Budaya menabung perlu diamal sebagai saham kesejahteraan masa depan.
Menyediakan simpanan hasil daripada pendapatan yang diperoleh perkara asas dan ia langkah terbaik dalam memastikan kelangsungan sumber kewangan. la juga dapat meningkatkan sumber pendapatan di mana sebahagian simpanan boleh dilaburkan melalui pelbagai instrumen, sama ada unit amanah, saham atau di bank bagi mendapatkan pulangan berbentuk dividen.
Boleh dikatakan sejak sekolah rendah Iagi, rakyat Malaysia sudah dididik mengenai kepentingan menyimpan, namun ia belum menjadi budaya walaupun sudah dewasa dan bekerja apatah Iagi dengan kekangan komitmen yang meningkat. Menyedari kepentingan menabung, kerajaan menubuhkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi memastikan pekerja sektor swasta dan tidak berpencen dari sektor awam mampu menampung hidup selepas persaraan. Bagaimanapun, pencarum tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada KWSP kerana kajian menunjukkan simpanan daripada dana itu hanya mencukupi untuk tempoh yang singkat.
Ini membuktikan walaupun kita mempunyai simpanan di KWSP hasil caruman ketika bergelar pekerja, kita masih memerlukan simpanan sampingan bagi memastikan kehidupan selepas tamat tempoh bekerja tidak dibebankan masalah kewangan. Bagi memastikan disiplin dalam membuat tabungan, termasuk memperuntukkan sebahagian gaji bulanan bagi tujuan berkenaan, ada pelbagai teknik berkesan yang boleh dicuba, antaranya menyediakan tabung khas. Tabung terbabit boleh dibuat dalam bentuk tin kosong yang dilabelkan untuk kegunaan tertentu, seperti kecemasan, simpanan, pelancongan atau apa saja yang penting.
Selepas mendapat gaji bulanan, asingkan 10 peratus daripadanya dan simpan dalam tabung khas yang sudah disediakan. Adalah lebih baik jika anda mempunyai pelan pengurusan kewangan setiap bulan dan jumlah simpanan sehingga tiga bulan gaji sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuk kehilangan pekerjaan.
Selepas cukup setahun, masukkan semua simpanan itu ke akaun simpanan di bank atau unit amanah. Selain itu, ada juga teknik dikenali ‘Sayang Hijau’, bermaksud menyimpan semua wang kertas RM5 baki bayaran selepas berbelanja di kedai ke dalam satu bekas yang sukar dibuka. Apabila bekas itu penuh, simpan semua RM5 yang dikumpul ke akaun simpanan di bank. Jika mahu tabungan lebih besar, anda boleh mencuba menyimpan RM10 kerana jika dinilai duit RM5 dalam tempoh 5 tahun akan datang, jumlah itu mungkin agak kecil pada kadar semasa ketika itu.
Satu lagi teknik sama, dikenali 'cukai RM1' membabitkan wang kertas RM1, dimasukkan bersama wang kertas RM5 dikumpul sepanjang hari ke dalam tabung. Apabila tabung penuh, masukkan semua wang kertas RM1 dan RM5 itu ke akaun simpanan di bank atau unit amanah.
8 Langkah Urus Wang Secara Bijak
1. Mempunyai matlamat kewangan.
Tentukan apa yang kita mahu menjelang usia persaraan atau 10, 20 dan 30 łahun akan datang. Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang.
2. Mempunyai sumber pendapatan mencukupi.
Sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya dalam bidang kita.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya untuk mengumpul aset kekayaan.
3. Simpan sebelum belanja.
Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu. Jangan berbelanja dan hanya menyimpan jika ada lebihan. la adalah langkah yang salan Sebaliknya, kita perlu menyimpan dan lebihan pendapatan baru dibelanjakan.
4. Berbelanja bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakam tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset Dałam hal ini, penyata kewangan memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada sama ada pembelian bersifat aset atau liabiliti.
5. Menguruskan risiko kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita ciapał buat adalah menguruskan risiko terbabit dengan efektif melalui ilmu pengurusan kewangan yang betul.
6. Membayar zakat dan cukai
Zakat dan sedekah adalah proses untuk membantu menyucikan, melindungi dan mengembangkan harta. Harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah saja tahu. Cukai juga perlu dilunaskan kerana dengan duit itulah membolehkan kerajaan memberikan kita jalan raya, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lain untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan Bijak
Simpanan yang kita buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa saja matlamat kewangan.
8. Membahagikan Harta
Setelah Berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan strategi keluar kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Sumber : Harian Metro – Setempat – P15 (Rabu, 26 Ogos 2015)