Kenaikan harga makanan bukan suka-suka: Pemilik restoran
- Details
Ogos 21, 2022 @ 3:34pm
Kuala Lumpur: Kenaikan harga makanan pada masa ini bukan luar biasa berikutan ia dipengaruhi faktor kenaikan harga bekalan asas dan bahan mentah pada masa ini.
Pemilik restoran, Haslinda Rahman, 44, berkata, kenaikan itu bukan suka-suka atau tujuan mengaut keuntungan lebih sebaliknya ia hakikat yang ditanggung golongan peniaga makanan sepertinya disebabkan kenaikan harga barangan.
"Memang banyak barang naik. Boleh dikatakan antara 10 hingga 30 peratus barangan mentah seperti ayam, minyak masak, telur, ikan dan lain-lain lagi naik ketara.
"Jadi, untuk kelangsungan perniagaan, saya terpaksa naikkan juga harga jualan antara 10 kepada 15 peratus bergantung kepada jenis makanan.
"Itupun sebenarnya memang tiada untung tetapi kami cuba untuk bertahan sedaya mungkin dan pada masa sama tidak mahu membebankan pelanggan.
"Namun saya akui tidak boleh tahan lama mungkin kalau harga barangan naik lagi nanti kita akan gunakan cara lain termasuk terpaksa umumkan kenaikan antara 20 hingga 25 peratus supaya dapat tampung kos dan memastikan perniagaan kekal," katanya mengulas mengenai harga makanan mahal pada masa ini.
Bagi Muhd Alif Suaimi, 32, dia sudah mula menaikkan harga jualan makanan di gerainya sejak pertengahan Julai lalu bagi memastikan perniagaan diusahakan terus bertahan dengan cabaran semasa.
"Semua makanan macam laksa, rojak, mi rebus dan bihun sup saya naikkan serentak daripada RM5 kepada RM6 satu pek.
"Saya terpaksa naikkan RM1 setiap pek makanan kerana harga bahan mentah seperti telur, daging, timun dan cili api mengalami trend kenaikan antara 30 peratus hingga 40 peratus.
"Jadi, kenaikan ini tidak hairan kalau pergi mana-mana pun sama ramai peniaga makanan buat macam itu demi kelangsungan perniagaan," katanya.
Katanya, dia mengambil pendekatan itu untuk menyeimbangkan antara keuntungan dengan modal dan kos berkaitan bagi mengekalkan kualiti makanan sedia ada.
"Buat masa ini kita masih bertahan dengan harga macam ini kerana kita pun ada kos untung rugi perlu diambil kira.
"Kalau dulu kami boleh dapat keuntungan 50 peratus manakala sebahagian lagi adalah modal tetapi sekarang walaupun harga jualan dinaikkan kami cuma dapat untung dalam 30 peratus sahaja daripada setiap makanan.
"Namun apapun, saya amat bersyukur sambutan pelanggan masih sama macam dulu, malah mereka lebih memahami keadaan kami sekarang," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenaikan harga makanan di gerai mahupun restoran pada masa ini berasas berikutan cabaran semasa.
Read more: Kenaikan harga makanan bukan suka-suka: Pemilik restoran
BNPL sasar 'shopaholic'?
- Details
Ogos 12, 2022 @ 7:05am
Kuala Lumpur: Tertarik dengan tawaran 'bayaran ansuran tanpa faedah' yang disediakan oleh sebuah pasaran dalam talian 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' (BNPL), membuatkan Ahmad yang menghadapi kekangan kewangan, memanfaatkannya tanpa berfikir panjang.
Menganggap kaedah itu sebagai yang terbaik untuk dia mendapatkan barangan keperluan rumah tangga yang didirikannya pada 2020, pereka grafik berusia 24 tahun tersebut "memborong" sebuah mesin basuh yang dilengkapi sistem pengering berharga RM3,000 dan peti sejuk berharga RM1,800 pada tahun lepas.
"Semasa survei harga dengan isteri melalui satu aplikasi e-dagang, ada jumpa barang yang dimahukan, tetapi biasalah tempoh penghantaran barang memakan masa lama.
"Jadi, saya cuba lagi survei sehinggalah terjumpa satu iklan di Instagram mengenai BNPL dan apa yang menjadikan kami tertarik adalah ayat yang digunakan, 'bayaran ansuran tanpa faedah', membuatkan kami terus membeli barang tersebut tanpa berfikir panjang," kongsinya kepada Bernama.
Pada awalnya, pasangan itu yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan, tidak mempunyai masalah membayar ansuran bulanan peti sejuk dan mesin basuh, masing-masing sebanyak RM450 dan RM250.
Malah, bayaran peti sejuk sudahpun dilunaskan pada September tahun lalu. Namun, komitmen kewangan pasangan itu bertambah susulan kelahiran bayi sulung mereka pada Februari lalu.
Masih terikat bayaran ansuran peti sejuk, Ahmad mengakui dia kini berasa terbeban disebabkan ada perbelanjaan luar jangka membabitkan si kecil yang kerap sakit.
Ujarnya, sekalipun jumlah RM250 itu tidak sebesar mana, peningkatan perbelanjaan keluarga, khususnya melibatkan anak, menyebabkan beban bayaran ansuran tersebut amat dirasai, lebih-lebih lagi komitmen tersebut adalah selama 12 bulan.
Bagi menampung keperluan kewangan, Ahmad berkata dia kini turut melakukan kerja sampingan sebagai penunggang e-hailing.
Namun pada masa sama, dia tidak menolak kemungkinan akan terus memanfaatkan BNPL pada masa akan datang sekiranya ada keperluan yang mendesak.
Bagi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), situasi yang dialami Ahmad itu tidak boleh dipandang enteng dan mereka mahu pihak berwajib menyegerakan penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan turut merangkumi BNPL.
Penggubalan CCA yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku kedua 2023, adalah tepat pada masanya demi menjamin kestabilan kewangan pengguna.
Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, disebabkan BNPL masih belum dikawal selia oleh pihak berkuasa, sistem itu terdedah kepada manipulasi kadar faedah oleh penyedia perkhidmatan.
Penyimpan hilang wang: Bank perlu bertanggungjawab
- Details
Ogos 25, 2022 @ 6:22pm
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan mengarahkan institusi kewangan dan bank supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan sekiranya ia berpunca akibat kecuaian mereka.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memantau isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini semakin menjadi tumpuan masyarakat.
Malah katanya, perkara itu juga sudah beberapa kali dibangkit dan dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat, sebelum ini.
"BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.
"Dalam masa yang sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatagani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan Sukan Dron di Medini, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Selasa lalu, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, dilaporkan berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila scammer atau penggodam 'merompak' duit pendeposit dalam akaun mereka.
Read more: Penyimpan hilang wang: Bank perlu bertanggungjawab
Jangan terjerat penipuan kontraktor haram
- Details
27 Julai 2022
KETIKA rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ada pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Tidak terhad kepada indusri makanan dan perubatan, bidang pembinaan juga dicemari dengan penipuan kontraktor haram.
Seperti laporan Sinar Harian pada Rabu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendedahkan telah menerima sebanyak 135 aduan berkaitan penipuan kontraktor pembinaan sejak Januari lau.
Hal ini berlaku kerana pengguna mempercayai perkhidmatan kontraktor yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ekoran lebih mudah untuk berurusan, tawaran harga lebih murah dan fleksibel.
Bagaimanapun, tidak ramai mangsa yang berani tampil membuat aduan ekoran kekangan kewangan untuk membayar kos guaman sekiranya mahu membawa kes ke mahkamah sivil.
Justeru, pengguna dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi mendapatkan hak sewajarnya.
Dalam pada itu pengguna juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan agensi berkaitan agar tidak mudah ditipu oleh kontraktor dan terpedaya dengan perjanjian yang tidak didokumentasikan.
Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz memberi peringatan tersebut ekoran mana-mana pihak atau kontraktor yang ingin menjalankan kerja-kerja pembinaan perlu berdaftar dengan CIDB.
Jika didapati kontraktor berkenaan tidak berdaftar, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
TNB to give rebates to those affected by power outages, says Takiyuddin
- Details
Saturday, 30 Jul 2022 / 1:51 PM MYT
PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) will give rebates to consumers, especially traders, who were affected by power outages in parts of the nation last Wednesday (July 27).
Energy and Natural Resources Minister Datuk Seri Takiyuddin Hassan said on the day of the incident, about one million domestic, industrial and commercial account users were affected by the disruption that occurred at 12.39pm.
"Consumers who are affected such as traders can make a claim by stating the amount of losses suffered.
"However, I will present detailed information about the rebate in Parliament on Aug 4," Sinar Harian quoted him as telling reporters after attending the 55th Kota Baru PAS annual general meeting on Saturday (July 30).
Takiyuddin also praised the quick action of TNB, which succeeded in fully restoring the electricity supply in the affected areas within two hours and 21 minutes.
"Due to the problems that occurred that day, we had to maintain energy stability and had to ration at certain areas that were not critical.
"At the same time, we ensured that hospitals, airports and Parliament, which was in session at that time, did not suffer from electricity supply interruptions," he said.
In a statement last Wednesday, TNB said that the electricity supply disruption that occurred in several areas in the peninsula since 12.39pm was caused by damage to an equipment at its Yong Peng North substation in Yong Peng, Johor.
Tarif air baharu pengguna bukan domestik di Selangor mulai 1 Ogos
- Details
29 Julai 2022
SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal berkuat kuasa 1 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim berkata, purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak melibatkan pengguna domestik.
"Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28.
"Untuk rumah ibadah, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4.23, kini dilaraskan RM7,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada Jumaat.
Izham berharap, pelarasan tarif baharu bekalan air itu dapat membantu Air Selangor khususnya dari segi perbelanjaan modal yang tinggi dalam memastikan kesinambungan serta kelangsungan operasi syarikat pengurusan air itu.
"Memang banyak kos yang kami tanggung. Kos perbelanjaan modal yang tinggi antaranya RM30 bilion untuk 30 tahun. Kami juga laksanakan kos penggantian paip iaitu sekitar RM150 juta setahun. Ini tidak termasuk lagi kos-kos lain yang melibatkan operasi.
"Bil elektrik untuk setahun sahaja melibatkan RM300 juta. Bahan-bahan kimia untuk rawat air sekitar RM80 ke RM100 juta setahun. Jadi kos (operasi) yang begitu tinggi namun kadar tarif kita adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.
"Pelarasan tarif bekalan air itu juga turut membantu Air Selangor dalam perancangan kerajaan negeri membina loji rawatan air baharu dan penggantian paip air serta peralatan yang telah usang,” katanya.
Read more: Tarif air baharu pengguna bukan domestik di Selangor mulai 1 Ogos
Perlu permit khas untuk beli petrol, diesel lebih 20 liter
- Details
Julai 28, 2022 @ 1:20pm
Putrajaya: Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, untuk melayakkan membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.
Beliau berkata, keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.
"Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.
"Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.
"Sehingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna 'forklift', sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau yang menjawab laporan di media arus perdana berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran berkata, peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel.
Read more: Perlu permit khas untuk beli petrol, diesel lebih 20 liter
Give rebates for power supply disruption, says Fomca
- Details
July 29, 2022 9:58 AM
PETALING JAYA: A consumer group says those who had to put up with any unexpected extra costs and inconvenience following a disruption in electricity supply on Wednesday should be compensated.
Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) CEO Saravanan Thambirajah said that while a rebate was warranted, it was subject to the Performance Standard of Electricity Supply Services of Tenaga Nasional Bhd (TNB).
The criteria to warrant a rebate, he said, depended on the time taken to restore supply.
