'Kurangkan makan garam, utamakan perisa asli'
- Details
08 Mac 2021
KUALA LUMPUR - Tahap pengambilan garam bagi rakyat Malaysia adalah agak tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehubungan itu berkata, bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, kementeriannya menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian.
“Antara langkah berkenaan adalah mengenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
“(Selain itu)...hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga disaran mengutamakan perisa asli dengan mengurangkan penggunaan garam, sos dan kicap dalam masakan, selain mengubah suai masakan yang lebih sihat serta kerap makan di rumah atau bawa makanan yang dimasak di rumah ke tempat kerja.
Jelas Dr Noor Hisham, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar.
“Kerjasama semua pihak amat diperlukan, dalam usaha menjayakan strategi pengurangan pengambilan garam berlebihan di Malaysia.
Come down hard on those who breach data laws, says group
- Details
March 5, 2021 11:48 AM
PETALING JAYA: A consumer group has called for stricter enforcement of data protection laws to send a message to companies that weak data security will not be tolerated.
This comes after Malaysia Airlines informed members on Monday that its Enrich frequent flyer programme had suffered a data breach through a third-party information technology service provider at some point between March 2010 and June 2019.
The information included members’ names, birthdays, gender, contact information and other details.
The carrier did not disclose how many people were impacted, but said the breach did not affect the airline’s core infrastructure and systems.
In a statement, Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) secretary-general Paul Selvaraj said the silence from the Department of Personal Data Protection, tasked with implementing the Personal Data Protection Act 2010, had been “deafening” on this and other data security matters.
“Are these companies being held responsible for data breaches or are they allowed to go free without consequences?
“If companies breaching data security are allowed to escape any consequences for their lax data security, it would only signal to other companies that there are no consequences and thus, there will be no effort to strengthen data privacy and security measures,” he said.
Selvaraj said consumers will continue to suffer unless the law is better enforced, as widespread digital use has resulted in more consumer data being collected than ever before, with some apps like MySejahtera and Selangkah becoming essential services.
Read more: Come down hard on those who breach data laws, says group
Pakej bantuan baharu dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Tengku Zafrul
- Details
Mac 6, 2021 20:09 MYT
PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan pakej rangsangan baharu dalam masa terdekat bagi membantu memulihkan sektor-sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pakej bantuan secara bersasar itu antaranya memfokuskan sektor pelancongan yang masih bergelut susulan larangan rentas negeri.
Katanya, kementerian sedang mengumpulkan data bagi meneliti individu dan syarikat yang benar-benar terkesan, ketika ini.
"Di sini kita sedang membuat perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan bersama-sama dengan kementerian-kementerian berkenaan, bagaimana kita boleh menolong terutamanya sektor yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat. Apa yang penting adalah mereka perlu 'restart', dan ada segelintir (sektor) yang tidak boleh 'restart', sebagai contoh pelancongan," katanya di sini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan laporan sorotan dan kejayaan Kementerian Kewangan sempena Setahun Malaysia Prihatin.
Tegas beliau, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menjadi tunjang utama kepada pemulihan semula ekonomi negara.
Jelas beliau lagi, cabaran utama kerajaan juga adalah untuk mengimbangi kehidupan dan nyawa rakyat.
Read more: Pakej bantuan baharu dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Tengku Zafrul
Syor teliti semula kadar faedah gadai janji, sewa beli - FOMCA
- Details
Mac 3, 2021 @ 4:26pm
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meminta kerajaan meneliti semula kadar faedah gadai janji dan sewa beli dalam suasana pandemik COVID-19 yang belum pulih sepenuhnya.
Presidennya, Prof Datuk Dr N Marimuthu, berkata pengurangan itu wajar dikaji semula memandangkan kebanyakan institusi perbankan mengumumkan keuntungan besar bagi tahun kewangan 2020.
"Pengurangan kadar faedah itu juga perlu membabitkan pinjaman kerajaan bagi membolehkan orang awam berbelanja, sekali gus memberi suntikan kepada ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, kerajaan perlu membantu keluarga berpendapatan pertengahan dan rendah yang berdepan kekangan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 dengan mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah.
Marimuthu berkata, ketika ini tidak banyak insentif dan pengurangan tarif diberikan kepada golongan berkenaan kecuali oleh sektor tenaga yang memberikan potongan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sejak PKP dilaksanakan, ramai dalam kategori ini hilang pekerjaan dan dikurangkan pendapatan tetapi masih perlu menanggung kewajipan kewangan membayar bil utiliti setiap bulan.
"Mereka juga terpaksa berdepan kenaikan harga makanan dan barangan keperluan penting," katanya.
More than 70 water vending machines in KK unlicensed
- Details
March 3, 2021 @ 4:13pm
KOTA KINABALU: Over 70 machines selling drinking water in the city here, have been found to be operating without a licence from the Health Ministry.
Sabah Community Development and People's Being Minister Shahelmy Yahya, who is also in charge of state health, said the finding was based on an operation conducted by the Ministry and District Health Department this morning.
The first operation saw officials inspecting about 100 machines.
The operation was an effort to enforce licensing on those operating such machines, as required under the Food Regulations 1985. The need for a licence was approved in 2012.
"When the Act was approved, many efforts and initiatives were carried out to ensure all machines selling drinking water obtained valid licences before operating," Shahelmy told reporters after the operation.
"Continuous awareness initiatives were carried out over the period of eight years. However, until today, of the 100 machines inspected, only 27 have a licence. Over 70 others have no licence from the Ministry," he added.
Shahelmy said the authorities would go all out to enforce the regulation, noting machines without a licence would be confiscated.
He stressed having a licence could ensure the quality of drinking water sold at the machines, noting it is everyone's responsibility to protect consumers' health.
Shahelmy also reminded the people to become a responsible citizens and play a role in breaking the Covid-19 chain of infection during the conditional movement control order.
Source: https://www.nst.com.my/news/nation/2021/03/670680/more-70-water-vending-machines-kk-unlicensed
MCMC orders communications service providers to resolve issues in high priority areas within 10 days
- Details
Wednesday, 03 Mar 2021 03:16 PM MYT
KUALA LUMPUR, March 3 — Service providers have been instructed to promptly resolve commercial negotiations within 10 business days in identified high priority areas, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said.
“The licensees had been informed earlier. This fast track process will take effect immediately from the issuance of this statement,” said MCMC. — Bernama
Guna wang KWSP untuk tujuan penting, jangan lupa ia untuk masa depan
- Details
Mac 3, 2021 08:14 MYT
LANGKAH kerajaan memperkenalkan i-Sinar yang membolehkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Pada Disember 2020, kadar pengangguran naik 4.8 peratus dan dianggarkan seramai 772,900 orang tidak bekerja.
Jadi, inisiatif kerajaan itu diharap dapat mengurangkan beban mereka yang terjejas teruk akibat kehilangan pekerjaan dan sumber mata pendapatan.
Kini, pencarum boleh mengeluarkan wang dari Akaun 1 tersebut tanpa syarat.
Perubahan syarat ini berdasarkan maklum balas rakyat terhadap inisiatif i-Sinar yang dilancarkan pada akhir tahun lalu.
Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.
Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Read more: Guna wang KWSP untuk tujuan penting, jangan lupa ia untuk masa depan
Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi - TNB
- Details
Mac 3, 2021 @ 12:00pm
KUALA LUMPUR: Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh, berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara serta kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutama ketika cuaca panas.
"Ketika cuaca panas seperti sekarang, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik akan digunakan peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya di sini, hari ini.
Ismail Lathifi berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis, ia akan diisi air yang baharu dan kompresor akan berfungsi menyejukkan air berkenaan.
Beliau berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Sementara itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna supaya menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing, selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius saja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Read more: Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi - TNB
Pembakaran terbuka dalam cuaca panas sebabkan jerebu tempatan - MetMalaysia
- Details
Selasa, 2 Mac 2021 @ 4:34 PM
Kuala Lumpur: Jerebu yang berlaku di beberapa kawasan di negara ini adalah 'jerebu tempatan' yang antaranya berpunca daripada pembakaran terbuka terutama dalam cuaca panas ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, hujan yang kurang dan aktiviti pembakaran terbuka menyumbang kepada indeks pencemaran udara yang tidak sihat seterusnya menyebabkan jerebu.
"Memang ada kena-mengena (cuaca panas), kita tidak banyak menanam (tumbuhan), sebaliknya banyak aktiviti pembakaran terbuka untuk membersihkan kebun dan sebagainya, maka ia menyebabkan jerebu tempatan," katanya menafikan ia berpunca daripada pencemaran dari negara jiran.
Beliau berkata, menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terdapat juga kebakaran di kawasan hutan simpan pada ketika ini.
Justeru, katanya MetMalaysia sentiasa menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti di luar serta minum air secukupnya.
Sebelum ini MetMalaysia memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021.
Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung.
Read more: Pembakaran terbuka dalam cuaca panas sebabkan jerebu tempatan - MetMalaysia
Lack of savings a major concern
- Details
March 2, 2021 @ 9:00am
KUALA LUMPUR: Draining retirement savings from the Employees Provident Fund (EPF) Account 1 serves to underscore how financially ill-prepared some Malaysians are for rainy days, even before the Covid-19 pandemic began.
Such a move during the pandemic would only compound the negative effects on Malaysians as they had barely enough savings in Account 1 to tide them through retirement, said the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca).
Fomca chief executive officer Datuk Paul Selvaraj, describing the situation as "dangerous", said based on reports, 67 per cent of Malaysians were unable to meet the minimum amount of RM240,000 in savings on retirement.
Some 42 per cent of Malaysians, he said, solely depended on Account 1 funds and had no other form of savings or revenue.
"While the measure to ease their financial burden now is good, it is going to be very tough on them when they hit retirement age.
"This is a dilemma as whatever savings they have will be little and may be exhausted within two to three years.
"The money channelled to Account 1 is a form of forced savings and in principle, should not be touched until one's retirement.
"However, with 30 per cent Malaysians said to have withdrawn close to all of their savings, it shows how unready we are for emergencies.
"It proves how saving for retirement is not taken seriously as the amounts are low.
"They are forced to dig into their long-term savings, which is not good, and such situations expose how it (saving for retirement) is being neglected," he told the New Straits Times.
On Saturday, EPF chief executive officer Tunku Alizakri Alias revealed in the EPF Financial Report 2020 that nearly 30 per cent of members could have taken out almost all of their Account 1 retirement savings since March last year, leaving only RM100 as part of the condition.
Page 56 of 155