Sekitar tahun lalu, mesin ATM beras untuk golongan kurang berkemampuan di Indonesia telah tular di media sosial tempatanMengikut jejak langkah itu, pengurusan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif yang sama dengan menyediakan mesin ATM beras ini untuk kemudahan asnaf sekitar kawasan terbabit.Mesin ATM beras ini merupakan yang pertama di Malaysia.Golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin itu, lalu bekalan beras sebanyak 2kg akan dikeluarkan pada ruangan bahagian bawah.Pada masa yang sama, mesin ini turut berfungsi sebagai tabung, dimana orang ramai boleh membuat sumbangan wang tunai ke dalamnya. Wang terkumpul akan digunakan untuk membeli bekalan beras.
Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat Sediakan Mesin ATM Beras Untuk Asnaf Pertama Di Malaysia!
- Details
- Written by AdminKini
- Category: Isu Umum
- Hits: 937