KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dinasihatkan merujuk kepada Kementerian Luar berkenaan maklumat pekerjaan sebelum menerima tawaran bekerja di luar negara, kata Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negeri, Mohd Adli Abdullah.Beliau berkata kementerian sering menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak terperdaya dengan tawaran gaji yang tinggi untuk bekerja di luar negara.“Bagi kes di Kemboja yang berlaku baru-baru ini, mereka ditawarkan gaji tiga kali ganda iaitu US$1,200 hingga US$1,500 dolar sedangkan kebiasaannya gaji sebagai tukang masak atau pekerja hotel hanya ditawarkan US$300 hingga US$400 dolar sahaja.
Rujuk Kementerian Luar sebelum terima tawaran kerja luar negara
- Details
- Written by AdminKini
- Category: Isu Umum
- Hits: 706