MINGGU TANPA SKRIN
Pada 18 April hingga 24 April ialah MINGGU TANPA SKRIN (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen). Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini, bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain bersama-sama sebagai satu keluarga.

MENGAPA TANPA SKRIN?


Ini merupakan tahun keenam FOMCA mengadakan Minggu Tanpa Skrin. Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara yang berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan dalam aktiviti fizikal. Justeru, tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.

MINGGU TANPA SKRIN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanak dan golongan muda didapati telah menghabiskan masa selama antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi. 
Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu perkara yang baru. Ia membolehkan anda bermesra dengan keluarga anda dan menggalakkan diri anda untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kekeluargaan.

Aktiviti-aktiviti pilihan yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga
1.    Mengadakan aktiviti bersama-sama keluarga di taman permainan.
2.    Belajar bermain gitar atau peralatan muzik yang lain.
3.    Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan keluarga atau ahli masyarakat.
4.    Aktiviti mencantumkan gambar.
5.    Pergi ke perpustakaan. Meminjam buku atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat di perpustakaan. 
6.    Mendengar radio.
7.    Pergi ke zoo.
8.    Warnakan gambar atau mural.
9.    Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti di taman anda.
10.    Pergi berenang.
11.    Rancang perkelahan atau barbeku.
12.    Perhatikan aktiviti burung.
13.    Bermain dengan haiwan peliharaan.
14.    Menulis surat kepada rakan atau saudara.
15.    Tanam bunga, sayur-sayuran atau tumbuhan herba.
16.    Membaca majalah atau suratkhabar.
17.    Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jaring dalam kawasan kejiranan anda. 
18.    Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!)
19.    Mengemas almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada golongan miskin.
20.    Mulakan catatan diari / jurnal harian.
21.    Pergi ke muzium.
22.    Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk.
23.    Bermain kad.
24.    Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda. 
25.    Buat cenderamata untuk dijadikan hadiah.
26.    Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka. 
27.    Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka.
28.    Pergi ke kedai buku yang berhampiran. 
29.    Lihat langit malam dengan teropong; kenal pasti bintang yang berbeza. Perhatikan juga bulan.
30.    Pergi ke pasar raya yang berhampiran.
31.    Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah.
32.    Berlatih untuk perlumbaan separa marathon.
33.    Pergi memancing
34.    Mulakan projek keluarga.  
35.    Membuat roti, kek atau biskut bersama ibu.
36.    Berbasikal.
37.    Bermain catur bersama ahli keluarga.
38.    Pergi ke pasar malam.
39.    Pergi ke membeli sayur bersama ibu.
40.    Membuat kraf tangan dengan benda kitar semula.
41.    Mengambil foto bersama-sama ahli keluarga.
42.    Belajar memasak.
43.    Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa.
44.    Bermain congkak.
45.    Mengadakan pertandingan menyanyi di rumah.
46.    Pergi ke pusat membeli belah.
47.    Belajar bermain gelang hula.
48.    Mendaki bukit.
49.    Pergi ke pesta yang berdekatan.
50.    Membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
51.    Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan.
52.    Menubuhkan kumpulan senaman komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal.
53.    Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolah.
54.    Baca satu cerita kepada adik-adik anda.
55.    Mendapat ilham untuk mengarang buku yang baru.
56.    Menubuhkan pasukan bola jaring belia / kanak-kanak.
57.    Mengajar jiran anda tentang perisian komputer.
58.    Mengambil bahagian dalam pertandingan pengembara mencari harta karun.
59.    Melawat ke air terjun.
60.    Menyertai kelas tarian.

 

 


Tutupkan skrin anda dan mulakan kehidupan kekeluargaan!