Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya ke-40 pada tahun ini.
Bersempena dengan ulang tahun penubuhan FOMCA ke-40 pada tahun ini, salah satu program yang telah dirancang untuk diadakan ialah Pameran Kepenggunaan yang dijadualkan pada 15 Mei hingga 19 Mei 2013, bertempat di Old Wing Centre Court, One Utama Shopping Mall, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Orang ramai dijemput melawat ke Pameran Kepenggunaan anjuran FOMCA pada 15hb Mei sehingga 19hb Mei 2013 bertempat di Pusat membeli-belah One Utama, Bandar Utama. Pelbagai aktiviti dan bahan kepenggunaan menanti anda. Masa pameran adalah dari 10pagi sehingga 10 malam.
Objektif Pameran ini adalah untuk
- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan pengguna tentang isu-isu pengguna
- Menyedarkan pengguna tentang peranan pergerakan pengguna ke arah perlindungan dan kebajikan pengguna
- Menyedari hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna yang bijak.
Adalah diharapkan melalui pameran ini, lebih ramai pengguna dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang isu-isu pengguna dan mengamalkan tingkah laku pengguna yang bijak.