“If it took more than three hours (to restore supply), then consumers are entitled (to a rebate). Less than that, I don’t think so,” Saravanan told FMT.
The Guaranteed Service Level 2 (GSL2) of the performance standard, set by the Energy Commission, states that consumers are entitled to rebates for power outages that last three hours or longer.
Domestic consumers are entitled to 1% of their monthly bill, or a minimum of RM10, while commercial consumers get 1% of their monthly bill, or up to RM300. Industrial consumers get 0.5% of their monthly bill, or up to RM1,000.
Saravanan said the authorities should revise TNB’s performance standard, as its rate was insufficient.
“It definitely needs revision, and the Energy Commission must factor in the current cost of living, and also inflation,” he said, adding that the authorities should remove any “red tape” that hindered compensation.
He said that as electricity supply was vital to the economy and wellbeing of the people, the management of all electrical facilities and equipment should be scrutinised meticulously.
Read more: Give rebates for power supply disruption, says Fomca
31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan hingga Jun 2022
- Details
27 Julai 2022
KUALA LUMPUR - Sejumlah 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan sejak tahun 2021 hingga 30 Jun lepas, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African Scam/ Love Scam, Macau Scam, pelaburan, Business Email Compromise dan Tipu SMS.
"Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi-institusi kewangan telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti yang merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan pendakwaan di mahkamah.
"Selain itu usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan turut dilipatgandakan menerusi siri taklimat kesedaran secara dalam talian serta program orang ramai, menggunakan saluran media dan juga laman media sosial,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.
Ia bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) yang ingin tahu jumlah kerugian pendeposit-pendeposit bank yang dimangsakan oleh scam bank di mana wang mereka telah dipindah tanpa pengetahuan dalam tahun 2021 dan 2022.
Read more: 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan hingga Jun 2022
'Jualan secara cedok di TikTok, berunsur gharar, judi'
- Details
Julai 20, 2022 @ 2:01pm
KUALA LUMPUR: Trend jualan 'cedok-cedok' menerusi platform TikTok, yang kini menjadi ikutan peniaga, dibimbangi berisiko menggalak dan meningkatkan kes penipuan dalam talian.
Menerusi trend itu, pelbagai barangan seperti gula-gula, kerongsang dan alat solek dijual secara siaran langsung menerusi media sosial dengan peniaga mencedok barangan menggunakan senduk, bakul atau mangkuk serta dijual dengan harga sekitar RM5 hingga RM1,000 setiap cedok.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata walaupun trend itu tercetus hanya sebagai kandungan bagi mempromosi produk, kaedah jualan tersebut mempunyai unsur ketidakpastian serta keraguan dalam aspek paparan harga dan kuantiti.
"Dalam urusan membeli-belah, peletakan dan tawaran harga mestilah jelas. Menerusi trend ini, ada unsur seperti 'main tikam-tikam', dengan penipuan boleh berlaku.
"Ada unsur tidak jelas dari segi harga perlu dibayar dan kuantiti diperoleh iaitu kalau cedok sikit dapat sikit, kalau cedok banyak dapat banyak, sekali gus mendedahkan pengguna sama ada hasil cedok tersebut berbaloi dengan harga dibayar," katanya.
Mohd Yusof berpandangan, walaupun jualan itu tidak membabitkan nilai yang besar, ia membuka ruang dan menjadi budaya kepada peniaga tidak bertanggungjawab memanipulasi trend tersebut bagi mengaut keuntungan.
Justeru, FOMCA menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau platform perniagaan dalam talian lebih teliti bagi melindungi pengguna.
Sementara itu, pakar syariah dan muamalat, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, berkata struktur jual beli tersebut mempunyai unsur 'gharar' atau tidak jelas, yang diharamkan Nabi Muhammad SAW dan dikhuatiri membawa kepada 'gharar' tertinggi iaitu perjudian.
Read more: 'Jualan secara cedok di TikTok, berunsur gharar, judi'
Page 22 of 155