Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:
Peranan Penyewa (Pengguna)
- Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
- Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
- Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
- Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
- Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
- Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
- Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Hak Penyewa (Pengguna)
- Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian
- Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang ditandatangani
- Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada pemunya (jika ada)
- Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
- Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
- Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula milikan
- Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil milikan oleh pemunya
- Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.
- Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
- Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh pemunya
- Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
- Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran yang sepatutnya
- Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)
Peranan Pemunya (Bank)
- Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan butiran maklumat
- Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis
- Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
- Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
- Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
- Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
- Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
- Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
- Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan
- Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
- Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah bagi caj-caj terma
- Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di bawah Peraturan
- Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
- Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah
Hak Pemunya (Bank)
- Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
- Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat tempat barang diambil
- Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual Kelima diberikan kepada penyewa
- Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut
- Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
- Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
- - Melakukan pelupusan secara fraud
- - Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
- - Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
- Berhak mengutip deposit minimum:
- - 10% secara tunai termasuk fi tempahan
- - Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang
Peranan Penjamin
- Menjadi penjamin kepada penyewa
- Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
- Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan
Hak Penjamin
- Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa
- Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh pemunya atas jaminan
- Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa Beli
Hak Penjual
- Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada tempahan.
Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)