Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) sedang melaksanakan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai SWITCH!. Baru-baru ini beberapa program telah dijalankan di sekolah-sekolah untuk mendidik para pelajar supaya menggunakan tenaga dengan cekap. Pelajar-pelajar telah mengambil inisiatif untuk membuat audit tenaga di rumah masing-masing dan menghantarnya kepada WECAM untuk mengesahkan kaedah mereka, kata Piarapakaran Subramaniam, Setiausaha Agung, WECAM.

Kalkulator Audit tenaga (seperti dalam rajah di bawah), kini menjadi alat bantuan kepada pengguna untuk mengenal pasti jenis peralatan elektrik yang banyak menggunakan tenaga di rumah mereka.

Melalui kaedah ini, pengguna dapat mengurangkan penggunaan elektrik secara teratur dan tidak menganggu keselesaan mereka. Kempen SWITCH! Dilaksanakan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh WECAM. Ia bertujuan untuk mencapai objektif pengurangan penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam jangka panjang. 

Piarapakaran juga berkata, ramai syarikat dan orang perseorangan telah membuat akujanji di laman web SWITCH! untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

WECAM juga akan melancarkan beberapa siri penerbitan yang berkaitan dengan kecekapan tenaga serta panduan pengguna yang lebih praktikal, katanya lagi. Para pengguna boleh melayari laman web SWITCH!, www.switch.org.my untuk mengetahui program SWITCH! di kawasan mereka.

PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM