Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memperkenalkan label kecekapan air atau Water Efficient Product Labelling Scheme (WELPS) untuk produk-produk yang cekap penggunaan air. Label ini berfungsi dalam membantu pengguna membuat pilihan yang betul semasa pembelian produk dan Ia juga dapat menggalakkan pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk cekap air di pasaran. Lebih 90 model produk telah pun menyertai WELPS dan akan disenaraikan dalam direktori MyHijau.

 

 

Apa contoh barangan cekap air?

 

 

Kehidupan hijau kini untuk masa hadapan
Pada masa kini, penggunaan label ini adalah secara sukarela namunbegitu ia diharap dapat menjadi mandatori di mana barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak menggunakan label WELPS, tidak akan dibenarkan memasuki industri perkhimatan air.


Pemaju-pemaju perumahan juga diharap dapat mempertimbangkan penggunaan peralatan penjimatan air dalam projek-projek perumahan atau pejabat yang baru. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan permintaan air mentah yang semakin kritikal, malah ia juga dapat menggalakan kehidupan yang lebih hijau dan membantu pengguna mengurangkan kos bil air dengan pengurangan penggunaan air.


Sudah tiba masanya untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih hijau demi menjamin bekalan air yang mencukupi untuk masa akan datang kerana kita boleh hidup tanpa makanan selama lebih daripada 2 bulan, tetapi kita tidak boleh hidup lebih daripada beberapa hari tanpa air. Air sangat berharga untuk dibazirkan begitu sahaja.

Nuraini Khalil
Forum Air Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.