Pada tahun 2016, Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) telah menerima aduan daripada 48,563, yang melibatkan nilai kerugian sebanyak RM255,623,706.00. Jumlah aduan telah meningkat sebanyak 8.6% berbanding tahun sebelumnya.

 

Laporan ini meliputi semua jenis aduan yang diterima merentasi 22 sektor yang berbeza hasil daripada pembelian barangan dan / atau perkhidmatan pengguna.

 

Laporan tahunan NCCC merekodkan bahawa sektor e-dagang menerima aduan tertinggi pada tahun 2016, dan diikuti oleh Produk Pengguna Am dan Sektor Telekomunikasi.

 

Dari segi nilai kewangan, aduan yang berkaitan dengan sektor Automobil dan Auto-bengkel mencatat jumlah kerugian yang tertinggi, dengan kerugian sebanyak RM 79,181,869.

 

RAMAI PEMBELI AKAN MENJADI MANGSA PEDAGANG PALSU - PENGGUNA PERLU BERHATI-HATI!

 

Ramai rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian untuk membeli pelbagai jenis produk di seluruh dunia, seperti pakaian, perkhidmatan hiburan, produk elektronik, penjagaan kulit dan produk peribadi, terutamanya selepas pengenalan internet berkelajuan tinggi yang boleh dinikmati untuk semua orang.

 

Kini, dengan kemudahan internet ini, pengguna telah mengubah cara mereka membeli, iaitu mereka membeli secara elektronik tanpa halangan masa atau jarak.

 

Malangnya, e-dagang telah mendahului aduan pengguna, apabila ia mencatat jumlah aduan yang tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut. Masalah yang kerap dihadapi oleh pengguna adalah tidak mendapat produk yang dipesan, barang tersebut telahpun dibayar tetapi gagal dihantar kepada pengguna.

 

Salah satu masalah yang besar semasa membeli sesuatu barang dalam talian adalah pengguna tidak mempunyai jaminan terhadap kualiti produk yang dibeli. Ulasan/review dan dakwa penyelidikan juga tidak selalunya boleh dipercayai.

 

Penjual yang berniat untuk menipu, dengan sengaja mengelirukan pelanggan dengan mempalsukan ulasan dalam talian untuk meningkatkan jualan, yang menjadi penyebab utama produk yang rosak / sub-par dijual dalam talian.

 

Laporan ini juga turut memfokuskan kepada aspek perundangan sedia ada, cadangan untuk penambahbaikan serta panduan untuk pengguna membeli-belah dalam talian.

 

ADUAN TERHADAP INDUSTRI AUTOMOBIL

 

Industri automobil mengekalkan nilai monetari tertinggi dalam pertikaian yang dicatatkan oleh NCCC sejak tahun 2011. Pda tahun 2016, nilai kerugian yang dicatat ialah RM79,181,869.00.

 

Oleh kerana pengeluar kereta menawarkan harga kereta yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia, ini menyebabkan lebih banyak rakyat Malaysia yang memiliki kereta.

 

Untuk mengurangkan kos untuk memastikan tahap kemampuan tersebut, maka kualiti kereta mungkin telah dikompromasi yang menyebabkan peningkatan aduan dari segi nilai kerugian.

 

Apa yang mengecewakan ialah kebanyakan aduan yang diterima oleh NCCC berkaitan dengan pengeluar kereta tempatan. Namun begitu, aduan yang diterima terhadap kereta import juga tidak kurang jumlahnya.

 

Corak aduan menunjukkan bahawa pusat-pusat perkhidmatan di Malaysia tidak sensitif terhadap aduan pelanggan kerana aduan kebanyakannya diabaikan atau ditinggalkan.

 

Walaupun adanya undang-undang, masalah yang berlaku seolah-oleh tidak ada penyelesaian.

 

Kebanyakan pengadu masih menghadapi masalah yang sama. Ini akan menyebabkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada pengeluar tersebut dan pihak berkuasa kerana tidak mampu menyelesaikan masalah mereka.

 

Tanpa wujudnya badan pengawalseliaan yang memantau dan mengambil tindakan terhadap industri automobil, maka pembuat kereta hendaklah menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai kebolehgunaan dan kemampanan aksesori kereta, alat ganti, sama ada untuk kereta baru atau kereta terpakai.

