Seksyen 45, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Pindaan 2003) memberi kuasa kepada Menteri ”membuat peraturan-peraturan sedemikian yang suai manfaat atau perlu bagi maksud memberikan kuat kuasa penuh kepada Akta ini, atau bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini.
Seksyen 12 merujuk kepada “Kadar Keuntungan” dan ia menyatakan ”(1) Seseorang pemegang lesen boleh mengambil keuntungan atas sesuatu pinjaman yang diberikan atas sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan dengan cara caj mengikut apa-apa kadar yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan tidak boleh meminta atau mengambil apa-apa keuntungan yang lebih daripada kadar yang ditetapkan itu, atau tidak boleh meminta atau mengambil apa-apa jua jumlahwang berkenaan dengan sesuatu pemajakgadaian selain keuntungan itu.”.
Perlu diambil perhatian bahawa “Kadar Keuntungan” ditetapkan oleh Menteri dan bukan oleh kuasa pasaran seperti permintaan dan penawaran. Adalah menjadi tanggungjawab pihak Menteri untuk menetapkan satu “Kadar Keuntungan” yang berpatutan kepad pengguna supaya tidak menjadi beban ke atas pengguna kemudahaan berbentuk kredit mikro rata-rata kepada golongan miskin dan kurang pendidikan.
KENAPAKAH “Kadar Keuntungan” TERTALU TINGGI
Persatuan Pengguna Perak (PCA) dan FOMCA menyoal kepada pihak kerajaan apakah kewajaran menetapkan “Kadar Keuntungan” tidak ditetapkan pada satu peratus sebulan tetapi dua peratus sebulan, suatu kadar yang terlalu tinggi.
Kadar DUA peratus sebulan bersamaan dengan 24% setahun. Ini merupakan kadar 2 kali ganda kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank komersil di Negara ini. Satu peratus sebulan bersamaan 12% mencerminkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank-bank komersil.
Mengapakah masyarakat miskin yang tidak layak dan sukar untuk memperolehi kemudahan pinjaman dari bank-bank komersil dibebani kadar faedah yang 100% lebih daripada kadar faedah bank komersil.
Barangan yang dicagar oleh pengguna untuk pinjaman hanya 30% daripada nilai barangan dipinjamkan, tiada risiko bagi pemberi pinjaman pajak gadai. Itupun penilaian ditentukan sendiri oleh pihak pajak gadai menjadi kelebihan kepadanya. Dalam segala kedudukan terselamat pihak peminjam ditindas dengan kadar yang teramat tinggi.
Juga mengikut Seksyen 8 Akta ini, permohonan lessen pajak gadai di bawah Peraturan-Peraturan yang ditetapkan oleh Menteri melalui proses bidaan. Ini juga menjadi kos kepada pemegang pajak gadai yang akan dikira untuk mewajarkan “Kadar Keuntungan” dan bayara-bayaran perkhidmatan lain. Ini berbanding dengan perkhidmatan kewangan lain kos perlesenan tidak harus menjadi suatu punca pendapatan dalam hal perkhidmatan pajak gadai kerana ini menjadi satu kemudahan kepada masyarakat miskin yang terdesak dan memerlukan bantuan segera dan mudah.
BERTENTANG DENGAN AKTA PEMINJAM WANG 1951 yang menetapkan bahawa pinjaman terjamin (secured loan) kadar faedah tidak boleh melebihi satu peratus sebulan dan pinjaman tidak terjamin (unsecured loan) kadar faedah tidak boleh melebihi satu setengah (1½ %) sebulan. Ini bermakna penetapan “Kadar Keuntungan” oleh Menteri bagi AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972 adalah tidak sah dan melanggar peruntukan AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972.
Oleh kerana penetapan “Kadar Keuntungan” adalah kuasa Menteri, maka bukan suatu proses yang sukar untuk membetulkan ketidakadilan dengan segera supaya pengguna yang bergantung kepada kemudahan ini tidak terus ditindas dengan keengganan pihak Menteri Perunahan dan Kerajaan Tempatan walaupun amat sedar tentang kepincangan ini.
Juga usaha-usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan mikro kredit kepada golongan berpendapatan rendah akan tercapai menggunakan kemudahan yang tersedia wujud di seluruh Negara TANPA peruntukan dana kerajaan.
Mr. ABD.RAHMAN SAID ALLI, President, Perak Consumers' Association (PCA) 012 5880730
Mr. MUHAMMAD SHA’ANI BIN ABDULLAH, Secretary General, Federation of Malaysian Consumers Associations
(FOMCA) 013-3363647