ISU kecukupan bekalan makanan negara telah menjadi isu yang besar terutamanya selepas harga makanan utama seperti beras meningkat secara mendadak pada tahun 2008.

 

Bagi menangani isu itu, salah satu objektif utama Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan. Beberapa inisiatif telah dirangka untuk menjamin bekalan makanan termasuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara yang meliputi buah-buahan dan savur-sayuran.

 

Untuk mencapai objektif tersebut, Jabatan Pertanian dan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah diberi tanggungjawab dalam membangunkan subsektor tanaman makanan utama dan tanaman lain seperti kelapa, herba, rempah-ratus serta florikultur.

Kecukupan bekalan makanan sering dihubung kait dengan pencapaian tahap (SSL). SSL menjelaskan peratusan perbandingan pengeluaran dengan penggunaan domestik.

Angka ini menunjukkan bekalan domestik yang dapat dihasilkan melalui pengeluaran dalam negara. Jika SSL adalah kurang daripada 100 peratus, ini menunjukkan pengeluaran dalam negara tidak dapat memenuhi keperluan penggunanan domestik.

Sementara itu, SSL yang melebihi 100 peratus menunjukkan pengeluaran dalam negara adalah mencukupi untuk penggunaan domestik. Angka-angka yang berkaitan SSL dikira berdasarkan kepada pengeluaran bahan makanan yang boleh ditanam di dalam negara secara komersial.

Formula pengiraan SSL adalah seperti berikut:

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kebanyakan komoditi di bawah subsektor tanaman telah menunjukkan pencapaian yang positif seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Peningkatan SSL tersebut adalah hasil daripada perkhidmatan pengembangan dan amalan agronomi lebih baik yang telah menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya pengeluaran.

Sungguhpun SSL telah mencapai angka yang memberangsangkan, kekeliruan sering timbul berkaitan imbangan dagangan agromakanan.

Data berkaitan imbangan dagangan agromakanan menunjukkan peningkatan nilai setiap tahun iaitu sebanyak RM34.5  bilion pada tahun 2011 ke RM42.6 bilion (2014) iaitu meningkat sembilan peratus.

Dalam tempoh 2011 hingga 2014, imbangan dagangan makanan menunjukkan defisit yang semakin meningkat pada kadar purata 8.9 peratus. Defisit ini sebahagian besarnya disebabkan bekalan makanan ternakan (34.4 peratus), gula, sediaan gula dan madu (17.1), daging dan sediaan daging (14.7) dan sayur-sayuran (13.8). Pada tahun 2014, nilai import buah-buahan adalah sebanyak RM2.3 bilion. Sungguhpun demikian, perlu dijelaskan sebanyak RM 1.5 bilion iaitu 63 peratus adalah terdiri daripada buah-buahan yang tidak sesuai ditanam di Malaysia seperti epal, oren, limau mandarin, pir, anggur dan kurma.

Perkara yang sama berlaku kepada sayur-savuran dengan nilai import sebanyak RM3.2 bilion dan RM2.3 bilion iaitu 72 pentus daripadanya adalah sayur-sayuran yang tidak sesuai ditanam di Malavsia seperti bawang, ubi kentang, bawang putih, kekacang, lobak merah dan bunga kobis atau brokoli.

Data imbangan yang terus meningkat ini tidak seharusnya menimbulkan kekhuatiran disebabkan indeks SSL bagi kecukupan bekalan makanan yang sesuai ditanam di negara ini telah mencapai paras 100.2 peratus bagi buah-buahan, 91 peratus sayur-sayuran dan 71.6 peratus beras pada tahun 2014.

Bagi menjamin bekalan makanan dan mencapai sasaran tahap sara diri menjelang tahun 2020, usaha peningkatan pengeluaran padi, buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diteruskan melalui peningkatan produktiviti ladang dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian.

Inisiatif ke arah mencapai SSL sebanyak 100 peratus bagi tanaman padi akan difokuskan kepada penyatuan ladang kecil, penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi, pengenalan varieti dua padi baharu yang berhasil tinggi, pengekalan kawasan jelapang padi, penambahbaikan khidmat penyaluran subsidi dan pernberian subsidi bersasar berasaskan prestasi.

Di samping itu, empat jelapang padi baharu di Batang Lupar, Sarawak; Kota Belud, Sabah; serta Rompin dan Pekan, Pahang akan dibangunkan.

Bagi tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran pula akan diberikan tumpuan khusus kepada buah-buahan tidak bermusim dan sayur-sayuran tanah tinggi.

SSL bagi buah-buahan (tidak termasuk buah-buahan beriklim sederhana) dijangka meningkat daripada 100.2 peratus pada tahun 2014 kepada 106.5 peratus pada tahun 2020.SSL bagi sayur-sayuran (tidak termasuk sayur-sayuran beriklim sederhana) meningkat daripada 90.9 peratus kepada 95.1 peratus.

Strategi bagi meningkatkan SSL buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditumpukan kepada peningkatan produktiviti melalui penggunaan amalan pertanian baik serta penggunaan teknologi moden dan automasi, pembangunan kluster bersepadu bagi tanaman terpilih dan pengukuhan pasaran.

Artikel sumbangan Jabatan Pertanian Malaysia

Sumber : Kosmo – (Selasa, 7 September 2015)