- Details
PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil pendekatan untuk mengawal kadar inflasi bagi memastikan ‘runaway inflation’, atau peningkatan inflasi yang meningkat secara drastik dan tidak terkawal daripada berlaku, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau mengambil maklum tentang kritikan beberapa pihak bahawa kadar inflasi negara telah mereda kepada dua peratus, tetapi tidak dicerminkan daripada realiti harga barangan yang masih tinggi.
Jelas beliau, langkah kerajaan dalam memperkenalkan dasar gaji progresif bagi sektor awam dan swasta merupakan salah satu usaha untuk mengawal keseimbangan inflasi.
“Sebab itu apabila kita merangka sesuatu langkah, kita mengambil perhatian khusus tentang kesannya kepada inflasi nanti supaya kita mendapat keputusan terbaik, untuk memastikan keseimbangan antara kadar inflasi yang boleh diterima, dan pada masa sama kita dapat melihat kenaikan yang pantas dari segi pendapatan isi rumah,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan kadar inflasi Malaysia pada bulan Julai 2023 terus mereda kepada 2.0% berbanding 2.4% pada bulan Jun 2023, mencatatkan penurunan 11 bulan berturut-turut.
Read more: Kerajaan tumpu usaha seimbangkan inflasi, pendapatan isi rumah
- Details
PETALING JAYA: Medical groups and a consumer association have signed a memorandum of understanding (MOU) that outlines the rights and expectations of patients when receiving medical care.
The “2023 Patient’s Charter” was signed by the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca), Malaysian Medical Association (MMA), Malaysian Pharmacists Society (MPS) and the Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM).
The signing was done at the MMA house on Monday (August 28) and it was witnessed by Health Minister Dr Zaliha Mustafa.
Fomca president Datuk Marimuthu Nadason said the Patient’s Charter supports the principle of mutual respect between patient and healthcare provider.
“Whilst it does not generally grant formal legal rights, it can act as a catalyst to enhance patient welfare and resolve individual patient concerns, feedback and complaints quickly and economically through an appropriate redress mechanism in place,” he said.
Read more: Medical groups, Fomca sign MOU outlining rights of patients
- Details
The U.S. Food and Drug Administration is warning people to stop using two more eye drop products after the agency found bacterial contamination in some of them.
According to a notice posted on the FDA's website, consumers should not use Dr. Berne’s MSM Drops 5% Solution and LightEyez MSM Eye Drops.
"Using contaminated eye drops could result in minor to serious vision-threatening infection which could possibly progress to a life-threatening infection," the FDA announced in the recall issued Tuesday.
Federal health regulators reported that due to the industry’s recent manufacturing issues with eye drops, officials conducted sampling and testing based on Dr. Berne’s drops and LightEyez MSM Eye Drops. Testing found both products contaminated with microbes and that they were not sterile.
Read more: 2 more eye drop products recalled after being linked to potentially deadly bacteria
- Details
KUALA LUMPUR: Kerajaan ingin membawa ‘game changer’ bukan sahaja kepada pembangunan infrastruktur luar bandar tetapi bagi menggalakkan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bukan sahaja memfokuskan infrastruktur bekalan elektrik dan air tetapi mementingkan TVET untuk legasi baharu penduduk luar bandar.
“Ia akan dapat menyediakan peluang kedua kepada mereka untuk melanjutkan pengajian serta menceburi dalam bidang keusahawanan.
“Dari segi kebolehpasaran TVET, melalui Belanjawan kita peruntukkan untuk realisasikan TVET khusus untuk wanita yang dikenali sebagai Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) serta akan melibatkan pelbagai kaum dan wilayah termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kami juga akan memfokuskan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Walkabout Program Jualan Desa Madani di Busana Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.
Read more: TVET tingkatkan kebolehpasaran penduduk luar bandar
- Details
SHAH ALAM: Kerajaan membuka permohonan peruntukan melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai melalui penambahbaikan infrastruktur kecil awam.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, IKR ialah inisiatif baharu untuk memudahkan proses permohonan projek infrastruktur awam berskala kecil di bawah RM200,000 secara terus kepada kementerian itu.
Menurutnya, skop projek kecil yang dibenarkan adalah saliran, perparitan, jalan, jambatan, titi, laluan pejalan kaki, cerun, tebing, gabion, benteng, gelanggang sukan, padang permainan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan rekreasi.
“Selain itu, dewan terbuka, balai raya, hentian bas, bumbung tapak perhimpunan sekolah, masjid, surau dan madrasah juga merupakan skop kecil yang dibenarkan di bawah IKR,” katanya menerusi ciapan di X pada Isnin.
- Details
BALI (Indonesia): Tenaga Nasional Bhd (TNB) plans to step up its investments by nearly six-fold between 2025 and 2030 to prepare for its future Energy Transition (ET).
TNB's allocated ET for 2018-2024 stood at RM6 billion from a total of RM45 billion allocated on the domestic grid.
The group now plans to invest about RM90 billion within five years, from 2025 to 2030, on the national grid, of which RM35 billion will be spent on ET-related investments, while the remaining RM54 billion on non-ET.
President and chief executive officer, Datuk Baharin Din, said TNB is keen to expedite its investments in the Grid to avoid bottlenecks that are currently happening in mature markets, which could delay the scale-up of renewables as connection queues for wind and solar projects grow to record sizes.
