Makanan merupakan sumber tenaga bagi pertumbuhan dan kehidupan seharian.

Ia juga merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Sumber makanan kita diperolehi dari tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.

Penyediaan makanan dengan cara yang bersih dan sihat akan dapat menjamin keselamatan makanan. Walau bagaimanapun, kita masih diancam dengan pelbagai masalah pencemaran makanan yang membawa kepada kemudaratan.

Mikroorganisma – Pencemar Makanan
Mikroorganisma adalah organisma yang sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.

Mikroorganisma berbahaya yang mencemari makanan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kepada golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah seperti kanak-kanak, wanita yang mengandung dan warga tua.

 

Jenis-jenis Mikrorganisma Yang Menyebabkan Pencemaran Makanan

 

Standard Keselamatan Makanan
Penghasilan dan cara penyediaan makanan dengan cara yang bersih sangat penting untuk menghindari penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan.

Pengilang-pengilang dan pembuat makanan harus mengamalkan amalan yang baik ketika mengendalikan makanan.

Untuk membantu para pengilang dan pembuat makanan menyediakan makanan yang selamat, Jawatankuasa Teknikal Sistem Keselamatan Makanan (Food Safety System) telah menyemak semula Standard Malaysia mengenai Panduan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practises – GMP)

Panduan ini menerangkan dengan jelas mengenai cara sebuah premis harus beroperasi bagi mencegah sebarang pencemaran makanan yang dihasilkan.

Adalah juga penting sebagai seorang pengguna, kita mengamalkan sikap berhati-hati apabila membeli atau menyediakan makanan supaya keselamatan makanan terjamin.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia