Pengurangan subsidi untuk gula dan penarikan ke atas roti putih adalah proses untuk membawa urus tadbir kewangan negara supaya perbelanjaan awam belih berkesan membantu golongan yang disasarkan dan negara tidak terperangkap dalam perangkap sepertimana berlaku bila harga petroleum melonjak naik mulai pada tahun pertengahan 2007 sehingga melebih 100 dolar Amerika pada pertengahan 2008.
Risiko perubahan harga ke atas barangan lain seperti makanan memang tinggi dan tahap kebergantungan Malaysia untuk keperluan makanan kepada bekalan import mewajarkan supaya harga runcitan menyamai harga pasaran supaya negara tidak terperangkap dalam keadaan untuk menanggung subsidi yang tinggi bila harga melonjak.
Bukan perangkap harga pasaran yang menjadi keutamaan dalam perlunya pengurangan dan akhirnya penghapusan subsidi tetapi tujuan pemberian subsidi untuk membantu golongan berpendapatan rendah tidak dicapai malah subsidi menjadi manfaat besar kepada golongan berkemampuan dan sektor komersil. Perbezaan harga barangan yang amat tinggi berbanding dengan negara-negara jiran juga menggalakan kegiatan penyeludupan. Barang-barang buatan menggunakan input barangan bersubsidi seperti gula, tepung, gas asli dan minyak masak menambah keperluan subsidi oleh kerajaan.
Pemberian subsidi memberi satu tanggpan keselesaan ekonomi yang palu. Ia juga memberikan perangkaan inflasi yang tidak benar kerana menggunakan harga bersubsidi (walaupun harga di pasaran adalah melebihi harga kawalan) tanpa mengambilkira kos sebenar dan harga yang menambahkan tanggungan kepada pembayar cukai.
Subsidi kepada harga barangan tidak memberi kesan gandaan kepada ekonomi negara kerana dibayar terus kepada pembekal. Subsidi juga tidak mencapai objektif untuk memabantu golongan miskin ataupun yang memerlukan bantuan dari segi pendapatan tambahan malah mereka yang menggunakan atau membeli kuantiti yang lebih tinggi akan menikmati bantuan subsidi yang tinggi. Kuantiti subsidi juga tidak mentermah kepada suatu nilai bantuan yang bermakna contohnya subsidi gula di mana kuantiti penggunaan yang rendah tidak signifikan dalam perbelanjaan bulanan. Maka nilai subsidi yang disalurkan juga boleh disalahgunakan oleh pihak komersil untuk dieksport. Subsidi adalah tidak mapan dalam jangka panjang bagi ekonomi negara dan harus dikurang secara berperingkat supaya kos pengeluaran sebenar.
Kenapakah seorang yang mampu memiliki kereta mewah berkapasiti 3.0 liter yang menggunakan bahanapi yang tinggi harus diberi subsidi sama seperti seorang menggunakan kereta kapasiti 1.0 liter? Dalam keadaan ini golongan yang menikmati subsidi adalah bukan sasaran yang ditujukan oleh mekanisme subsidi harga barangan.
Program perlindungan jaringan sosial berasaskan kawalan harga barangan juga tidak menggalakkan pengeluaran domestik kerana pengeluar dan pembekal tidak dapat berdaya maju pada harga yang ditetapkan wal hal harga input tidak terkawal dan banyak disumberkan melalui import. Keadaan ini semakin mengalihkan pengeluaran ke negara-negara berkos rendah mengakibatkan kebergantungan negara kepada importan untuk keperluannya. Ini juga tidak sehaluan dengan usaha untuk membawa negara ke tahap negara ekonomi tinggi.
Maka kerajaan harus menjelaskan kepada rakyat bahawa kewajaran penghapusan subsidi serta peralihan mekanisme perlindungan sosial yang lebih berkesan melalui penambahan peruntukan kerajaan yang dijimatkan melalui pengurangan subsidi kepada sektor sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam serta keperluan harian bagi golongan berpendapatan rendah dan mudah miskin.
Program-program baru harus disegerakan supaya hasrat kerajaan benar-benar difahami dan yakini rakyat. Program seperti mekanisme subsidi harga petroleum juga haruslah mudah dan tidak menimbulkan kejutan kepada rakyat dari segi peningkatan kos sara hidup dan tidak menimbulkan ketidakpuasan di kalangan rakyat. Mungkin masih akan berlaku ketirisan dalam mekanisme baru akan tetapi sambil bertindak tegas ke atas mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga melucutkan kelayakan menikmati subsidi, penjimatan subsidi yang tinggi harus diutamakan.
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
莫哈末沙尼阿都拉
Ketua Eksekutif / Chief Executive / 首席執行員
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre (NCCC)
全國消費者投訴中心