 

Di samping itu, NCCC berpendapat bahawa perkhidmatan pelanggan selepas jualan juga tidak banyak membantu jika tidak ada sebarang ganti rugi yang boleh diberikan.

 

Dengan pelancaran Laporan Tahunan Aduan NCCC 2016, NCCC berharap bahawa semua pengilang dan pengawal selia mengambil perhatian terhadap cadangan-cadangan yang diberikan, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan khidmat pelanggan mereka untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada pengguna.

 

LAPORAN TAHUNAN ADUAN PENGGUNA NCCC 2016

 

Laporan Tahunan Aduan Pengguna NCCC 2016, merupakan laporan tahun yang ke-11 yang dikeluarkan oleh NCCC. Semua aduan tersebut dikelaskan kepada 22 kategori yang berasingan.

 

Sejumlah 48,563 aduan yang diterima pada tahun 2016, yang menyaksikan peningkatan jumlah aduan berbanding jumlah aduan yang diterima pada tahun sebelum ini. Peningkatan jumlah aduan ini disebabkan oleh aduan tersebut gagal diselesaikan pada tahap yang memuaskan.

 

Aduan tertinggi difokuskan pada sektor E-Dagang (Online Shopping), yang merekodkan sebanyak 7,371 aduan. Aduan kedua tertinggi bagi tahun 2016 adalah Produk Pengguna Am mencatatkan 6,578 aduan, manakala aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar pula berada di tempat ketiga, dengan jumlah aduan sebanyak 5,681.

 

Selain itu, NCCC juga menerima sejumlah 3,874 aduan terhadap industri automobil dan bengkel kenderaan. Walaupun aduan industri automobil ini menduduk tempat keempat, namun ia mencatatkan anggaran nilai kerugian kewangan yang tertinggi, iaitu sebanyak RM79,181,869.00. Pengadu mendakwa bahawa industri itu hanya berminat untuk membuat keuntungan dan membuat janji kosong semasa jualan.

 

Industri pelancongan kekal di tempat kelima pada 2016, merekodkan 3,458 aduan pada 2016. Kebanyakan aduan menunjukkan bahawa perkhidmatan yang diberikan kepada mereka semasa dalam perjalanan atau tempat penginapan adalah berbeza dengan apa yang telah dipersetujui pada awalnya. Agensi pelancongan ini didakwa sering memberi janji palsu untuk mendapatkan pelanggan dan kemudiannya menutup perniagaan.

 

TUJUAN LAPORAN TAHUNAN NCCC

 

Tujuan laporan tahunan 2016 adalah untuk memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkaitan, seperti pengeluar dan peruncit mengenai jumlah aduan yang diterima menurut sektor masing-masing. Pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

 

Oleh itu, pengguna tersebut telah mendapatkan khidmat NCCC untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Aduan yang diterima oleh NCCC akan ditangani oleh para pegawai dengan sebaik mungkin.

 

Laporan tahunan ini bertujuan untuk meningkatkan perlindungan pengguna, dengan memastikan pengeluar dan peruncit meningkatkan kualiti dan perkhidmatan produk, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh pengguna seperti yang dinyatakan dalam laporan ini.

 

Selain bertindak balas terhadap maklum balas yang diterima, laporan ini membentangkan undang-undang dan beberapa amalan terbaik yang boleh diterima pakai oleh pengguna untuk melindungi hak mereka dan bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak.

 

Biarpun begitu, masih terdapat ramai pengguna yang tidak membuat aduan terhadap masalah yang mereka hadapi, sebahagiannya disebabkan oleh pengguna yang tidak mengetahui hak mereka. Jika pengguna tidak mengetahui hak dan tanggungjawab mereka, walaupun terdapat banyak undang-undang yang sedia ada, ia tidak akan berkesan.

 

MENGENAI PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL

 

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah ditubuhkan oleh Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

 

NCCC secara rasminya dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pada bulan Julai 2004. Ia telah diperbadankan sebagai Syarikat Menurut Jaminan pada 17 September 2008.