HARGA PETROL, KERAJAAN JIMAT RM13.7 BILION
MENAMBAHBAIKI PENGANGKUTAN AWAM 
KADAR SEMUA UTILITI PERLU JUGA DISELARAS
KENDERAAN ASING MESTI DILARANG BELI PETROLIUM BERSUBSIDI

Berkuatkuasa tengah malam 5hb Jun 2008 harga petrol dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter adalah selaras dengan usaha untuk membawa harga runcit bersamaan dengan harg sebenar barangan tersebut.

Pengguna harus menyedar bahawa petrolium sebagai saty sumber yang bukan boleh diperbaharui, perlu merancang penggunaan yang berhemah supaya pengurusan sumber ini dapat bertahan lebih lama. Juga Malaysia kini sebagai pengeluar dan pengeksport harus bersedia untuk menghadapi tahun 2014 yang dijangkakan negara perlu mengimport untuk menampung keperluan dan pada tahun 2020an menjadi mengimport sepenuhnya keperluan petrolium.

Walaupun demikian pihak kerajaan MESTI memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sarahidup ke atas pengguna dengan memastikan perbelajaan kerajaan adalah berhemah dan mematuhi ketelusan serta kebertanggungjawapan awam supaya lebih peruntukan dapat diagihkan ke sektor sosial dan ekonomi secara cekap.
Bayaran rebet tunai bahanapi tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat.

Di samping tarif TNB juga tarif dan kadar-kadar perkhidmatan Telekomunikasi, Air, Cukai Jalan, Tambang Pengangkutan Awam, Kesihatan, Pendidikan dan Perumahan harus diselaraskan supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup.

Sehubungan ini FOMCA mencadangan,

Kerajaan HARUS mengarahkan semua GLC mengkajisemula kadar-kadar perkhidmatan kepada pengguna diselaraskan supaya pengguna kecil DIKENAKAN kadar rendah dan pengguna berpendapatan tinggi dikenakan kadar lebih serta kadar berdasarkan unit masa sesaat dan sewa bulanan dihapuskan.

Kerajaan HARUS mengarahkan semua tindakan oleh bank-bank mengutamakan penjadual semula bayaran balik pinjaman ataupun penukaran kepada pinjaman bertempoh (term loan) bagi kemudahan kad kredit & over-draf yang bermasalah.

Kerajaan harus mengarahkan KWSP melalui Malaysian Building Society Bhd (MBSB) & SPNB menyediakan pinjaman perumahan kepada ahli-ahlinya dengan kadar faedah yang rendah ataupun tanpa faeda kepada golongan berpendapatan rendah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Muhammad Sha’ani b Abdullah AMP.,
Setiausaha Agung FOMCA
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Muhammad Sha’ani Abdullah di talian 013-3363647