Agensi pembantu rumah seolah-olah beroperasi dengan untung atas angin. Malah, sejak akhir-akhir situasi bertambah teruk apabila agensi ini mengenakan caj yang sangat tidak munasabah dan membebankan para majikan. Padahal, pembantu rumah yang dihantar belum tentu baik perkhidmatannya setimpal dengan kos tinggi yang perlu dibayar.

Secara purat kos sebenar untuk mengambil pekerja asing ini hanya sekitar antara RM2,000 dan RM3,000.  Namun ada pula yang mengenakan caj yang mahal kepada para majikan sehingga mencecah RM8,000-RM10,000, terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, yang mana modus operandi mereka adalah menjanjikan masa pengambilan pembantu rumah  dalam tempoh masa yang singkat.

Tetapi belum tentu kualiti perkhidmatan pembantu rumah yang diberikan itu memuaskan. Kini, kerajaan telah membuat memorandum persefahaman dengan kerajaan Indonesia untuk membekalkan semula pembantu rumah ke Malaysia.


Banyak masalah yang dihadapi oleh majikan tentang pembantu rumah daripada Indonesia, Antaranya, ari dari rumah apabila diberikan hak untuk memegang pasport sendiri dan mutu kerja tidak seperti yang diharapkan. Malah ada yang mencuri wang dan harta majikan. 

Oleh itu, majikan juga perlu berhati-hati apabila mengambil pembantu rumah Indonesia agar tidak berhadapan dengan masalah sebagaimana yang dihadapi sebelum ini.

Jayasilan Kandasamy
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional