MINGGU TANPA SKRIN - 19 – 25 APRIL 2013

19 April hingga 25 April ialah MINGGU TANPA SKRIN (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen). Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini, bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain bersama-sama sebagai satu keluarga.

MENGAPA TANPA SKRIN?
Ini merupakan tahun kelima FOMCA mengadakan Minggu Tanpa Skrin. Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara yang berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan dalam aktiviti fizikal. Justeru, tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.

 

 

MINGGU TANPA SKRIN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanak dan golongan muda didapati telah menghabiskan masa selama antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu perkara yang baru. Ia membolehkan anda bermesra dengan keluarga anda dan menggalakkan diri anda untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kekeluargaan.

The American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun tidak didedahkan dengan media berskrin, manakala kanak-kanak yang lebih tua pula tidak lebih daripada dua jam sehari.

Mengurangkan masa menggunakan media berskrin akan:

Memberi peluang kepada pembelajaran
Mengurangkan kesan iklan terhadap kanak-kanak
Memberi lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti kreatif dan permainan yang aktif.
HARI TANPA MEDIA SOSIAL
Kewujudan peranti seperti telefon pintar dan tablet, serta promosi agresif syarikat telekomunikasi tentang pakej internet, menyebabkan penggunaan media sosial, seperti Facebook, Youtube, dan Twitter semakin meluas.

Terdapat sesetengah orang yang mendakwa mereka sentiasa berada dalam talian selama 24 jam. Oleh itu, tidak hairanlah dengan keadaan sekumpulan orang, yang walaupun duduk semeja, tetapi mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Ini terutamanya terjadi kepada golongan muda dan dewasa. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar berbanding dengan berbual-bual secara bersemuka dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.

Dengan aplikasi seperti Whatsapp, sesetengah orang menghabiskan terlalu banyak masa berbual menggunakan aplikasi tersebut, malah mudah terganggu dengan bunyi isyarat telefon. Mereka akan memeriksa telefon bimbit dari semasa ke semasa kerana mereka tidak mahu terlepas apa-apa mesej yang dihantar oleh kawan. Mereka begitu teruja dengan telefon bimbit dan internet. Mereka akan berasa tidak senang sekiranya tidak ada telefon bimbit bersama-sama mereka atau tidak dapat mengakses internet. Ini membuatkan kita terfikir adakah media sosial merupakan satu cara komunikasi yang baru atau satu lagi bentuk ketagihan?

Jadi, tibalah masa untuk kita tutupkan telefon pintar kita selama satu hari dan mula menjalankan aktiviti yang lebih interaktif dan aktif. Justeru, 25 April 2013 telah dijadikan sebagai ‘Hari Tanpa Media Sosial’ sempena dengan Minggu Tanpa Skrin.

Anda boleh menutup telefon pintar dan menggantikannya dengan telefon biasa. Ini dapat membebaskan diri anda daripada dunia media sosial, berada di dunia realiti sepanjang hari, membuat sesuatu yang bermanfaat kepada alam sekitar, atau berkumpul dengan kawan-kawan, bermain permainan secara berkumpulan, membolehkan diri anda berseimbang antara dunia media sosial dan dunia realiti.

Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan stres, tetapi juga dapat mengurangkan masalah sakit leher dan bahu yang disebabkan oleh penggunaan telefon pintar dengan menunduk kepala dalam tempoh yang panjang Berjoging atau mendaki bukit bersama-sama kawan-kawan adalah lebih menyeronokkan daripada anda sentiasa menundukkan kepala dan menaip mesej di telefon.

Semenjak kebelakangan ini, Amerika Syarikat dan Taiwan, satu aktiviti yang semakin popular, iaitu dikenali sebagai ‘Berhenti menggunakan telefon ketika makan’. Cara aktiviti ini diadakan ialah, ketika makan bersama-sama kawan-kawan, setiap orang dikehendaki meletakkan telefon bimbit mereka di tengah-tengah meja. Jika ada sesiapa yang tidak dapat menahan diri daripada menggunakan telefon, maka orang tersebut akan didenda dengan membayar harga makanan untuk semua orang. Jika anda benar-benar mementingkan kawan-kawan anda, maka anda bukan sahaja perlu mematuhi peraturan ini ketika makan, tetapi juga apabila berjumpa dengan kawan-kawan anda.

Aktiviti-aktiviti pilihan yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga

Mengadakan aktiviti bersama-sama keluarga di taman permainan.
Belajar bermain gitar atau peralatan muzik yang lain.
Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan keluarga atau ahli masyarakat.
Aktiviti mencantumkan gambar.
Pergi ke perpustakaan. Meminjam buku atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat di perpustakaan.
Mendengar radio.
Pergi ke zoo.
Warnakan gambar atau mural.
Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti di taman anda.
Pergi berenang.
Rancang perkelahan atau barbeku.
Perhatikan aktiviti burung.
Bermain dengan haiwan peliharaan.
Menulis surat kepada rakan atau saudara.
Tanam bunga, sayur-sayuran atau tumbuhan herba.
Membaca majalah atau suratkhabar.
Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jaring dalam kawasan kejiranan anda.
Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!)
Mengemas almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada golongan miskin.
Mulakan catatan diari / jurnal harian.
Pergi ke muzium.
Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk.
Bermain kad.
Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda.
Buat cenderamata untuk dijadikan hadiah.
Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka.
Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka.
Pergi ke kedai buku yang berhampiran.
Lihat langit malam dengan teropong; kenal pasti bintang yang berbeza. Perhatikan juga bulan.
Pergi ke pasar raya yang berhampiran.
Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah.
Berlatih untuk perlumbaan separa marathon.
Pergi memancing
Mulakan projek keluarga.
Membuat roti, kek atau biskut bersama ibu.
Berbasikal.
Bermain catur bersama ahli keluarga.
Pergi ke pasar malam.
Pergi ke membeli sayur bersama ibu.
Membuat kraf tangan dengan benda kitar semula.
Mengambil foto bersama-sama ahli keluarga.
Belajar memasak.
Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa.
Bermain congkak.
Mengadakan pertandingan menyanyi di rumah.
Pergi ke pusat membeli belah.
Belajar bermain gelang hula.
Mendaki bukit.
Pergi ke pesta yang berdekatan.
Membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan.
Menubuhkan kumpulan senaman komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal.
Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolah.
Baca satu cerita kepada adik-adik anda.
Mendapat ilham untuk mengarang buku yang baru.
Menubuhkan pasukan bola jaring belia / kanak-kanak.
Mengajar jiran anda tentang perisian komputer.
Mengambil bahagian dalam pertandingan pengembara mencari harta karun.
Melawat ke air terjun.
Menyertai kelas tarian.
Tutupkan skrin anda dan mulakan kehidupan kekeluargaan!

Sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti Minggu Tanpa Skrin, sila hubungi FOMCA melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau telefon 03-78762009.
Layari www.fomca.org.my untuk maklumat selanjutnya.

Klik disini untuk muat turun brosur Minggu Tanpa Televisyen - Bahasa Malaysia
Klik disini untuk muat turun brosur Minggu Tanpa Televisyen - English

 

Pada tahun ini, FOMCA akan menyambut ulang tahun penubuhannya ke-40. FOMCA telah memilih “Memperkukuh Perlindungan dan Pengupayaan Pengguna” sebagai tema sambutan ulang tahun ke-40 ini.

Dalam tempoh 40 tahun, FOMCA telah menempuh pelbagai perjuangan dan cabaran, yang sebahagiannya telah mencapai kejayaan, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan dan pengupayaan pengguna.

FOMCA berhasrat untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang mampu membuat pilihan yang bermaklumat tentang barangan yang selamat dan lestari, dan dalam masa yang sama memastikan hak-hak pengguna dijamin dan dihormati.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 ini, FOMCA akan mengadakan pelbagai program dan kempen yang berlainan. Ikutilah aktiviti FOMCA di laman sesawang www.fomca.org.my