Kebocoran paip air sememangnya mendatangkan masalah dan kerugian kepada pengguna. Lebih-lebih lagi jika kebocoran paip air berlaku tanpa disedari oleh pengguna seperti kebocoran paip di bawah tanah atau di dalam dinding rumah.  Keadaan akan bertambah buruk jika air tersebut mula masuk ke dalam rumah daripada celah-celah lantai, dinding atau siling rumah. 

Bagi yang tinggal di rumah teres atau bertingkat, kebocoran paip air bukan sahaja akan memberi kesan kepada pemilik kediaman, malah ia juga akan menjejaskan pemilik kediaman yang berjiran dengan pemilik. Jika tidak ditangani segera, ia boleh menjejaskan keselamatan pemilik kediaman, menyebabkan kerosakan perabot, sambungan elektrik, kesan tompokan pada dinding akibat resapan air dan seterusnya mengakibatkan pengguna menanggung pembayaran bil air yang tinggi.



Berikut adalah beberapa cara bagi mengesan sekiranya terdapat kebocoran paip air di dalam rumah :

 

  1. Lihat keadaan rumah sekiranya terdapat kesan air meresap di lantai, dinding atau siling rumah.
  2. Periksa tangki simpanan air untuk mengesan sebarang kebocoran
  3. Perhatikan jika terdapat bacaan luar biasa pada bil air. Buat perbandingan dengan bil air yang terdahulu.
  4. Tutup semua pili air di dalam rumah dan pastikan tiada pergerakan air masuk ke tangki simpanan. Kemudian perhatikan bacaan meter air untuk satu jangka masa. Jika masih terdapat pergerakan bacaan pada meter air, berkemungkinan terdapat kebocoran.
  5. Perhatikan sekiranya terdapat kesan air mengalir di mana-mana kawasan kediaman.
  6. Jika kebocoran dikesan, jangan cuba untuk memperbaiki kerosakan sendiri jika anda tidak mahir dalam penggantian paip kerana ia akan menambahkan lagi kerosakan sedia ada. Pengguna haruslah segera menghubungi syarikat air negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan dalam mendapatkan tukang paip berlesen yang berdaftar untuk kerja-kerja pembaikan.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan paip di rumah sebagai pencegahan awal dalam mengelakkan kebocoran. Pengguna juga harus peka terhadap sebarang perubahan yang mencurigakan pada keadaan rumah atau bil agar kebocoran paip dapat ditangani segera dan mengelakkan pembaziran serta kerugian.

TALIAN ADUAN 

Forum Air Malaysia – 03-7875 3168
Perlis (Syarikat Air Perlis Sdn Bhd) – 04-9733301
Kedah (SADA) – 1-300-88-0017
Pulau Pinang (PBAPP) -  04-509 6509
Perak (LAP) -  1-800-88-77-88 / 05-255 1155
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya (SYABAS) – 1-800-88-5252
Melaka (SAMB) – 1-800-88-5800
Negeri Sembilan (SAINS) – 1-800-88-6982
Johor (SAJH) – 1-800-88-7474
Pahang (PAIP) – 09-57 39999
Kelantan (Air Kelantan Sdn Bhd) – 1-300-88-2572
Terengganu (SATU) – 1-300-88-2111
Sabah (Jabatan Air Sabah) – 088-711 767
Sarawak (Lembaga Air Sibu) – 084-216 311
Sarawak (Lembaga Air Kuching) – 082-222 333
Labuan  (JBA Labuan) – 08-823 2364

Nuraini Khalil
Forum Air Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.