PEKAN, 22 Feb — Tasik Chini berisiko kehilangan status rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).Bekas ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini berkata risiko ini tidak dapat dielak jika pembersihan tanah dan perlombongan terus dibenarkan, lapor New Straits Times.Datuk Seri Mushrifah Idris, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga berkata ia akan menjadi kerugian besar kepada negara jika status itu ditarik balik.“Status ini membolehkan kita menerima dana penyelidikan untuk membangunkan kawasan itu, termasuk mewujudkan limpahan ekonomi untuk masyarakat tempatan dan Orang Asli,” kata profesor itu.“Berdasarkan senario semasa, kita mungkin kehilangan status rizab biosfera jika tiada usaha pemulihan dilakukan. Aktiviti perlombongan perlu dilakukan secara sistematik.”Unesco menjalankan audit sekali setiap 10 tahun atas semua aspek. Audit seterusnya dijalankan bermula Mei hingga September tahun ini, melibatkan lawatan wakil agensi itu.Pada 1996, Tasik Chini menjadi tapak pertama di negara ini yang diberikan pengiktirafan berprestij itu oleh PBB, selain Banjaran Crocker di Sabah yang diterima pada tahun 2014.

DIGITAL billboards with changing images and video seen along many prominent thoroughfares are an indication of the advancement in advertising technology.These billboards project infomercials to appeal to the masses but for many, the bright lights are a distraction.For people with disabilities, such lights can trigger a reaction that is detrimental to their health.Concerns have been raised over the flashing and bright images from these videos that can potentially trigger problems among those with autism spectrum disorder (ASD) and epilepsy.“Ordinary billboards are not a problem but digital ones with videos and advertisements affect the autistic with sight sensory sensitivity.“They can become overwhelmed as they cannot process the flashing lights and some of them will scream, close their eyes and roll on the floor.

“Usually, you will see people with ASD who are sensitive to such lights wearing sunglasses and even caps. They will pull the cap over their faces when nearing anything with bright lights.“Their minds cannot process such lights well and it causes them to feel stressed,” said Feilina who has received complaints on billboards with flashing images from parents of autistic children with sight sensitivity.Katherine Ho, whose son is autistic and epileptic, said she would distract him so he does not see the digital billboards when travelling to prevent triggers that may lead to seizures.“We take precautions as advised by the doctor as my son’s sight sensitivity can trigger an epileptic attack.“He is under medication but external factors such as bright flickering lights agitate him.

I REFER to the letter urging the government to go on an aggressive campaign to educate people, particularly in rural areas, and set up multiple vaccination centres in light of a measles threat looming large in South-East Asia, “Measles threat must be dealt with swiftly” (The Star, Feb 18).In public discussions about the vaccine controversy, the parents themselves tend to be left out, so I would like to take readers through the decision-making process of one such parent. This might provide some reassurance for other parents and some issues for doctors to ponder over.I shall call the disease “Disease A” and vaccine for the disease “Vaccine A”. I won’t discuss the need for a particular vaccine, just the issue that frightens parents the most, namely severe adverse effects (AE).The human body does not ordinarily self-injure in response to external antigens. Hence, it is very unlikely that the small amount of external antigen we receive in vaccines can cause severe injury. Indeed, numerous studies have shown that vaccines are extraordinarily safe medical interventions.

The case is summed up in an article “Vaccines and Autism Revisited – The Hannah Poling Case” published in The New England Journal of Medicine, May 15, 2008.The Vaccine Injury Court (VIC) in the United States compensated this child using the Vaccine Injury Compensation Programme (VICP).However, lost in the fine print were a few details. Firstly, VICs usually depend on three conditions being fulfilled: The child was 1) vaccinated, 2) did suffer the specific injuries listed in the “Table of Injuries”, and 3) suffered injuries within the specified time frame.These courts apparently do not make the determinations of cause and effect conclusively: For example, the vaccine caused injury, or another concurrent event contributed towards injury after vaccination, or injury caused by underlying illness.In short, the court does not actually have to declare that the vaccine caused the adverse effects to award compensation.

JOHOR BARU: The Human Resource Ministry should introduce a new policy to prevent employers from hiring workers based on race and religion, says Johor Consu­merism, Human Resources and Unity Com­mit­tee chairman Dr S. Ramakrish­nan.He said it would help stop employment discrimination and promote healthier competition.“Some jobs might require certain language skills but languages can be learned, so hiring based on race and religion is very ‘un-Malaysian’.“This has been the practice in the previous administration, so we hope that with the change in the government, it should no longer be adopted,” he said yesterday.He said currently, no action could be taken by the government for job advertisement that discriminated other races.

“The most important thing is awareness. We must remember that Malaysia is strong because of its diversity and harmony,” he said.He added that in Johor, no such incident had been reported in the work market.According to the scholarship advertisement, the hospital noted that it preferred to sponsor “Chinese, Siamese, Christian and Indian applicants”.The advertisement, which came under fire from the public, was posted on the Facebook page earlier this month.It has since been deleted.But pictures of the banner with the ad were still accessible on social media.

Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.“Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang malam tadi.Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas.Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Polemik mengenai kesan sampingan vaksin virus papiloma manusia (HPV) menjadi penyumbang masalah sosial dalam kalangan isu yang diketengahkan segelintir individu dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.Pandangan pihak berkenaan dipercayai mendakwa vaksin HPV yang diketahui umum sebagai pencegahan barah pangkal rahim (kanser serviks) sebagai agenda Yahudi.Lanjutan kepada isu itu, pihak berkenaan berpendapat kesan sampingan termasuklah andaian mengenai kecenderungan remaja perempuan untuk terbabit dalam aktiviti kelamin lebih tinggi dan aktif. Selain itu mereka menyifatkan gadis yang aktif dalam aktiviti seks tidak perlu khuatir dengan jangkitan kelamin seperti HPV kerana sudah ada ubat mampu mencegah penyakit berkenaan.

Dakwaan itu dibidas Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Dr Nurul Khairiyah Khairuddin yang berkata, vaksinasi HPV itu penting dalam menjaga kesihatan wanita terutama menangani masalah kanser serviks - antara kanser yang sering dihidapi wanita seluruh dunia.Ketika ini, kanser serviks ialah kanser keempat yang paling kerap dihidapi wanita di peringkat global dengan kira-kira 270,000 kematian pesakit wanita di seluruh dunia.Di Malaysia, kira-kira 2,000 kes dilaporkan setiap tahun dan menjadi kanser ketiga yang kerap dihidapi wanita. Justeru suntikan vaksin HPV adalah satu keperluan dalam menangani masalah kanser pangkal rahim dan lain-lain dibawa oleh virus berkenaan.“Kalau dirujuk pada perkembangan terkini mengenai program vaksinasi percuma yang dilaksanakan di Australia membabitkan kanak-kanak perempuan seawal umur 12 dan 13 tahun pada sekitar 2007, ia membawa kepada penurunan drastik membabitkan HPV dalam kalangan wanita berumur 18 hingga 24 tahun.

“Kadar penurunan kes HPV sekitar 20 peratus pada 2005 menjadi kepada satu peratus pada 2015, apatah lagi apabila ia dikembangkan kepada kanak-kanak lelaki pada 2013.“Malah dengan usaha berterusan termasuk program saringan untuk wanita 25 tahun dan ke atas setiap lima tahun menjadikan negara berkenaan bakal menjadi negara pertama yang bebas kanser serviks berdasarkan tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun berdasarkan program vaksinasi HPV percuma dilaksanakan negara itu.“Rasanya itu jawapan kukuh betapa pemberian vaksin berkenaan perlu dilaksanakan seawal usia lagi iaitu dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun dalam mempersiapkan ketahanan tubuh gadis daripada menghadapi serangan virus HPV.

PEKAN: Masa depan Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan eko pelancongan semakin kelam apabila penerokaan tanah serta perlombongan di Bukit Ketaya yang berhampiran, dikesan terus berleluasa.Keistimewaan 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar yang turut menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan penangkapan ikan, turut terjejas apabila air tasik bertukar keruh.Tinjauan BH di sekitar tasik dan Bukit Ketaya semalam, mendapati penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampiran tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi menggelakkan pencemaran alam sekitar.

Difahamkan penerokaan tanah bagi perlombongan di kawasan itu bermula sejak beberapa tahun lalu, namun ia menjadi semakin parah kebelakangan ini.Berdasarkan gambar dari udara menggunakan dron diambil jurugambar mendapati, penerokaan tanah bukit yang hanya kira-kira 150 meter dari tasik jelas menunjukkan kawasan kehijauannya makin berkurangan berbanding di pintu masuk utama ke Tasik Chini melalui Lake Chini Resort.Papan tanda dipasang pada pintu masuk ke kawasan itu menunjukkan kerja melombong di Bukit Ketaya dalam Mukim Penor itu diluluskan Pejabat Tanah dan Galian Pahang pada 3 Oktober 2011.BH yang mengharungi tasik itu menggunakan bot, melihat sendiri pembukaan tanah di sekitar kawasan bukit yang semakin gondol.

FORUM Bandar Malaysia (MUF) yang berlangsung semalam dan hari ini, membuka peluang dan tanggungjawab membincangkan perancangan serta strategi penyelesaian terhadap isu masyarakat bandar masa hadapan, khususnya Kuala Lumpur.Penganjuran MUF juga wajar memberi maklum balas positif kepada Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) yang berlangsung 7 hingga 13 Februari tahun lalu, selain seiring Agenda Bandar Baharu dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030).Isu seperti perubahan suhu bandar, banjir kilat, pengurusan sisa pepejal dan kawasan hijau yang cukup untuk masyarakat bandar, perlu diberi perhatian segera untuk jangka masa panjang.Soal pemanasan bandar raya Kuala Lumpur dibincangkan sejak 1970-an. Hasil kajian perbandingan suhu bagi 1972, 1975 dan 1980 menunjukkan kewujudan pulau haba di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.Fenomena ini wujud kerana bertambahnya kenderaan berenjin, selain pertambahan kawasan perumahan dan jalan raya. Hal ini perlu diberi perhatian dan penyelesaian terbaik harus dicari.

