Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah diluluskan di Palimen Malaysia pada 17 Julai 2007 dan telah diwartakan pada 30 Ogos 2007.
Ia diperkenalkan dengan tujuan untuk menyeragamkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Akta ini akan berkuatkuasa bermula pada 1 September 2011 dan dijalankan secara berperingkat.
Perbezaan Pengurusan Sisa Pepejal Sebelum Penguatkuasaan Akta ini
Tanggungjawab Pengguna
Di bawah akta ini, setiap rumah akan dibekalkan satu tong sampah 120 liter oleh syarikat konsesi di negeri masing-masing, kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk:
- mengasingkan sisa
- menjaga tong sampah tersebut daripada kerosakan atau kecurian
- memastikan tong ditutup setiap masa
- mengeluarkan tong semasa kutipan dilakukan
Tanggunjawab Perbadanan Pengurusan Sisa-sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
- memantau kutipan sisa pepejal
- memastikan konsesi mematuhi KPI kutipan dan pembersihan awam yang ditetapkan
- kemudahan penyaluran aduan.
Tanggungjawab Konsesi
- kutipan sisa pepejal mengikut jadual
- penyediaan maklumat jadual tarikh dan masa kutipan
- pematuhan KPI yang ditetapkan oleh PPSPPA
- kenderaan dan peralatan yang lebih sempurna
- pemberian tong sisa pepejal percuma secara berperingkat.
Perkhidmatan Konsesi Di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia
Sekiranya para pengguna mempunyai sebarang soalan, sila hubungi 1 800 88 7472 untuk keteranagan lanjut. Sekiranya aduan anda tidak dilayan, sila hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03- 78779000.
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia