GST - Kesannya Kepada Pengguna
GST - bukan penentu utama harga.
Pengguna perlu manfaat panduan beli-belah disedia kerajaan
Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 menimbulkan pelbagai reaksi. Perkara yang membimbangkan orang ramai adalah kenaikan harga barang yang melampau. Bagaimana orang ramai patut menggunakan hak mereka apabila berdepan dengan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga daripada paras sepatutnya? Ikuti temu bual wartawan BH, Mahanum Abdul Aziz dan Luqman Arif Abdul Karim bersama Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj bagi mengupas persoalan ini.
Apakah perkara yang menjadi kebimbangan pengguna berikutan pelaksanaan GST?
Perkara pertama adalah kenaikan harga terutama di tengah-tengah suasana peningkatan kos sara hidup ketika ini. Ada dua jenis kenaikan harga berikutan pelaksanaan GST. Pertama, disebabkan GST dan kedua berikutan aktiviti pengambilan untung berlebihan. Kebimbangan kami adalah peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga melebihi paras sepatutnya.
GST
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Muat Turun untuk maklumat lanjut