Kenaikan perbelanjaan sarahidup akibat peningkatan harga keperluan harian seperti makanan, perkhidmatan utiliti, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, perkhidmatan pos,pengangkutan dan telekomunikasi memberi impak ke atas kehidupan rakyat.

Untuk mengatasi kesan buruk dari kenaikan harga, FOMCA merasakan masa amatlah kritikal untuk kewujudan Suruhanjaya Harga di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna sebagai agensi pusat untuk menyelaras, memantau dan mengawal harga-harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.

FOMCA memandang berat kejadian-kejadian pengambilan untung yang berlebihan di mana peniaga tidak bertanggungjawab khususnya industry makanan dan minuman, menaikkan harga berlipat ganda untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Badan mengawal harga wujud di banyak negara. Negara maju seperti United Kingdom, dan Australia mempunyai badan regulatori harga, Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Bebas untuk Harga dan Regulatori. Di negera membangun seperti di Kenya dan Jamaica badan kawalselia harga seperti Suruhanjaya Monopoli dan Harga dan Suruhanjaya Perniagaan Adil wujud lebih sedekad untuk memastikan harga perkhidmatan utiliti awam pada tahap yang berpatutan.

Singapura mempunyai Suruhanjaya Persaingan dan Akta Amalan Perniagaan Adil untuk memastikan harga dan mutu barangan dan perkhidmatan pengguna adalah berpatutan.

FOMCA mencadangkan suatu rangka-kasar penubuhan Suruhanjaya Harga untuk memantau mengawalselia harga-harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas. Suruhanjaya ini boleh ditubuhkan di bawah undang-undang seedia-ada seperti Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan atau Akta Perlindungan Pengguna. Peruntukan tambahan boleh dipinda ataupun dirangka untuk memberikan kuasa kepada suruhanjaya.

Bidangkuasa dan Peranan

  1. Suruhanjaya ini merupakan suatu badan kawalselia ekonomi bebas yang menyelia, memantau dan mengawal harga barangan dan perkhidmatan terkawal di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas badan kawalselia industry dan agensi kerajaan lain berkaitan dengan penetapan harga.
  2. Suruhanjaya akan menggalakkan kecekapan ekonomi dan kepentingan pengguna dan ekonomi Malaysia melalui kawalan ke atas amalan-amalan anti-saingan (anticompetitive) dan tindakan melalui dominasi pasaran.
  3. Menasihat kerajaan atau agensi kerajaan berkenaan isu-isu seperti menetapan harga, kecekapan pasaran, struktur industi dan persaingan.
  4. Membantu badan kawalaselia industri lain dan agensi regulatori kerajaan lain.

Suruhanjaya Harga berfungsi untuk mengawalselia perkhidmatan keperluan asas seperti air, elektrik, komunikasi, pengangkutan dan perkhidmatan pos dengan kata lain untuk industri ini ia menjadi badan bersepadu sistem kawalselia ekonomi dan perlesenan di Malaysia termasuk harga dan tahap kualiti perkhidmatan. Mekanisme kawalselia harga baran-barang keperluan akan di kajisemula dan diselaraskan dengan fungsi Suruhanjaya Harga.

Tujuan Khusus

Tujuan khusus Suruhanjaya Harga akan berbeza mengikut rangka kawalselia yang kini wujud untuk mengawalselia industri berkenaan. Bagaimanapun, secara amnya tujuan suruhanjaya adalah,

  • Menggalakkan suasana kawalselia harga yang stabil.
  • Menggalakkan persaingan (atau mengaruh kesan ke arahnya) di kalangan pembekal/penyedia baranagn dan perkhidmatan keperluan.
  • Melindungi pengguna dengan memastikan kemampuan untuk membeli, mutu dan keyakinan ke atas pembekal/penyedia barangan dan perkhidmatan keperluan asas serta mengambilkira impak sosial akibat dari tindakanya.
  • Memantau pematuhan industri ke atas kewajipan dan syarat-syarat lesen.
  • Memantau tahap persaingan dan ketelusan pasaran dalam ekonomi.
  • Memastikan pengguna yakin ke atas ketepatan maklumat yang mereka terima untuk membolehkan keputusan pemilihan dengan penyebaran maklumat harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas secara berkala.
  • Memastikan pembekal/penyedia barangan dan perkhidmatan keperluan asas dihindar dari mengambil untung keterlaluan melalui mekanisme kawalselia dan amalan perniagaan adil.
  • Mentadbir undang-undang lain yang berkaitan yang diturunkuasa kepada suruhanjaya.
  • Suruhanjaya Harga tidak tertakluk kepada kuasa mutlak mana-mana Kementerian. Ini adalah untuk memastikan Suruhanjaya Harga dapat melaksankan tujuannya secara rasional, objektif dan keputusan tidak dipengaruhi mana-mana pihak luar.

Bidangkuasa Suruhanjaya
Suruhanjaya Harga akan kawalselia semua harga-harga barngan dan perkhidmatan keperluan asas termasuk,

Barangan
1. Barangan keperluan asas di bawah mekanisme kawalan harga yang tersedia wujud. Penambahan barangan lain akan diputuskan oleh suruhanjaya berdasarkan keperluan
masa ke semasa.

Perkhidmatan
1. Air
2. Elektrik
3. Perkhidmatan Kesihatan dan perubatan
4. Pengankutan awam
5. Perkhidmatan pos
6. Perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia

Komposisi Perwakilan
Untuk memastikan keadilan, saksama dan kecekapan, perwakilan dalam suruhanjaya yang samarata dari perlbagai pihak berkepentingan (stakeholders) adalah penting. Suruhanjaya Harga harus merangkumi perwakilan tiga pihak dari agensi kerajaan, industri dan pertubuhan sosial seperti pergrakan pengguna untuk mewakili suara orang awam.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA