KUALA LUMPUR 18 Julai- Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan memansuhkan caj perkhidmatan antara lima hingga 10 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan oleh pihak pengurusan hotel dan restoran mewah di seluruh negara.

 

 

 

 

 

Timbalan Presidennya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran dan hotel sebelum ini menggunakan alasan bahawa caj perkhidmatan yang dikutip akan diagihkan kembali kepada kakitangan berikutan gaji pokok mereka adalah rendah.

 

Namun katanya, perkara itu tidak lagi relevan kerana kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016.

 

“Dahulu memanglah, caj perkhidmatan ini dikenakan sebagai ganti tip kepada para pekerja hotel dan restoran disebabkan gaji pokok mereka rendah tetapi setelah gaji minimum dilaksanakan, perkara itu tidak lagi relevan.

 

“Selepas pengguna dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus, jadi kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk memansuhkan caj perkhidmatan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mansuhkan-caj-perkhidmatan-hotel-restoran-1.711348#ixzz5Lku7VEnN

18 Julai 2018, Utusan Melayu (M) Bhd