PENGENALAN - Subsidi merupakan imbuhan kewangan (seperti potongan cukai atau rebet duti) ataupun bantuan kewangan (seperti geran tunai atau pinjaman faedah rendah) disediakan oleh kerajaan untuk,

  1. menyokong sesuatu aktiviti ekonomi, seperti eksport
  2. mengekalkan harga keperluan asas pada paras rendah (gula, tepung, petrolium)
  3. mengekalkan pendapatan pengeluar-pengeluar hasil kritikal atau stratejik (padi)
  4. mengekalkan tahap pekerjaan
  5. menggalakan pelaburan untuk mengurangkan penganguran (insentif pelaburan).

Ciri asas subsidi adalah untuk menurunkan harga pasaran di bawah paras kos pengeluaran. Ia juga diistilahkan sebagai subvention.

Sumbangan tidak langsung syarikat-syarikat kepada kakitangan seperti sajian makanan pada harga murah dan pengangkutan percuma dinamakan faedah (benefit).

BARANGAN BERSUBSIDI

Kini barangan keperluan pengguna berikut diberi subsidi oleh kerajaan untuk mengekalkan harga pada paras harga kawalan,

  1. Petrol Premium RON 97
  2. Diesel
  3. Gas Petroleum Cecair (LPG)
  4. Gula kasar
  5. Tepung Gandum
  6. Minyak masak Olein Tulen
  7. Minyak masak Campuran
  8. Beras Super Tempatan (ST)

Objektif penetapan harga kawalan kepada barang-barang keperluan harian adalah untuk menjamin kemampuan semua pengguna domestik memperolehi keperluan harian dengan mudah.

Harga kawalan diujudkan melalui Akta Kawalan Harga 1946 dengan suatu mekanisme di mana perbezaan antara harga kawalan dan harga pasaran dunia ditampung oleh kerajaan dalam bentuk subsidi kepada pembekal/pengimport barangan berkenaan.

KESAN SUBSIDI

Amnya kesan subsidi adalah pengurangan harga, Pn dan peningkatan permintaan, Qn di pasaran.

 


Mekanisme subsidi untuk menetapkan harga barangan sebagai satu cara meringankan beban kos sara hidup adalah suatu strategi jangka pendek. Langkah-langkah jaringan perlindungan sosial lain seharusnya dilaksanakan untuk mengambilalih mekanisme subsidi.

Pengekalan mekanisme subsidi kepada barangan pengguna telah meningkatkan peruntukan kerajaan untuk membiayai seterusnya dengan pelbagai ketirisan dan kegiatan tidak bertanggungjawab oleh sektor bukan sasaran.

Harga bersubsidi adalah untuk pengguna domestik tetapi kini sektor komesil serta industri kecil dan sederhana juga mengambil peluang untuk memperoleh bekalan untuk operasi pengeluaran pada harga bersubsidi.

Gas Petroleum Cecair (LPG) – digunakan dengan meluas oleh kedai-kedai makan, restoran dan kilang bagi operasi jentera 'fork-lift' kerana penguatkuasaan adalah sukar untuk memastikan sektor komersil meperoleh bekalan pada harga komersil sepertimana ditetapkan.

Petrol Premium RON 97 dan Diesel – penggunaannya oleh pemilik kenderaan persendirian semakin meningkat tanpa had. Harga yang rendah juga tidak menggalakan penjimatan ataupun kecenderungan untuk memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Manfaat subsidi ini dinikmati oleh pengguna yang menggunakan bahanapi yang banyak dan golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan tidak mendapat manfaat langsung. Perbezaan harga yang tinggi antara negara-negara jiran menggalakan penyeludupan yang memerlukan lengkah-langkah pencegahan yang menaggung kos tambahan.

Gula kasar bersubsidi juga untuk kegunaan isirumah tetapi pihak komesil dan IKS turut menggunakan untuk pengeluaran untuk penghasilan bukan eksport. Bagaimanapun ini sukar untuk disekat dan permintaan semakin meningkat saban tahun.

Tepung Gandum pada harga bersubsidi turut digunakan oleh IKS dan semakin meningkat penggunaan.

Minyak masak Olein Tulen dan Minyak masak Campuran, juga digunakan oleh sektor komersil termasuk kedai-kedai makan dan restoran. Minyak masak 5 kg dan kurang diberi subsidi untuk kegunaan domestik tetapi kini hampir tiada pengeluaran produk ini dalam pek lebih 5 kg menunjukkan bahawa adalah sukar untuk mengawal perolehan produk-produk yang ditetapkan dwi-harga yakni harga pengguna dan harga komersil/pasaran.

Beras Super Tempatan (ST) juga menjadi rebutan pihak IKS dan komersil di mana anggaran subsidi untuk keperluan golongan berpendapatan rendah adalah sekitar RM6 juta sebulan berbanding dengan pembiayaan lebih RM50 juta pada masa sekarang.

KELESTARIAN MEKANISME SUBSIDI

Objektif pemberian subsidi untuk meringan kos sara hidup tidak dicapai kerana golongan saran tidak memperoleh manfaat berbanding dengan jumalh nilai yang dibelanjakan untuk tujuan ini.

Pengekalan dan penetapan harga pada harga yang rendah bagi bahaapi menggalakan pembaziran dan serta ketirisan dalam bentuk penyeludupan yang memerlukan pembiayaan tambahan untuk dikawal.

Penggunaan barangan bersubsidi oleh sektor komersil dan IKS menimbulkan kejanggalan (anomaly) pada ekonomi di mana kos sebenar tidak diambilkira dan pembiayaan subsidi dinikmati oleh pengguna di luar negara bila barangan buatan menggunakan input bersubsidi dieksport.

Harga barangan yang akan terus meningkat akibat peningkatan kos dan kekurangan sumber/bekalan yang terdedah kepada kesan-kesan cuaca dan iklim memerlukan ekonomi negara menyesuaikan kepada keadaan kos perolehan semasa supaya pengguna membayar keperluannya.

Sebagai negara pengeksport barangan petroleum, pengguna negara ini tidak bersedia untuk keadaan bila mana sumber ini kehabisan dan terpaksa mengimport untuk memenuhi keperluan nanti. Ini merupakan tanggungjawab sosial setiap orang rakyat untuk memastikan sumber bekalan ini dapat dinikamati oleh generasi akan datang dengan selesa.

Pengekalan harga-harga barangan pada tahap yang rendah juga tidak menjadi insentif kepada pengeluaran domestik di mana negara bergantung kepada pengimpotan keperluan makanan dan bahanpai.

Keadaan ini juga tidak membolehkan usaha-usaha inovasi dan penciptaan teknologi baru yang dapat mengujudkan gantian kepada sumber-sumber asli yang  tidak bolehdibaharui (non-renewbale).

PENDIRIAN FOMCA

  1. Berbanding dengan jumlah pembiayaan hampir 5% daripada KDNK dan manfaat positif dan negatif akibatnya adalah wajar subsidi kepada barangan keperluan pengguna harus dikurangkan secara berperingkat.
  2. Perencanaan dan perlaksanaan jaringan perlindungan sosial harus seiringan dengan pengurangan subsidi harga barangan pengguna kepada sektor sosial yakni,
    • a.    Pengangkutan awam       - capaian dan kecekapan perkhidmatan.
    • b.    Pendidikan        - capaian peluang pendidikan dan kemudahan jalur lebar.
    • c.    Perumahan        - pemilikan perumahan berkualiti dan pembiayaan mudah.
    • d.    Kesihatan        - capaian perlindungan kesihatan sejagat.
    • e.    Utiliti asas         - kesihatan umum, kemudahan riadah & sukan
  3. Sambil pembiayaan subsidi dikurangkan untuk mengurangkan defit bajet kewangan negara pihak kerajaan juga mesti mengutamakan menerapan amalan-amalan urus tadbir baik (good governance) ke arah meningkatkan kecekapan kewangan dan mengelakkan pembaziran.