Alor Gajah - Pada 31 mac 2019 bersamaan dengan hari Ahad, satu program di antara kerjasama TNB dan FOMCA bernama 'Kecekapan Tenaga, & Rebat RM40 Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Alor Gajah'. Pada pagi pukul 8.30pagi bermulanya sesi pendaftaran beserta kudapan pagi. FOMCA telah menyediakan sarapan untuk para peserta yang terdiri daripada ahli MPKK, penghulu kawasan, Ketua Polis Alor Gajah dan Pegawai Daerah Alor Gajah, Tuan Rahizi bin Ranom.Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah telah menyediakan tempat untuk bacaan doa, ucapan perasmian oleh Ir. Ahmad Rezahan bin Mohamad, Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Negeri Melaka, Bahagian Retail, TNB. Seterusnya, pada pukul 11 pagi sesi penerangan oleh FOMCA, beserta WCC UTM, AMI Project dan berakhir dengan CCBD Melaka. Majlis diakhiri dengan sesi gallery walk oleh TNB dan FOMCA. Sesi gallery walk, dijalankan dengan panel board masing-masing.
Maklumat tentang panduan aplikasi mudah alih TNB, sistem e-kasih, penggendalian 'smart meter' dan sebagainya telah dibentangkan dalam program ini.Program Rebat Bil Elektrik RM40 juga telah dijelaskan oleh Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan TNB.
-Theeba Ganesan, FOMCA