Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utiliti. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertentuan rumah lah jadi mangsa.Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.
Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilikmembuka akaun khas untuk penyewa. Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.
Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:
1. Tamatkan bil elektrik atas nama tuan rumah di mana-mana cawangan TNB berdekatan. Untuk proses penamatan ini, pemilik perlu membawa MyKad dan Surat pengesahan No.Akaun bank tuan umahbagi tujuan pemulangan deposit yang telah dibayar dari TNB
2. Kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
a) Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tuan Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula
b) Sesalinan MyKad Penyewa.
c) Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.
d) Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
e) Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.
3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa. Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.
4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.
5. Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.
Nota: Jika ada tunggakan, tuan rumah perlu jelaskan disebabkan bil terdahulu di atas namapemilik. Dengan skim ini, tuan rumah tidak perlu mengambil deposit bill elektrik dari penyewa .baru.