"Bottlenecks can be observed across the United Kingdom, Europe, and even the United States as grid connection queues for wind and solar projects range between a staggering 50 and 200 gigawatts.
"Therefore, in Malaysia, we want to make sure that we build green infrastructure early on so that we avoid any bottlenecks in the adoption of RE," he said during a session at the ASEAN Energy Business Forum (AEBF) 2023, in Nusa Dua here, yesterday (August 24).
Read more: TNB to boost Energy Transition investments by nearly six-fold
- Details
Putrajaya: Kerajaan akan mengambil langkah termasuk meningkatkan pemeriksaan di tempat kerja, menyediakan lebih banyak sokongan kepada mangsa buruh paksa dan meningkatkan kesedaran tentang isu dalam kalangan majikan dan pekerja untuk memerangi buruh paksa.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan sedang memulakan beberapa langkah utama seperti meratifikasi Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa dan menerima pakai Pelan Tindakan Nasional Berhubung Isu Buruh Paksa (2021-2025) berikutan buruh paksa adalah satu isu hak asasi manusia yang serius dalam hubungan pekerja.
"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan rakan-rakan kongsi lain untuk mengukuhkan lagi usaha kami memerangi buruh paksa di Malaysia.
"Kami yakin bahawa kami boleh mencapai kemajuan dalam isu ini dan kami komited untuk memastikan bahawa semua pekerja di Malaysia dihormati dan dilayan seadilnya," katanya.
- Details
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan dan teras diunjurkan terus sederhana pada separuh kedua tahun ini dengan inflasi keseluruhan diunjurkan berada pada purata julat yang lebih rendah dalam unjuran 2.8 peratus hingga 3.8 peratus tahun ini.
Namun, risiko terhadap prospek inflasi bergantung kepada perubahan terhadap dasar domestik berhubung subsidi dan kawalan harga, selain perkembangan harga komoditi global serta pasaran kewangan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata walaupun tekanan kos berkurangan, inflasi teras kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan kekal agak kukuh.
Beliau berkata, imbangan risiko kepada inflasi pula kebanyakannya terikat dengan perkembangan global.
Katanya, risiko meningkat dalam jangka terdekat termasuk harga komoditi global yang lebih tinggi berikutan konflik geopolitik, keadaan cuaca buruk susulan El Nino dan input import yang lebih tinggi di tengah-tengah susut nilai tukaran asing.
"Risiko ini boleh diimbangi oleh harga komoditi global yang rendah berikutan prospek pertumbuhan global yang lebih lemah, dan pelepasan lebih pantas permintaan terpendam domestik," katanya.
Read more: Kadar inflasi keseluruhan dijangka terus sederhana
- Details
PETALING JAYA - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati aduan dan pertanyaan mengenai kegiatan tidak berlesen serta penipuan meningkat ketara sejak pandemik Covid-19 melanda pada 2020.
Pengurus Besar Pengguna dan Pelabur SC, Jawahar Ali Ameer Ali berkata, SC telah menerima 1,799 aduan pada 2020 manakala sebanyak 3,475 aduan (2021) dan 2,461 aduan (2022).
Beliau berkata, bagi separuh pertama tahun ini pihaknya telah menerima kira-kira 1,670 aduan iaitu kira-kira 60 peratus daripada aduan yang diterima pada 2022.
Kebanyakan aduan yang diterima SC adalah berkaitan skim haram yang dipromosikan melalui media sosial, katanya kepada pemberita pada Simposium Perancangan Kewangan Tahunan anjuran Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pelaku penipuan ini lazimnya menggunakan iklan Facebook yang ditaja, laman web palsu dan mewujudkan kumpulan Telegram awam untuk mempromosikan pakej pelaburan itu yang biasanya disertakan dengan testimoni palsu, sijil yang didakwa dikeluarkan oleh pelbagai agensi.
"Pelabur yang berminat kemudiannya akan diminta menghantar mesej kepada wakil untuk mula melabur secara langsung. ‘Pelaburan’ ini biasanya menjanjikan pulangan yang tidak realistik seperti pelaburan RM300 akan mendapat pulangan ribuan ringgit dalam masa beberapa jam.
Read more: Aduan penipuan, kegiatan tidak berlesen meningkat ketara sejak pandemik
- Details
Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia MYAirline Sdn Bhd menawarkan dua pilihan perjalanan untuk penuntut di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui FLYsiswa dan Program Penuntut MYAirline.
Dalam satu kenyataan, ia berkata, inisiatif FLYsiswa Kementerian Pengangkutan memberikan baucar RM300 untuk pembelian tiket penerbangan kepada penuntut yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam di seluruh Malaysia.
"Baucar itu boleh ditebus untuk satu atau beberapa pembelian penerbangan sehingga 31 Disember 2023, dengan tempoh perjalanan sehingga akhir Mac 2024," kata syarikat penerbangan itu.
Untuk memanfaatkan inisiatif tambang penerbangan FLYsiswa, penuntut yang layak perlu mengesahkan kelayakan mereka di subsidiudara.mot.gov.my, dan terus mendaftar di halaman pendaftaran FLYsiswa MYAirline, katanya.
Read more: MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan menerusi FLYsiswa
Subcategories
Page 14 of 232