KEGAGALAN mematuhi peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dibimbangi boleh menjejaskan sistem ekologi alam semula jadi, seandainya kerajaan negeri Kelantan tidak memberi perhatian serius terhadap pengawalan pembukaan kawasan hutan.Apa yang pasti situasi itu sudah pun berlaku sekarang apabila kesan penggondolan bukit untuk tujuan membuka kawasan pertanian selain mengeluarkan balak, keadaan air sungai seperti Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri, kini menjadi kuning sehingga spesies ikan dikatakan semakin terancam kerana air yang kotor.Keadaan itu disebabkan apabila hujan, air yang turun dari bukit turut membawa bersama lumpur dan mengalir masuk ke anak-anak sungai sebelum memasuki sungai utama yang terus ke Sungai Kelantan.Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata pembukaan kawasan hutan oleh kerajaan negeri secara tidak terkawal sekitar antara punca pencemaran kepada air Sungai Kelantan dan spesies ikan sungai menjadi semakin terancam.

Malah, sumber ikan sungai seperti kelah dan sebarau juga hampir pupus berikutan air sungai yang kotor dan berselut yang tidak sesuai untuk hidupan air berkenaan.Beliau mengakui air Sungai Kelantan lebih 25 tahun lalu bersih dan jernih bukan seperti sekarang yang kuning dan berselut yang turut menyusuri hampir semua anak sungai termasuk di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.Katanya, pembukaan Ladang Rakyat yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah juga sebahagian punca kepada pencemaran sungai di kawasan Hulu Kelantan."Penggondolan bukit seperti yang berlaku di kawasan Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang yang hampir tiada lagi hutan balak juga menyebabkan pencemaran sungai apabila hujan kerana ia membawa air berselut mengalir masuk ke anak sungai di kaki bukit berhampiran sebelum memasuki sungai utama seperti Sungai Negggiri dan Sungai Galas.

"Keadaan sekarang semakin membimbangkan dengan masalah pencemaran sungai apabila air semakin kotor dan berselut."Lebih membimbangkan ia mengundang masalah banjir besar apabila air hujan mudah mengalir masuk ke sungai tanpa halangan daripada hutan dan pokok balak."Keadaan itu boleh diumpamakan seperti kepala botak apabila disiram air, ia terus turun ke bawah tanpa ada halangan," katanya.
Mohd Rozali berkata, pembukaan kawasan hutan dan pembalakan tidak terkawal dari segi kesan kepada alam sekitar bermula sekitar tahun 1994 yang menyebabkan pencemaran sungai.Beliau berkata, sepatutnya sebaik sahaja kawasan tanah bukit digondolkan untuk mengeluarkan balak, ia perlu ditanam semula dengan tanaman menutup muka bumi terlebih dahulu untuk suatu tempoh tertentu sebelum dimajukan dengan kelapa sawit atau getah.

GUA MUSANG: Kira-kira 6,000 Orang Asli dari lebih 40 kampung di pedalaman di daerah ini berdepan kemusnahan 50 tadahan air bukit sehingga menjejaskan kehidupan mereka sejak 15 tahun lalu.Kemusnahan itu didakwa akibat daripada aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan kebun sayur tidak terkawal tanpa mempedulikan masalah air bersih dihadapi golongan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Galas, Mohd Syabuddin Hashim, berkata berdasarkan maklumat diterima, sebilangan besar tadahan air bukit yang musnah itu sukar dibaik pulih semula.Katanya, ini kerana, kawasan tadahan air bukit tiada lagi zon penampan bagi melindungi air daripada tercemar sehingga terbiar kering begitu sahaja.Beliau berkata, masalah itu tidak dapat dihalang kerana ia berada di bawah kuasa kerajaan negeri yang meluluskan kawasan untuk pembalakan dan pertanian.

“Penduduk di kampung terbabit juga sukar mencari kawasan baharu bagi mendapatkan sumber air bersih berikutan kemusnahan hutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, dekat sini, semalam.Mohd Syahbuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mengakui penduduk Orang asli juga tidak boleh menggunakan sumber air sungai kerana kotor dan berselut kesan pembukaan ladang serta kebun sayur.Beliau berkata, kemusnahan kawasan tadahan air bukit itu semakin membimbangkan selain penduduk berdepan hakisan bukit.Katanya, masalah itu sudah lama dibangkitkan penduduk Orang Asli, tetapi tidak mendapat pembelaan kerajaan dari dulu sehingga sekarang.“Kita sebagai pemimpin turut simpati dengan nasib Orang Asli yang hidup terpinggir daripada menerima kemajuan dan berdepan dengan pelbagai masalah lain selepas ini.“Apapun kita tetap mempertahankan dan mengambil perhatian diatas perkara itu kerana kita sebagai tempat mengadu,” katanya.