam landskap digital negara.Tiga teras utama dalam DNA23, iaitu kemakmuran dan kebahagiaan; persediaan masa depan serta etika dan budaya. Ia dipecahkan kepada sembilan teras kecil, iaitu masa depan sosio-ekonomi yang segar, pengagihan peluang yang adil, persepsi positif terhadap negara, pembinaan kapasiti, pembangunan modal insan, urus tadbir yang telus, hak agama dan budaya, perpaduan dan harmoni, dan dialog yang berasaskan fakta.Anwar berkata, ekonomi digital perlu dilaksanakan tanpa meminggirkan golongan miskin dan pertengahan dan dalam masa yang sama perubahan itu perlu dilakukan sekarang kerana era digital bergerak pantas.
Read more: Wujudkan inisiatif untuk B40, M40 dalam ekonomi digital
- Details
ALOR GAJAH - Sebanyak 30,000 biji telur gred A bernilai kira-kira RM10,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam serbuan ke atas sebuah kilang pengeluar telur yang dikesan menjual pada harga tidak munasabah di sini semalam.Ketua Seksyen Bekalan dan Harga Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu dibuat hasil aduan orang ramai berhubung harga telur yang meningkat sejak Disember lalu.Menurutnya, aduan diterima pihaknya mendapati telur ayam gred A dijual pada harga borong 40 sen sebiji berbanding kira-kira 30 sen sebelum itu.“Hasil pemeriksaan dan semakan dokumen dilakukan ke atas kilang pengeluar ini, kita mengesyaki berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah.“Susulan itu kita merampas sebanyak 30,000 biji telur bernilai kira-kira RM10,000 untuk siasatan lanjut dan tindakan diambil mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
- Details
PUTRAJAYA, March 7 — The government is looking into the possibility to authorise the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to remove fake news and racist posts from social media, Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo said.He said it was among the measures discussed in line with the government's intention to enact legislation addressing the abuse of social media, which has been rampant of late.The minister said the matter was still being discussed with the relevant parties and the new legislation was expected to be tabled at Parliament by July at the latest.“The government is still studying the possibility and making amendments to the existing law so that it will be more effective in addressing issues of racism, religious hate crime and offensive messages on the monarchy institution. These are among the aspects we are looking into now.
“We are looking at how we can give the MCMC the power. I hope the new legislation can be tabled at the next Parliament session (which to begin on Monday) or the following session (in July),” he told reporters after attending the closing of the Malaysian chapter of Safer Internet Day 2019 celebration here today.To a question whether the National Cyber Security Policy had something to do with the formulation of the new legislation, Gobind said: “The policy is different as it encompasses the country's next moves and direction in addressing new challenges in the era of digital economy.”“Whereas the legislation encompasses issues of social media abuse just like the existing provisions under the Communications and Multimedia Act 1998 and other relevant laws, but the policy implementation is wider,” he said, adding that the policy is expected to be completed in July.Earlier in his closing speech, Gobind said a digital citizenship concept would be introduced to promote good behaviour and accountability in the use of digital technology.
Read more: Minister: Govt may authorise MCMC to vet social media for fake news, racist posts
- Details
KUALA LUMPUR 7 Mac - Kementerian Kesihatan bersedia mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak dalam tempoh terdekat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dua vaksin tersebut ialah MMR bagi merawat penyakit demam campak, beguk dan rubela manakala difteria pula bagi mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut.Katanya, bagaimanapun perkara itu masih di peringkat cadangan yang akan diputuskan menerusi penubuhan pasukan khas dalam masa terdekat.“Pihak kementerian secara serius akan mempertimbangkan semua cadangan daripada pelbagai pihak berhubung perkara berkenaan dengan mengambil kira kepentingan dan kesihatan kanak-kanak.
“Namun cadangan ini saya ambil kira secara mendalam kerana dengan mewajibkan satu hingga dua vaksin sebenarnya dapat mencegah kepada enam hingga tujuh jenis penyakit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2019 di sini hari ini.Yang turut hadir Presiden Institut Strategik Kingsley (KSI), Tan Sri Dr. Michael Yeoh.Di PUTRAJAYA, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan terus mengesyorkan golongan ibu bapa di negara ini memberi suntikan vaksin imunisasi kepada anak-anak mereka.Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan lebih ramai ibu bapa memberi vaksin kepada anak.“Ini membolehkan ramai lagi ibu bapa memberi vaksin kepada anak mereka dan tidak melayan hujah anekdotal yang mengaitkan pengambilan vaksin dengan penyakit seperti autisme.“Vaksin itu hanya untuk mencegah penyakit,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kad Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), hari ini.
- Details
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki jatuh pengsan manakala lima lagi muntah-muntah dipercayai akibat terhidu gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, di Pasir Gudang, dekat sini, pagi ini.Menurut laporan awal, terdapat kebocoran gas dan tumpahan bahan kimia itu yang diterima di kawasan Sungai Kim Kim yang berhampiran.Timbalan Ketua Zon 1 Penguasa Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira kira pukul 5 pagi tadi.Empat pegawai bersama pasukan Hazmat, dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bahan kimia. Gas yang dikesan adalah jenis metana."Pengosongan kawasan telah dilakukan dalam jarak 500 meter, melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Kedua-dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai sejumlah kira-kira 1,400 pelajar dan guru.Pelajar yang pengsan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.
- Details
On the other hand, consumers and residents, also have important responsibilities to ensure the cleanliness, safety and prosperity of the community. In too many communities, vandalism, destruction of public property such as lifts and playground amenities, unhealthy environment for example that enables the breeding of the aedes mosquito, haphazard parking, and irresponsible dumping of rubbish continue to occur. This form of selfish and destructive behaviour of a few individuals can have strong negative effects on the community as a whole. Continuous awareness and education is crucial. So is effective enforcement, especially for those who are too stubborn to change.
FOMCA also hopes that beyond the basic needs of the community, developmental programs and activities can be developed. This could include youth sports and recreation centres, child care services, mental health support services, and support for the aged members of society. Further, continuous education and training should be an integral part of community development. This could include personal development skills, consumer education, financial education, vocational skills, health education and awareness programmes on various medical and health issues.
Subcategories
Page 107 of 232