Tiga bulan yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa musim kemarau akibat daripada fenomena El Nino yang menyebabkan penurunan kadar hujan.
Sekarang, kesan El Nino dapat dirasai oleh batu karang di seluruh Malaysia di mana beberapa tempat telah mengalami pemutihan batu karang.
Batu karang merupakan sumber semula-jadi yang berharga dan penting. Selain daripada membekalkan tempat perlindungan untuk ikan, batu karang juga menarik jutaan pelawat ke Malaysia setiap tahun dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada industri perlancongan. Batu karang di Malaysia dijangka menjana pasaran sebanyak RM2bil setahun melalui keuntungan daripada industri perlancong, perikanan dan juga perlindungan persisiran pantai.
Batu karang terbentuk daripada beribu binatang kecil yang dikenali sebagai polyps. Binatang ini mempunyai hubungan simbiotik dengan sejenis tumbuhan mikroskopik yang dikenali sebagai zooxanthellae, yang tinggal dalam tisu polyps dan membekalkan 70% nutrien yang diperlukan oleh hosnya (polyps) untuk hidup. Kepelbagaian warna yang kita dapat lihat pada batu karang adalah disebabkan oleh zooxanthellae.
Walaubagaimanapun, polyps dan zooxanthellae adalah organisma yang sangat sensitif di mana ia senang dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti suhu, kemasinan air laut dan juga kualiti air. Dalam fenomena El Nino baru-baru ini, bersama dengan kesan daripada perubahan iklim, telah meningkatkan suhu air laut dan merupakan salah satu sebab pemutihan batu karang.
Peningkatan sebanyak 1°C atau 2°C dalam satu jangka masa yang tertentu, akan menyebabkan pengeluaran toxin yang berbahaya kepada polyps dan akan menyingkirkan zooxanthellae yang tinggal dalam tisu mereka. Dengan itu, batu karang akan bertukar menjadi putih, di mana ia adalah warna asal kepada rangka batu karang.
Fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang dan dapat dilihat di Port Dickson dan pulau seperti Pangkor, Redang, Tenggol, Langkawi, Payar, Tioman, Sibu dan juga perhentian.
Pemutihan ini dapat diterbalikkan sebab polyps boleh hidup tanpa zooxanthellae untuk satu jangka masa yang pendek. Namun demikian, sekiranya stres yang dialami oleh polyps ditambah dengan stres yang lain dan masa yang lebih yang lama, polyps tersebut akan mati kelaparan.
Adalah penting untuk setiap orang membantu memulihkan batu karang daripada pemutihan dengan mengurangkan stres yang dikenakan pada habitatnya.
Senarai dibawah merupakan tindakan yang boleh anda ambil:
Tidak menyentuh atau berdiri di atas batu karang.
Tidak menggunakan krim pencegahan suria di mana bahan kimia daripada krim tersebut akan mencemarkan kawasan habitat batu karang.
Berbual dengan pengendali perlancongan dan mengelakkan diri daripada kawasan batu karang yang mempunyai banyak perlancong untuk mengurangkan kesan kepada batu karang.
Tidak membuang sampah di pantai ataupun laut.
Jika anda sedang snorkeling ataupun selam scuba, kutiplah dan buangkan sampah yang terdapat dalam laut.
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
22 Jun 2010