Dalam senario tenaga di Malaysia, sector ini terbahagi kepada pelbagai cabang. Ini menyebabkan kesukaran pelaksanaan dan reformasi dasar. Sebagai contoh, Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan di Sabah dan Sarawak. Kewujudkan ST adalah penting supaya wujud satu pasaran tenaga yang adil.
Sepeti yang kita ketahui, kekurangan bekalan elektrik di Sabah adlah disebabkan perancangan dan penguatkuasaan yang tidak cekap. Dalam pada ini, pihak ST dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta pihak-pihak yang berkepentingan sedang mengatasi masalah ini melalui kaedah-kaedah berikut:
- 20 set penjana bergerak 1MW telah dipasang dan beroperasi
- Tambahan 20 penjana bergerak 1MW akan dibeli dan dipasang
- Projek Ranhill Powertron II (190 MW) akan bermula pada 2010
- Projek SPR (100 MW) sedang diusahakan oleh kerajaan
- Projek Petronas 300 MW Kimanis yang dijadualkan pada 2012
- Liwagu hydro project (175 MW) in planning
- Loji Arang batu (300 MW) dalam perancangan
- Projek hidro Padas (300 MW) dalam perancangan
- Penambahbaikan sistem grid di Sabah
ST dan kementerian akan mengambil beberapa langkah tambahan untuk memastikan Sabah mempunyai bekalan yang mencukupi untuk jangkamasa yang panjang. Walau bagaimanapun, ramai yang melihat ini sebagai langkah tergesa-gesa. Sabah dan Sarawak mesti menerima ST sebagai agensi penguatkuasa supaya industri tenaga berkembang pesat, memenuhi permintaan pengguna dan membekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik.
Sebagai persatuan pengguna, kami menyeru pengabungan semua sector berkaitan dengan tenaga dibawah satu sektor. Ini termasuk sumber-sumber tenaga, pengubahan dan penggunaan. Pasa masa sekarang, sektor tenaga terbahagi kepada eksplorasi, pemasaran bahan api, tenaga elektrik, pengangkutan dan banyak lagi. Setiap satu pembahagian ini adalah di bawah bidang kuasa agensi-agensi berlainan.
Penguatkuasaan, standard, dan tariff perlu dilaksanakan dengan lebih strategik dan telus. Sebagai contoh, satu zon pemampan diperlukan untuk mengurangkan impak perubahan harga baha api. Ini boleh dilakukan melalui satu dana yang mengurangkan impak kenaikan harga dan memberikan masa untuk pelarasan harga pasaran. Kaedah sebegini juga digunakan dibeberapa negara.
Kerajaan patut memahami hakikat bahawa tenaga adalah isu keselamatan Negara dan pengabunggan sektor ini akan membantu Malaysia menjadi lebih cekap tenaga dan memanjangkan hayat sumber asli negara kita. Masa depan di tangan anda.
PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)