Sehari selepas mengumumkan bahawa lebih 150 kenderaan yang diklon berjaya disita, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad menegaskan plhaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi rampasan kcnderaan mewah diklon dalam tempoh terdekat. JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan menjalankan operasi besar-besaran di seluruh negara selepas ini. Sudah sampai masanya agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan JPJ mengambil langkah segera lagi holistik bagi menghapuskan isu kenderaan klon.
Operasi Berterusan
Kita harus menghargai kejayaan yang dicapai oleh SPRM dan JPJ di mana menurut laporan media, sehingga 23 April, 171 kenderaan disita. Tahniah dan syabas. Tetapi Jangan berhenti di sini.
Operasi bersepadu bersama semua agensi wajar diadakan. JPJ dilaporkan sudah menggerakkan siasatan di semua negeri dengan kerjasama SPRM untuk mendapatkan maklumat berkaitan. FOMCA sebenarnya dari semasa ke semasa menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada membeli dan menggunakan kenderaan yang diklon. Pendedahan SPRM dan JPJ ini satu lagi contoh di mana orang ramai mudah terpengaruh dengan tipu helah kumpulan peniaga kereta terpakai yang tidak bertanggungawab, yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan mudah. Pembeli pula mahu mendapatkan kereta murah tanpa berfikir panjang mengenai risiko.
Nampaknya masih ada pengguna yang belum belajar daripada pengalaman lama, pengalaman orang Iain. Golongan ini hanya memikirkan faedah jangka pendek. Tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Tidak mungkin kita boleh dapat kereta terpakai atau lusuh dengan harga yang murah. Syarat yang dikenakan menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Difahamkan kereta klon ini boleh dibeli antara RM10,000 hingga RM30,000. Maklumat yang diperolehi dari Facebook dan blog menunjukkan bahawa modal perniagaan hanya bersandarkan wang tunai. Harga jualan 60 hingga 70 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Jika demikian keadaan mengapa ada pihak yang hendak membeli kereta murah tanpa berfikir mengenai risiko.
Sementara FOMCA menyambut baik tindakan tegas SPRM dan JPJ yang merampas dan menyita kenderaan klon ini, FOMCA juga berharap SPRM dan JPJ akan memperluaskan operasi mereka demi kepentingan rakyat khususnya pengguna jalan raya. FOMCA memandang serius kewujudan kereta diklon di atas jalan raya kerana ia boleh mengakibatkan banyak isu dan risiko. Penggunaan kenderaan diklon ini, yang tidak memiliki cukai jalan tulen dan perlindungan insurans, boleh mengakibatkan kerugian kepada pemandu, penumpang dan orang ramai.
Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan pemeriksaan dan operasi demi keselamatan orang ramai. Kita tidak mahu pihak yang tidak berdosa dan bersalah memikul impak akibat perbuatan pihak yang mem beli kenderaan murah tanpa dokumen yang sah. Tindakan tegas perlu dikenakan tegas ke atas mereka yang menggunakan kenderaan klon. Pemilik dan pemandu kenderaan diklon wajar dilarang sama sekali daripada memandu atau lesen mereka digantung seumur hidup.
Elak Kerugian
Selain menyelamatkan pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai, tindakan bersepadu JPJ dan SPRM juga mampu mengelakkan kerugian di pihak pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya. Berdasarkan sekitar 160 kenderaan yang dirampas, kerajaan dikatakan mengalami kerugian sekitar RM7 juta.
Ada maklumat yang mengatakan jumlah itu mencecah satu jumlah yang besar. Sebanyak 153 kenderaan terbabit disita di Terengganu. Belum lagi termasuk negeri lain.
JPJ harus meningkatkan penguatkuasaan undang-undang kerana penggunaan kereta klon adalah berbahaya kerana tidak dilindungi insurans kerana dokumentasi kenderaan adalah palsu. Diharap SPRM juga, yang bukan sahąja menjalankan kerja siasatan, akan mengemukakan syor melalui Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud.
JPJ harus memastikan tidak ada pihak dalaman yang mungkin bersekongkol dengan sindiket atau mana-mana pihak Iain. FOMCA menyambut baik jaminan awal Ketua Pengarah JPJ dalam soal ini di mana beliau tidak akan berkompromi jika ada orang dalam dikesan terlibat. Dari segi ekonomi sindiket kenderaan klon ini juga membunuh industri kereta mewah yang beroperasi mengikut undang-undang.
Memandangkan SPRM terbabit dalam operasi ini, kita boleh memupuk budaya berintegriti. SPRM ada ke pakaran dan pengalaman dalam aspek ini, Agensi penguat kuasa seperti JPJ boleh memanfaatkan FOMCA juga akan melancarkan kempen ke arah itu.
PRESIDEN GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA) DAN AHLI PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Sumber : Berita Harian – Rencana – (Selasa, 28 April 2015)