Purata bulanan perbelanjaan isi rumah mencatat sebanyak RM2, 190 bagi tahun 2009/10, sebagaimana yang dilaporkan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian perayaan yang disambut sepanjang tahun, menjadikan penggunaan (aka consumption) satu bahagian yang penting dalam ekonomi negara.
Penggunaan memainkan peranan penting di pasaran dalam membentuk permintaan untuk produk-produk tempatan dan juga menyumbang sebahagian besar kepada jumlah pekerjaan, terutamanya dalam sektor pengedaran.
Sektor makanan masih merupakan sebahagian besar perbelanjaan isi rumah utama. Dengan isu daging kuda baru-baru ini yang berlaku di negara Eropah telah juga membangkitkan isu berkenaan dengan peningkatan harga makanan. Pengguna dikatakan mungkin perlu membayar lebih untuk makanan untuk masa yang akan datang berikutan isu itu. Pasaraya yang terlibat dengan isu daging kuda ini juga telah menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menjamin kualiti makanan tanpa menaikkan harga bagi menampung kos pengujian kualiti makanan.
Dengan itu, pengguna dijangka akan terpaksa menghabiskan sebahagian besar pendapatan mereka pada makanan. Oleh itu, keluarga perlu dididik dalam bagaimana makan secara sihat, perancangan bajet perbelanjaan, dan bukan hanya bergantung kepada makanan yang sudah diproses yang tidak dapat dijamin kualitinya.
Malah, dengan akses kepada kad kredit dan pinjaman penggunaan yang sedia ada juaga akan menyumbang kepada peratusan yang tinggi bagi hutang isi rumah, iaitu kira-kira 75%, berdasarkan keluaran dalam negara kasar. Selain itu, dasar kami yang menggalakkan pemilikan rumah dan kereta juga merupakan salah satu lagi faktor yang menyumbang kepada hutang isi rumah, terutamanya dengan Kempen Pemilikan Rumah kami yang pertama dilancarkan sejak tahun 1998.
Justeru, pihak berkuasa dinasihatkan untuk melancarkan kempen untuk mendidik pengguna tentang cara penggunaan secara lestari, budaya kredit serta pengurusan kewangan peribadi yang baik. Kempen seperti ini akan mengalakkan tabiat perbelanjaan yang berhemah. Penggunaan swasta masih digalakkan bagi meningkatkan ekonomi negara, selagi ia berada pada tahap berhemat isi rumah persendirian dan tidak membawa kepada penggunaan mewah dan hutang isi rumah yang tidak mampan.
Onn May Ling