Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional banyak menerima aduan daripada penghuni rumah bangunan bertingkat, masalah ini walaupun tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia namun semua pihak tidak dapat menyelesaikan masalah ini.Adakah ianya salah untuk membeli rumah bangunan bertingkat atau masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem perumahan di negara biar undang undang ataupun pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas pengurusan rumah bangunan bertingkat.
Boleh dikatakan masalah ini mencapai tahap yang parah dan sekiranya pihak kementerian tidak mengambil tindakan untuk membawa sebarang perubahan semua pihak terlibat akan turut mengalami masalah misalanya syarikat perkhidmatan air, syarikat perkhidmatan elekrik, pembeli rumah dan ramai lagi kerana sistem pengurusan rumah bangunan bertingkat ini berkait rapat dengan pelbagai industri.
Adakah negara kita masih belum bersedia untuk menangani masalah perumahan bangunan bertingkat?
Antara aduan yang paling banyak diterima merupakan, masalah tunggakan bil air, masalah perkhidmatan badan pengurusan (Maintenance/Management Office), pengguna sendiri tidak mahu menjelaskan bayaran kepada badan pengurusan kerana perkhidmatan yang teruk misalnya lif tidak berfungsi berbulan/bertahun lamanya, dan kerja kerja pembersihan yang di abaikan dan sebagainya.
Masalahnya timbul dengan lebih teruk lagi sekiranya pihak pemaju membiarkan pengguna yang mempunyai tunggakan tinggi tanpa tindakan ataupun bila pemaju menjadi bankrap dan membentukan JMB baru dengan hutang yang tinggi. Apabila keadaan seperti ini berlaku semua pihak dan syarikat perkhidmatan menjadi runsing atas siapakah yang betanggungjawab untuk membayar mereka dan mereka bergegas untuk memberhentikan bekalan.
Dalam situasi seperti atas pula, pihak lain di desak untuk menanggung beban hutang yang tertunggak. Kami berharap pengguna dan kementerian untuk lebih bersikap proaktif keatas pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pertama sekali, kami ingin sarankan pihak berkuasa untuk memastikan semua bangunan bertingkat mempunyai meter individu dan bukan pukal. Ini untuk mengelakkan tunggakan yang tinggi dan masalah pemotongan air secara menyeluruh keatas perumahan berkenaan, ini adalah tidak adil kepada pengguna yang menjelaskan bayaran dengan baik.Keduanya kami sarankan pihak pemaju untuk menubuhkan badan pengurusan/JMB dengan serta merta agar mengelakkan penyelewangan kuasa mana mana pihak. Ketiganya pihak berkuasa dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) harus tegas dalam memastikan semua badan pengurusan melakukan semua tanggungjawab mereka dengan efisien. Akhir sekali pengguna juga harus dipastikan untuk menjelaskan segala bayaran. Sekiranya mereka mempunyai aduan, ianya harus diselesaikan.
Tanggungjawab bersama dan perubahan yang ketara di perlukan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan perumahan yang semakin membara ini.
Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)