ISO 26000 – Tanggungjawab sosial merupakan standard ISO (International Organization for Standardization (ISO)) yang baru dibangunkan untuk memberikan peluang dan penglibatan global dalam melaksanakan matlamat "pembangunan lestari" dalam pelbagai peringkat organisasi di seluruh dunia.
Inisiatif ISO untuk membangunkan ISO 26000 yang memberikan panduan kepada tanggungjawab sosial, merupakan satu kesempatan unik untuk membentuk sebuah dunia yang harmoni, memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.
Terdapat enam "sektor" yang dikenal pasti; setiap negara peserta digalakkan untuk melibatkan wakil daripada pelbagai sektor: industri, kerajaan, pekerja, pelanggan, badan bukan kerajaan, dan lain-lain (perkhidmatan, sokongan, penyelidikan dan lain-lain).
Konsep tanggungjawab sosial:
- membantu organisasi dalam menangani tanggungjawab sosial mereka agar menghargai budaya, sosial, persekitaran, perbezaan peraturan dan keadaan pembangunan ekonomi;
- memberikan panduan praktikal yang berkaitan perlaksanaan tanggungjawab sosial, mengenal pasti dan terlibat dengan pihak yang berkepentingan, dan meningkatkan kredibiliti laporan dan tuntutan dibuat tentang tanggungjawab sosial;
- menekankan keputusan prestasi dan penambahbaikan;
- meningkatkan kepercayaan dan kepuasan dalam organisasi di antara para pelanggan dan pihak berkepentingan lain;
- konsisten dan tidak bercanggah dengan dokumen-dokumen, perjanjian dan konvensyen antarabangsa dan piawaian ISO yang sedia ada;
- direka untuk mengurangkan kuasa kerajaan untuk menangani tanggungjawab sosial organisasi;
- mempromosikan terminologi umum dalam bidang tanggungjawab sosial dan
- memperluaskan kesedaran akan tanggung jawab sosial.
Kepentingan tanggungjawab sosial
- Meninggikan taraf hidup komuniti di tempat sesuatu perniagaan itu beroperasi
- Memupuk semangat kerjasama antara pengusaha perniagaan, kerajaan dan orang awam.
- Meningkatkan keuntungan syarikat.
- Mengelakkan bencana alam seperti kejadian tanah runtuh, pencemaran udara dan sungai akibat pengabaian terhadap tanggungjawab sosial.
Jenis-Jenis Tindakan Sosial yang Bertanggungjawab
- Tanggungjawab Terhadap Pengguna - Pembungkusan label yang memberitahu tentang kualiti dan kegunaan produk dengan tepat dan mudah difahami oleh pengguna.
- Tanggungjawab Untuk Pekerja. - Jaminan kesihatan dan keselamatan semasa bekerja.
- Tanggungjawab Terhadap Insan Yang Kurang Bernasib Baik. - Menyediakan latihan dan aktiviti kepada mereka yang tidak bernasib baik yang diambil bekerja.
- Tanggungjawab Terhadap Komuniti. - Penempatan pejabat @ kemudahan pengeluaran di dalam kawasan luar bandar.
- Tanggungjawab Terhadap Pendidikan. - Memberi bantuan kewangan kepada Institusi pendidkan tempatan. Contoh : Biasiswa ( Petronas. SHELL dan lain-lain )
- Tanggungjawab Terhadap Persekitaran. - Pelaksanaan polisi membersihkan semula sumber-sumber pencemaran industri.
- Tanggungjawab Terhadap Kerajaan. - Bekerjasama dgn. Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam mengatur aktiviti perniagaan.
Skop Standard Tanggungjawab Sosial
- Membantu organisasi untuk mengendalikan tanggungjawab sosial mereka.
- Menawarkan panduan yang praktikal berkaitan dengan:
- o Mengurus tanggungjawab sosial
- o Mengenal pasti dan penglibatan pihak-pihak berkepentingan;
- o Meningkatkan kredibiliti laporan dan dakwaan tentang SR
- Menekankan keputusan prestasi dan peningkatan.
- Meningkatkan kepuasan dan keyakinan pelanggan.
- Mempromosi istilah umum dalam bidang SR.
- o Menjadikannya konsisten dan tidak bercanggah dengan dokumen, perjanjian, konvensyen dan standard-standard ISO lain yang sedia ada.
Sam Wong Chin Kah
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia