22hb Disember 2009 - Akhir-akhir ini banyak diperkatakan berhubung penghapusan subsidi kepada barang keperluan pengguna oleh kerajaan. Walaupun subsidi kepada barang keperluan pengguna diberikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup tetapi ia tidak membantu golongan berpendapatan rendah. Subsidi ini hanya memberi manfaat kepada mereka-mereka yang menggunakan barangan tersebut dengan kuantiti yang banyak seperti golongan kaya dan sektor komersil.


Bagi pertrolium goolongan yang menggunakan kederaan mewah dan berkapasiti tinggi akan memperoleh subsidi banyak. Juga pembuat biskut dan bahan makanan menggunakan gula akan menikmati subsidi kepada gula. Pihak restoran dan kilang meehoon mengambil kesempatan untuk merai keuntungan tinggi menggunakan beras Super Spesial Tempatan 15% yang mendapat subsidi kerajaan. Kecenderungan pihak komersil untuk menggunakan bekalan ataupun punca sumber input yang murah juga mengekang bekalan kepada golongan sasaran bergantung keada barangan pengguna yang diberi subsidi.

Selain itu perbezaan harga barangan bersubsidi yang nyata antara negara-negara jiran juga menggalakan kegiatan penyeludupan oleh pihak-pihak yang ingin merai keuntungan dengan mudah kerana kesukaran untuk memantau dan mengawal kegiatan ini.

Adalah wajar peruntukan kerajaan yang disalurkan sebagai subsidi didihapuskan secara berperingkat untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan. Tindakan ini harus seiring dengan perlanksanaan pembiayaan sektor sosial seperti pendidikan, perumahan, kesihatan, pengangkutan awam, perkhidmatan kerajaan tempatan dan utiliti awam.

Pembiayaan kerajaan kepada sektor-sektor ini sukar disalahgunakan seperti biasiswa, tambang bas, harga rumah, kos perubatan dan kesihatan kerana penggunaan adalah atas keperluan yang dapat dikawal. Pengurangan dan pengecualiaan kos kemudahan sosial ini akan secara langsung mengurangkan kos sara hidup rakyat yang dapat menampung kos keperluan harian lain secara keseluruhannya.

Bagi golongan berpendapatan rendah saraaan-hidup harus diberikan di samping sokongan ke arah meningkatkan keupayaan ekonomi untuk berdikari diteruskan.

Maka penghapusan subsidi kepada harga barangan pengguna bukan dijadikan satu penjimatan kerajaan tetapi harus disalurkan kepada sektor sosial supaya benar-benar membantu rakyat menghadapi kos sara-hidup yang meningkat terus.